Showing posts with label kerja is work. Show all posts
Showing posts with label kerja is work. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Suka duka di PS. Mencari pengajian baru.

Assalamualaikum.
Ahlan wa Sahlan. Apa khabar ya akhi wa ukhti?

Ceh³ berbahasa Arab pulak kita. Itu je pun yang taunya.
🤭🤭🤭

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun 2020 dah kan.

1-minggu lebih dah kita meraikan Syawal.
2-bulan lebih dah kita menempuh PKP.
3-tahun lebih dah saya meninggalkan alam "persekolahan".

😆😆😆
Yela, last convo Master UKM aritu tahun 2017 kan. Bila la agaknya nak sambung belajar kan. Impian tu ada, kekuatan jela belum cukup lagi.

Meh ler singgah cerita #StudentLife iols kat sini kalau rajin.

Macam mana dengan #WorkLife pulak?
Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki kerja, masih dibawah kelolaan my one and only majikan selama 12tahun ni.

Love u la TM🥰🥰🥰.

Its been long days for me at TM, at specifically at procurement department. Since day 1 melapor diri.

Bossess bertukar ganti. Unit bertukar kerja.

🕵️ 1st boss - steady and relax En. RMJ
🕵️ 1st boss kepada boss - the garang DOBI.
🕵️ 2nd boss - kind and generous Hj.NS.
👩‍💼 2nd boss kepada boss - firm and spoken CikAAW.
🧕 3rd boss - lovely and friendly Pn.YMJ.
🕵️ 3rd boss kepada - easy going En. AMN.
🧕 4th boss - sempoi and friendly Pn.SMS.
🕵️ 5th boss - nicely spoken En.IH.

From 1st to 4th bosses, I've been working more related to purchasing, membeli dan membeli. Tak ku jangka suatu ketika dulu maksud "procurement" pun iols xtau, sekarang ni rasa mcm nak jadi procurement expert la pulak🤣🤣🤣.

8 years after I've been transferred to another new job scope to me. Being a Secretary in simple word. Not S/U to someone but more to S/U for committees or simplified as Proc.Secretariat (PS). Masih ingat lagi ada yg recommended me for this role due to my passion writing in this blog🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.

It is different way of writing ya. Dalam blog i can write whatever I want to, in any languanges and any way of writing. But being a secretary I have to ensure writing is correct, precise and mencapai maksud. That's the difficult parts. Masa mula² joined tu, rasa nk terbelit sel² otak ni nak menghadamkan percakapan² org dlm meeting dan kemudian kena mengelurkan balik percakapan tu dalam bentuk writing.

Dalam tempoh masa tersebut, iols belajar dan dols menangis (utk pertama kalinya di office). Hanya yang tahu sahaja yg dpt menyaksikan airmata emas iols mengalir🤭🤭🤭.

Sepanjang 8thn berkerja (2008 - 2016), tak pernah sekalipun airmata ni jatuh sebab kerja. Hebat kan?🤣🤣🤣.

Tapi, tahun ke-9 lain ceritanya.
Menangis saat terima surat. Ada yg menjadi saksi.
Menangis saat ingin ditukarkan. Bos juga terkesima menyaksi.
Menangis saat kegagalan mengawal diri dan emosi. Masih ada yang yang bersimpati.

Itulah 3x tangisan yang keluar, yang orang lain tak sangka ianya datang dari kelopak mata insan "rimau" bernama Aliza🤭🤭🤭.

Alhamdulillah, after 4years, Allah berikan peluang utk terus belajar lagi.

Belajar dan terus belajar.
Belajar dari tempat lama.
Praktikkan di tempat baru.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.

Ambil cabaran.
Tiada perkara mudah. Jangan ambil mudah.
Keluar dari comfort zone.
Jangan mengalah sebelum berperang.

That's my principle.

Yes, i almost surrender last 2 years.
Bukan sebab tak suka, bukan sebab tak sayang.

Most of my times for the past 4 years, i love it.

💕 Saya suka menulis. Tulis panjang2, google translate, google definition.
💕 Saya suka "kenal" ramai orang, dari Top Mgmt sampai la staff² saya yang dah sampai masa nak pencen.
💕 Saya suka buat excel, pivot table, translate into slides, then (bagi) boss present😅.

Tapi! Itu semua tak cukup.

Apa yang tak cukup? Masih tak cukup lagikah kerja2 yang penuh list tu.

No, bukan tak cukup banyak.
Tapi sebab tak cukup kepuasan.

PUAS.
Dimana kepuasan sebenar dalam berkerja?
Adakah puas bila tak banyak kerja?
Adakah puas bila kerja mudah sahaja?
Adakah puas bila kerja tanpa tekanan dan duka?

Kepuasan setiap orang berbeza.
For me, puas itu bila..
✅ Kau capai kpi yang kau sendiri sediakan..
✅ Kau dapat apa yang kau mahukan..
✅ Kau selesaikan apa yang kau mulakan..

Bila sampai satu tahap kau xdpt seperti diatas, kau akan rasa diri kau GAGAL.

FAIL. TIDAK BERJAYA. TIADA KEPUASAN.

Bila diri sendiri tak puas, macam mana nak deliver bagi kepuasan pada orang lain kan.

Bila diri sudah tak puas, adakah keikhlasan mampu datang.

Bila tiada keikhlasan, macam mana dengan janji kau dengan Tuhan?

Sudah? Habis tu macam mana?

Inilah masanya.
Dunia Baru. Cuba dimensi baru.
Mungkin disitu bukan yang terbaik lagi buat masa ini.

Bukan nak cakap im struggle sebab kerja itu stress. But im struggle to fit myself into that situation. Im not positive person anymore who can adapt to those works.

Tapi percayalah, jika saya mampu disitu, anda juga mampu disitu.
Cuma mahu ataupun tidak ingin mencuba.
Berani ataupun mahu sentiasa "selamat" sahaja.

Semoga saya terus mampu belajar dan belajar dan dan kuat lagi mencari rezeki.

InshaaAllah. Aminn.

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, August 10, 2018

10 Years back...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat!

Alhamdulillah, today is 10 August 2018 and it marks my 10y10d with my current employer.


I've started my journey since 2008 after 17 years bergelumang dengan buku..chewahhh. Finished my student journey in Mar'08 if not mistaken, then take a short break at home with parents. Maklumlah org belajar duduk asrama dari Form 1 dah berjauhan dengan famili (walaupun asrama sejauh 30minit perjalanan je..kahkah). So decided duduk rumah je lepas habis belajar, itupun sebulan je sebab in Apr'08 I was called for GSTT replacing one of teacher who was in maternity leave. 

My 1st ambition actually to be a teacher. Back then, Allah makbulkan. Alhamdulillah. Dapat peluang merasa jadi cikgu dan sambut Hari Guru sebagai Cikgu 😍😍😍

Lepas 3 bulan berkhidmat sebagai Cikgu, I was then been called by YTM to continue my service in TM. Been sponsored by TM since my 2nd semester in IIUM, hence my responsibility to repay back to the company. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat kerja kan. Syukur dipermudahkan urusan walaupun pada awalnya risau jugak sebab kawan2 UIA lain dah dipanggil sebulan awal..namaku tertinggal katanya (sama pulak kes 1996 bila nama tertinggal time pengumuman UPSR🤣🤣🤣)

In July'08, I started the journey in TM at TMTC Taiping, Perak. Training for fresh graduates, almost 3 weeks jugak kalau tak silap before started with On Job Training. 

In TMTC, we have been introduced with what we are going to face once we "enter" the real life in TM. What i remembered most is on the introductory of "procurement" into my life. Frankly speaking, i have no idea at all that time apa itu procurement. Selepas meng-googled baru tau "oh perolehan" then soalan seterusnya, ape pulak tu perolehan? Ah, sudah! Malas nak fikir panjang, terus decided, nothing related to me! Lantak pi lah.

Well, konon2 belajar engineering nak jadi engineer la kan..poyo semuanya tu. Siap dah berangan nanti nak masuk bahagian communication/transmission la kan. Masa OJT pun I was trained to be in exchange which handled transmission part. So lagi bersemangat la konon2 nak jadi engineer😎😎😎

Cerita bab OJT, each of us kena try at few units and i remembered that i was called to be in TM Jalan Bellamy and TMPoint Menara TM. Turun naik lrt nak ke exchange, lalu jalan belakang sekolah, sebab itu sahaja transport yang i mampu. But, during that time jugak, it was my 1st ever reached Genting Highland..melawat exchange katanya..sepanjang duduk UIA Gombak yang bersebelahan GH tu pun tak pernah naik, dah start kerja baru kerasa..hihi..

Syukur...

Nak dijadikan cerita, akhirnya dapat surat posting after beria interview kan. And the best part I've to report duty at Procurement Unit. Frust jugaklah mula2 tu sebab unexpected sangat. I was like apa motif letak budak engin kat tempat "jual-beli" kan. Tapi redha jela kalau dah rezeki memang disitu. Plus, in the letter we have to report to a boss with name "Haji" so bagi melegakan hati..terus fikir "ok lah dapat bos baik2 ni"😃😃😃

In Aug'08 bermulalah perjalanan di bahagian procurement. Till now, it is more than 10 years now. Alhamdulillah, masih bertahan walaupun banyak kali jugak buka jobstreet mahupun tmcareer. Bila mana "taufan" datang je, mesti semangat buka job vacancies. Sudahnya sampai sekarang masih disini..haha..

In procurement, i've learned so many things and knowledge and experiences from my superb superiors. Until now, i have worked with 8 bosses..most of them are man. After almost 5 years working, I was promoted by my supermom boss. Thank u Puan and Cik for your trust. It was my aim to be a manager before i'm 30, and Alhamdulillah dimakbulkan. Now after almost 5 years in this possition, saya masih tiada cita2 untuk dinaikkan pangkat lagi. Masih sedar diri dan sedar kemampuan yang masih belum capai tahapnya. Still learning especially in Stress Management. Maybe I should aim before 40s kot.. Berangan free je kan🤣🤣🤣

Sepanjang 10 tahun perjalanan ni, macam2 dah dilalui walaupun tak setanding other seniors' experience sebab my experience only in procurement. But in overall, i can so many type and perangai manusia berkerja..

Yang kerjanya sekadar pergi pagi balik petang..

Yang kerjanya ibarat "perempuan lindungan kaabah"

Yang kerjanya janji siap..lantak lah org lain..

Yang kerjanya kerja kau kerja kau, kerja aku kerja kau..

Yang kerjanya sangat excellent pun ada..

I believed kat mana2 pun ada jenis2 orang macam ni, cuma macam mana kita nak handle diorg ni la yang kita kena belajar. I didnt say that I am perfect but as much as possible, I want to be an excellent staff. Even not in the eyes of the bosses, its ok. As long as I'm excellent in the eyes of Allah.

InshaaAllah..

Semoga saya lebih tabah dan cekal dalam menempuh alam pekerjaan di masa2 akan datang. Dan semoga Allah berikan keikhlasan dalam hati ini terus berkerja seikhlas hati, sehabis baik dan sepenuh jiwa.

#SayangiTM
#IncreaseHappinessProductivity

Ok la, sekian bebelan panjang malam ni.
Happy weekend semua!

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, July 20, 2012

Hari Jumaat Penuh Rahmat

Salam Pagi Jumaat
Assalamualaikum kawan2 ;-)

Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ni..disaat umat Islam bakal menyambut Ramadhan..akhirnya terjawab juga teka-teki jumlah pelarasan gaji utk bulan 7 & 11 ni.. SYUKUR SANGAT!!

Cerita pelarasan gaji baru sepertimana yg diwar-warkan dalam berita sblm ni mmg jadi hot topic kat ofis..macam2 spekulasi keluar..macam2 table yang ada..macam2 cara pengiraan yg dibuat..at last today we all dpt final decision via letter..semua muka gembira je kt ofis hari ni..esp those band1 staff..masyukkk!!! Sepanjang 4 tahun keje ni mmg dah dpt beberapa increment..based on performance and also our degree class..tapi this time punye increment mmg SANGAT MASYUKKK!!! SENYUM SAMPAI TELINGA!!!

Even our salary still not so high like other swasta company, but this salary adjustment may open our eyes & minds samaada kita masih ada niat utk tukar keja ke tak.. For me, honestly dulu mmg selalu tgk jobstreet cari keja lain..tp sekarang tidak lagi..ops!! Belum lagi sebenarnya ;-) But hopefully not for the next 8 years la..sbb ada buat loan dgn company..ngeh3..and yang bagusnya about our company is the benefit is so superb..if not for others, atleast it help my family esp with baby Zahrah..start dari lahir smpi skrg rasanya duit belanja her medical cuma puluhan ringgit saja even my baby selalu jugak la demam n g klinik..huhu.. So, hope for more benefits in future.. Pray for the best!! ALLAH KNOWS BETTER

Selain gaji, environment keje pun ok for me..we may not have our own room la kan..kalau nak bilik apply la jadi GM..ada beran ke??hahaa..duduk dkt partition ramai2 agak seronok..boleh gosip2 even dgn bos pun boleh gosip..dok selambe mengepam kat workstation ni even org lalu-lalang sebelah meja..semua open-minded (tak tau la kalau diorg mengata belakang kan..hehe)..so far i'm happy with my current job..sampai ofis kul8 balik on time kul530..bos ok je asal keje siap..dulu zaman anak dara selagi belum maghrib mmg tak balik lg..skrg sejak pregnant and ada anak, bos sgt memahami.. SYUKUR!!

PATIENTLY WAIT FOR PAY DAY!!
EXCITEDLY WELCOMING RAMADHAN 1433H!!


HAPPY FASTING!!
Tak sabar nak puasa dgn husband and anak tersayang..harap2 dapat puasa penuh lg tahun ni.. Insya-Allah..

Sunday, May 27, 2012

Training dan Pump...


Training: Customer Service Management


Valuable info & knowledge yang dapat dikongsi bersama trainer & other participants..and saya pun try to participate in this training..yela, sampai bila nak jadi pasif je kan belakang tu..macam biasa, even notes presentation disediakan, tapi kita mesti nak conteng2 kan..untuk menghilangkan rasa mengantuk..ngeh..ngeh..ngeh...

Antara notes yang berjaya diambil (& dengar)..kalau nak lebih, sila pergi training yer :-)
  • A t t i t u d e ... S k i l l ... K n o w l e d g e
  • D o ~ R I g h t ~ t h i n g ~ a t ~ F i r s t ~ T i m e
  • StopTalkingAdoptActiveListeningReflectContentofFeelingActwithEmpathyHandleSubjectMatter
  • M o m e n t o f T r u t h
Bila dah training kat luar ni and this is first time untuk ibu yang menyusukan baby ni, awal2 lagi sy dah pikir mcm mana la nak cari port utk pump..dgn beg byk (dan pam yg bising) itu, macam susah je kan nak mengepam di khalayak ramai macam kat ofis..plus, masa pun mesti agak full dgn activity kan..tp at last dapat jugaklah curik masa untuk pam..1st before start kelas and 2nd after class..both sessions buat dalam kereta..so, mengepamlah saya sepanjang melalui perjalanan yang jem dr rumah ke TMTC tu..dapatlah dalam 23oz utk 2hari ni.. Alhamdulillah..

Selesai 16jam training hours utk this year..ada 24jam lagi nih..huhu..

p/s: Untuk Lized (kalau ko baca lah kan), tu dia gmbr abg ipar ko..betul kan??hehe..

Friday, March 2, 2012

@Liza ~ Cuti anda telah tamat!!!

Dengan sedihnya sy ingin mengaku bahawa tempoh bercuti & bergumbira saya akan tamat pada hari ini..

Uwaaa...sedihnya...kena mengadap balik kerja yang byk itu...keluar rumah pagi2..balik rumah dah malam..huhu..

Cuti yang sangat lama ni memang best sebabnya:

1) dapat bersama berkepit bersuka-ria dgn Zahrah darling..
2) dapat tengok tv siang2 hari samai dah tak tau nak tgk citer ape (sbb astro asyik ulang citer yg sama jer..huhu)
3) dapat update blog selalu..
4) dapat buat custom album dgn jayanya..
5) dapat habiskan duit dgn shopping online (astaghfirullah..ini pembaziran!!huhu..)

Hmmm..sudah2 ler tu aliza oi..kembalilah kamu ke alam realiti..ke dunia pekerjaan..huhu..

To me <-- please enjoy your life as an executive (nak muntah!!!hahah..)

p/s: lepas ni nampaknya blog saya akan kembali bersawang la gamaknya..huhu..

Friday, December 9, 2011

Win-Win Situation

Hai all...

Alhamdulillah, today we've just finished our rounds of negotiation sessions which have started since last week..having 5days sessions with 6companies for each session are very tiring and tough..and the difficult part is to convince others to not exactly follow our goal but able to consider our recommendations..

Huhh!! We're already in the middle..have to follow management rules but at the same time have to also ensure our service provider is able to meet our requirement..everyone will have their own justifications and reasons..and we??? We've tried our level best to have a win-win situation..we tried..many times actually..but some people can't see that..and it was very frustrating..uwaaaaaaaa!!!!

We just hope that this win-win situation really satisfied both parties..

Hopefully :-(

Amiinnn.....

Wednesday, November 30, 2011

Aliza <-- Anda Ada 30 Hari..Sudahkah anda bersedia??!!

Apa?? 30hari???

Yela aliza oi!! Esok dah masuk bulan disember..bermakna anda cuma ada kurang-lebih 30 hari je lagi ok..30hari utk kamu siapkan kerja2 ofis yg masih pending tu semua...

Uwaaaa....tidakkk...camno ni..byk benda lg nk dibuat..masa utk bercuti dh semakin dekat..tambah tolak cuti weken lagi..halfday off nk g checkup every 2 weeks lagi..dgn setan bergayut2 kat mata sebabkan mengantuk kat ofis lagi..adoyai!!!huhu...

So aliza..sila susun jadual anda dgn sempurna yer..pastikan semua kerja2 anda telah settle sblm bercuti-berehat-berpantang..sbbnye takde org yg nak take over kerja anda..diorg pun byk benda lain nk buat..huhu..

Last but not least..
Caiyokkk!!!

Friday, November 11, 2011

Saya Kecewa dgn Kalian!!

YEr..saya TAHU...
Saya hanya kuli!!!
Saya hanya orang bawahan!!!
Saya hanya bertindak mengikut arahan!!!

dan Saya PASTI...
Kalian adalah bos saya!!!
Kalian adalah golongan atasan!!!
Kalian adalah orng yang berhak mengeluarkan arahan!!!

tapi...
Saya sudah buat SEHABIS BAIK!!!
Saya sudah sediakan SELENGKAP MUNGKIN!!!
Saya sudah terangkan SEJELAS-JELASNYA!!!

kenapa...
Susah sangat NAK BUAT KEPUTUSAN!!!
Payah sangat NAK TERIMA KENYATAAN!!!
'Segan' sangat NAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

apa YANG PASTI...
SAYA KECEWA...Sangat2 KECEWA...

APA PUN TAK BOLEH!!!!!

(rasa macam nak bersalin sekarang dan terus amek cuti bersalin 2 bulan..tapi saya sgt sayangkan MyLilKechik..biarlah dia berada didalam kandungan saya dulu sehingga tiba masanya kami bertemu nanti..semoga stress ibunya tak dirasa oleh dia)

Sekian..bertenanglah wahai Aliza!!

Friday, December 3, 2010

..:: tuKar AnGIn ~ keciwa ::..

..:: Percubaan Kedua ::..

Speechless??

Down??

Expected??

^^ ..adakah benar, jika anda takde "kabel", maka susahlah jawapannya..huhu..No komen... ^^

^^ ..atau mungkin belum rezeki saya lagi..sila jgn putus asa.. ^^

Baeklah :-(

Wednesday, December 1, 2010

..:: tUkAr aNGin #4 ~ Pusingan Kerja #2 ::..

Effective TODAY (0112.2010)

Yer..starts today..saya akan ber-pusing ke unit baru..huhu..takut..dh la keje lama masih byk pending..org yg nk kena ganti tempat i pun takut nak ganti..sorry yer..hehe..

Em..sepanjang 2thn buat benda yg sama..ape kata sy compare kan ngn keje baru nnt..

1) barang2 yang saya jaga...
DULU ~ network..kabel & aksesori...
SEKARANG ~ non-network..services...

2) bos saya...
DULU ~ Tuan Haji...yang suka belanja..sgt pemurah..tapi...oppsss...
SEKARANG ~ Puan...xberapa nak kenal..so..no komen...

3) masa saya di-ofis...
DULU ~ 7.30am till 7.30pm...
SEKARANG ~ hopefully 7.30am till 5.30pm je...

4) kontrak saya...
DULU ~ sama je semua..standard...
SEKARANG ~ macam2 version ada..poning la den...

******************************************

kesimpulannya...dulu dan sekarang memang ada PERBEZAAN..ada KEBAIKAN...dan ada KEKURANGAN..sebagai Hamba Allah, kita hanya mampu MERANCANG..dan Dia-lah yang akan menentukan..sebagai makhluk-Nya juga, kita harus sentiasa berDOA agar apa yang ditentukan adalah yang TERBAIK untuk kita..walaupun kita merasakan ia bukanlah yg terbaik untuk kita, tetapi berUSAHAlah agar ia menjadi yang TERBAIK..mungkin bukan disudut "A" tetapi nun disebelah "Z" itu

******************************************

Maka, berSYUKURlah kerana masih berada di SINI dan masih berKERJA...

Semoga semuanya berjalan dengan LANCAR...Amiinnn...

Thursday, November 11, 2010

..:: tUkaR AnGin #3 ~ cikGU oh CiKgU ::..

Yeay...i'm coming....with good news!!!





there i go!!! 13.11.2010...hoping for new life to begins...

Please do pray for my success...Amiinnn...

p/s: this is my 2nd attempt..last year application was only until this step..not invited for the interview at all..huhu..

..:: Kepuasan memerlukan Kesabaran..Usaha Tangga Kejayaan ::..

Saturday, October 23, 2010

..:: tUkaR anGIn #2 ~ Pusingan Kerja ::..

hai..hai..hai..


new look of my blog!! Ok tak (jika anda sedang melayari blog ini..sila jawab YA!..hehe)??

ni semua gara2 aku xreti nak cari kemana hilangnya aku nye sidebar dlm blog ni..terpakse salin kulit..huhu..anyway..suka kat "rupe" baruku ini..heheh..


"hallu2..ape ni..topik lain citer lain???"


Baeklah..pulang ke pangkai jalan..heehe..
---------------------------------------------------------------------

nak dijadikan cerite..kalau kalian mahu tau..last week..unofficially bos i bgtau yg i akan tukar unit lain..oh no..sedih!!! dh xdapat siapka kerja2 lama ("sape suh xsiapkan..dh kena tukar baru gedik nk siapkan??"..huhu..)..xdapat nk buli kawan2 seperjuangan (^^kami saling buli-membuli ok, bukan i je ^^)..xdapat bos yg baek hati..suke belanja makan (**kami mmg syg bos kami..uwaa**)..


in other word, i'm doing my "job rotation" starting ...... (soon..not yet approved actually..haha)..

^^bersungguh-sungguh tak i berlari membuat pusingan diatas??^^



hopefuly my new bos and new team are better than current ^^even it is the best team i've had :-( ^^..goodluck to me..hoyyeh2..chaiyokk..


"Esok perlu Lebih Baik dari HariIni "

Friday, October 15, 2010

..:: tUkAR anGin ~ Dulu & Kini ::..

2 tahun 2bulan dahulu...

"Yes, dapat pun aku keje..dah sebulan berehat..masa untuk berkhidmat untuk negara..i'm coming!!!"

kini...

"Emm..kalau dapat kuar cari keje lain best gak ni..kat mane ekk (thinking..thinking..n still thinking until now..looking for the other opportunities...hello there..i'm here..please offer me something new!!!)..huhhhh..."

Mana Oh Mana

..:: Tiada yang sempurna di dunia ::..
..:: Terjatuh panjatlah semula::..
..:: Tetapi apa gunanya ::..
..:: Jika tiada akhirnya ::..

..:: Tercipta seindah-indahnya ::..
..:: Namun kelak akan berubah ::..
..:: Ubah ke arah bahagia ::..
..:: Itu semua di dunia ::..

..:: Aku berhak ‘tuk bermimpi ::..
..:: Mahu kau sertai sekali ::..

..:: Mana oh mana perginya cinta ::..
..:: Masih kau ingatkah ::..
..:: Saat-saat indah ::..

..:: Mana oh mana perginya rasa ::..
..:: Tuk bermesra dan bicara ::..
..:: Nyatakanlah mimpiku engkau dan aku ::..
..:: Ubah demi masa ::..

..:: Lama tak ku terbuka ::..
..:: Bawalah diriku padanya ::..
..:: Takkan habis ku berdoa ::..
..:: Apakah ini hakikatnya ::..
..:: Di pengakhiran cerita ::..

..:: Kita berhak ‘tuk bermimpi ::..
..:: Mahu kau sertai sekali ::..

..:: Nyatakanlah mimpiku engkau dan aku ::..
..:: Ubah demi masa ::..
..:: Nyatakan mimpiku ::..
..:: Ubah demi masa ::..

--> aku hanya mengharapkan yang terbaik <--

Thursday, January 14, 2010

--> 6.21PM..still kat ofis lagi..huhu..dah la sgt sejuk ofis ni..makin beku la bendalir dlm hi**ng aku ni..huhu..nak balik tido..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...