Wednesday, November 16, 2016

Survey - PMS of SCM in HSBB

As-Salam and Good day,

It is very much appreciated if you can spend about 5 minutes to answer this survey.
This survey is part of my study requirement, hence your sincere feedback is highly appreciated.
Thanks!! :-)

Create your own user feedback survey

Saturday, October 1, 2016

Salam Maal Hijrah 1438 Hijrah | 2016 Masihi

As-Salam.
Salam Maal Hijrah Muslimin dan Muslimat sekalian..

Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua terutamanya kepada suami, mak abah, ibu ayah, anakku, adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan juga semua yang mengenali saya secara dekat mahupun dialam maya :-)

Di kesempatan ini juga, saya ingin berharap agar kita semua dapat menjadikan segala suka duka pahit manis disepanjang setahun dan tahun2 sebelumnya, sebagai pengajaran, kenangan dan rujukan. Mana yang baik kita jadikan ukuran, dan mana yang buruk jadikan sempadan.

Semoga kita semua terus berada dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.

InshaaAllah..



Semoga kita berjumpa lagi di keluaran akan datang :-)

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, July 5, 2016

Ramadhan Terakhir 1437H

As-Salam Semua!!

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk berjumpa di alam maya ni :-)

Alhamdulillah, kita berkesempatan juga untuk berjumpa Ramadhan 1437H selama sebulan ni. Hari ini hari terakhir kita dibulan Ramadhan pada tahun ini. Allahuakbar! Cepat je masa berlalu kan? Terasa macam masa sangat mencemburui kita hinggakan sekarang dah masuk pun bulan Julai.. Terasa baru je masuk tahun 2016..

Saya hanya mampu menyinggah blog ini sekali lalu saja sebab tengah pulun nak siapkan assignments :-). Tahun ni memang sgt mencabar buat saya sebenearnya.. Tanggungjawab baru diofis sgt memerlukan kecekalan dan kesabaran, manakala tugas sebagai pelajar masih diteruskan di Semester ke-3. Telah bermula "thesis period" untuk kami. Cekal nak tulis thesis yg mana teah ditinggalkan 8tahun lepas :-(

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, terkasar bahasa, terkurang ajar, dan segalanya yang buruk dari saya. Ampun maaf dipinta dari suami saya yang banyak bersabar dengan "kekacauan jiwa" saya sepanjang bersama 5 tahun lebih ni, buat kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua yang acapkali saya "terlupa" untuk bersapa dan berjumpa, buat keluarga yang dah masak dengan "muka dan perangai serius" saya, saudara mara yang jauh dimata, rakan2 sekerja yg selalu nampak "ke-moody-an" saya di ofis, rakan-rakan yang jarang dihubungi, dan buat anakanda tersayang ku, Zahrah Nur Iman, ibu minta maaf atas segala "kelalaian" dan "kesingaan" ibu dengan adik. Dengan setulus hati, orang/uteh/aku/saya/ibu mohon ampun dan maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, luar dan dalaman :-(

Semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa di Ramadhan akan datang..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, April 30, 2016

Alunan Boutique Resort, Pulau Perhentian

As-salam semua!!

Berjumpa lagi kita setelah sebulan menyepi..kihkih..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan mei kan..sekejap je rasa masa berlalu skrg ni..huhu..

Alhamdulillah..

Sekarang ni tengah weekend yang panjang sempena cuti hari buruh esok kan. Kami pun since khamis dah cuti sebab ada AGM di office, so semua di HQ kena cuti utk elakkan heavy traffic time meeting. So, kite amek cuti lagi sehari, dapatlah cuti sampai isnin,and balik kampung!! Lama th dah dekat 3bulan tak balik kampung, so, gunakanlah masa yang ada sebaiknya :-)

Cuti2 panjang ni biasalah kan..kita pun planpercutian dengan family. Tapi, sy bukan nak cerita sekarang, kemudian bila berkesempatan I cerita yer..

Sekarang ni, ibu zahrah nak cerita pasal cerita yg dah tertunggak sebulan..cerita time honeymoon bulan lepas..sementara masih ingat ni baik cerita kan, kalau x mmg tak ingat dh la nak throwback bagai..hahha..

So, ingat lagi cerita Part 1 aritu?
Kalau tak ingat boleh ke sini yer :-)

Sambungannya kisah diresort pulak, iaitu di Alunan Beach Resort, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Since check in time jam 2pm, kami takdelah ambil bot trip awal pagi kul9am dari Jeti Kuala Besut tu. Lebih kurang kul10am check out dari Tune Hotel terus ke airport utk breakfast and ambil transfer boat Jeti Kuala Besut - Pulau Perhentian. Nak ke jeti dari airport Kota Bharu pun dalam sejam, sampai jeti, kena tunggu pulak feri sampai. At last dekat kul2ptg jugak baru sampai. 

So, lets check it out gambar jela yer :-)

Ambil feel katanya..org kepenatan dalam boat setengah jam, terus serbu air, dia serbu kerusi :-)

View laut dari lobi resort. Nice view and ofcourse tenang!!

View resort dari persisiran pantai. Hotel di atas bukit, memang mendaki jela setiap kali nak balik bilik. Almost 100 anak tangga jugak la setiap satu trip. Pengsan..haha

View di balkoni..malam2 takut gak la nak lepak sini sebab sebelah hutan kan. Siang je naik ke balkoni ni, tu pun sbb nak ambil gambar..kihkih

View dari balkoni ke lautan luas nan hijau. Sebelah tu balkoni bilik sebelah. Gayat jugak la kat atas ni sebab lebih kurang kat tgkt 3 la bilik ktorg ni.

View dalam bilik area katil and tv. Sebelah pintu tertutup tu toilet, tapi xde gambar toilet..tak kuasa nak ambil gambar toilet :-p

Rak instant biskut2 and fridge..

Rak tuala dan lain2. Memang style alunan ni takde almari, semua pakai rak je. Letak bawah tangga semua rak2 ni..

Sinki kat luar uolss. Dala toilet mmg xde sinki. Lain macam style dia..haha

Ni tangga nak ke balkoni. Macam biasa I mmg gayat nak naik tangga ni. Bukan setakat nampak bawah, jenis kayu tu rasa tak stable je. Tinggi pulak tu. Adoi!!

Excited dapat pakai baju "taekwando" katanya..tapi gedoboh bagai..haha..

So, begitulah sedikit view dalam bilik resort tu. Mmg still baru lagi resort tu, intercom pun belum ada lagi, kalau nak apa2 kena turun lobi. Cer bayangkan, kena mendaki lagi..pancit ayah zahrah..haha..

Petang 12-Mac-2016 tu, tak tau nak makan apa, rasa macam tak boleh nak makan kat resort, mahal kot! So, en.suami plan nak ke kampung laut, seberang laut dari resort kami ni. Ikutkan kata receptionist resort ni, dekat kalau nak jalan ikut track dalam hutan tu, dalam 15min boleh sampai, so, en.suami pun mulakanlah perjalanan sementara ibu dan zahrah main2 tepi pantai..

Tetiba!!

Tak sampai 5minit, Husband dah balik berpeluh-peluh..haha.. cepat sgt kan? Rupanya dia dah pancit tak larat nak mendaki lagi dlm hutan..kihkihkih. Rupanya jalan nak ke kampung tu memang berbukit-bukit..kalau ibu zahrah mmg tak mampu la kan. So, at last kami sama2 naik bot je ke kampung sebelah. Naik boat taxi rm5 sorang je..senang :-)

Nanti kita sambung cerita jalan2 lagi yer.
Panjang sangat dah entry ni..haha 

Daaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, March 15, 2016

5th Anniversary at Pulau!! ** Part 1 **

As-Salam semua..
Apa khabarrrrr!! Haluuuuu!!
Lama kan tak jumpa? Sebulan ibu Zahrah ni tak bersiaran..busy manjang sebulan dua ni kan..nak buat mcm mane..hihi..

Btw, banyak nak cerita, cumanya masa tak mengizinkan untuk berkongsi cerita2 kami..since skrg ni tgh cuti sekolah (eh eh..Ada kaitan ke dgn I..macam takde je..haha).. Sebenarnya sekarang ni weols baru balik dari bercuti..since tahun baru cuti pun dah update, so bolehlah iols plan cuti utk family tersayang..horrehhhh!! Nak tau ke mana kami pergi bercuti tak? Jeng Jeng Jeng!!!!!

Here we go!!

Best tak? Best tak? Lama sangat tak ke Pantai Timur, kalau xsilap 3/4 tahun lepas last pergi sana time tu Zahrah Nur Iman kecik lagi.. So, kali ni pergi konon2nya nak honeymoon la bawak anak sekali..semperna anniversary kami yang ke-5 hihi..

Ceritanya, hari Jumaat 11-03-2016 kami bergerak ke Kota Bharu naik MAS.. Dramatik sgt flight kami ke KB pagi tu.. Flight jam 7.50pagi, since 5pagi dah keluar dari rumah ke KLIA, breakfast pun kat airport je..makan A&W pagi2.. Otw nak ke balai pelepasan tu punyalah susah sbb lalu byk kedai..puas memujuk Zahrah.. Nasib baik Zahrah termakan pujuk, so, kita amek gambar jela :-p



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8.05pagi, flight berlepas, full house jugak la flight pagi tu..tua muda kanak2 semua ada.. Cuaca sgt baik sepanjang perjalanan sampailah ke KB, awan kepul2 dan flight gegar sikit2 jela.. Tapi, 2x pilot nak landing kt KB tak boleh sbb awan sgt rendah dan railway tak nampak..huhu.. Tetiba je flight mcm vrooommn naik balik and tgk kat "flight info" rupanya dah otw patah balik.. Uwaaaa..


Air turn back!! That time, mmg nervous la..takut jugak la kan..zahrah pun bila tgk flight fly rendah atas laut, menangis ckp "jangan la turun kt laut..adik takut" huhu..ibu dia lagi la takut.. So, otw balik KLIA tu dah ckp kat ayah Zahrah, cancel jela cuti..tak sedap dah nak berjalan..kita balik kampung jela sbb dh amek cuti kan..time tu Zahrah dah mengantuk sgt dari kul5 tak tidur..smpi klia je, kejutkan dia ckp dh sampai tp tak jadi pergi pulau.. Menangis!! Nak pergi pulau!! Aduh, pujuklah ckp kita blk rumah tokmak..baru nak, tp dgn syarat nk balik lama2..haha..


Tunggu punya tunggu nk keluar dr flight, tak dpt2 keluar..rupanya!! Diorg benti nk isi minyak je..lepas tu fly back to KB.. Ok, fine..nervous balik nk naik flight :-( tapi tawakal to Allah semoga perjalanan dan percutian kami dipermudahkan dan dilindungi-Nya.. InshaaAllah :-)

Alhamdulillah lebih kurang kul 11.40am sampai KB and terus ke hotel. Kami booked Tune Hotel utk semalam je..sementara nak ke pulau esoknya.. Utk sehari semalam tu, kami sewa kereta i10 dalam rm115 sehari.. So, dapatlah nak berjalan sekejap kat Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh.. Jalan2 kat Pacific Mall sebelah Tune Hotel tu dapatlah Zahrah pau ibu dia sepasang kasut (lagi) :-)) 

Sehari di KB pokai jugaklah kan..hihi..jalan2 kat Pasar Siti Khadijah pun tak boleh lama2 sebab nnt lagi teruk pokainya..plus, kat situ agak panas, zahrah dah merah2 muka, ayah ibu dia dah peluh2 badan..so, tangkap 2-3pasang kain ela je.. Pergi Wakaf Che Yeh pulak, jumpa skirt yg Zahrah idam2kan..sampai 2helai dia beli, tu pun nak 3 Ibu dia tak bagi..haha.. Pastu, jumpa pulak telekung budak..murah, beli jela utk Zahrah..Dr aritu nak telekung putih so beli jela..i kan tak sampai hati kalau anak minta..hihi ;-)

Keesokan hari, Sabtu 12-03-2016 is our 5th Anniversary.. Alhamdulillah..masih lagi bersama selama 5thn, dan semoga Allah memanjangkan usia perkahwinan kami dan memanjangkan serta merahmati hubungan dan kasih sayang kami suami isteri bersama anak(anak) InshaaAllah.. Pagi2 tu check-out tune hotel terus ke airport.. Berangan nak makan nasi dagang or nasi kerabu tapi xde pulak jumpa kedai2 yg menarik, so makan nasi berlauk biasa jela.. Lebih kurang pukul 11 pagi kami ambil teksi ke Jeti Kuala Besut dari airport..peramah betul pakcik teksi tu bercerita..layankan jela, seronok jugak kan berborak dari diam seribu bahasa.. Setengah jam kemudian (lebih kurang la) sampai travel agency yg resort kat pulau sediakan.. TransHoliday provides macam2 servis, antaranya boat transfer, mini bus, etc. Around 12.40 petang baru dapat naik bot.. Mula2 bdk kecik Zahrah ni excited tapi bila dgr bunyi enjin bot terus nangis tak nak naik..terpaksalah dukung..huhu.. Dalam bot pun masih menangis sampailah dapat safety jacket, baru senyap..sebab dah lama dia nak pakai jaket tu..pelik tak? Haha..



Almost sejam jugak atas bot sebelum sampai ke resort kami.. Sebab penumpang nak pergi lain2 resort kan, so, kena singgah satu2 jeti la..yang tak tahan siap ada boat stop, bukan bus stop yer ;-).. Mula2 gelakkan Org sebab kena drop kat boat stop, sekali kami pun sama..kihkih.. 



Sebabnya, takde jeti berdekatan dengan resort kami, so kena berhenti kat boat stop yg ada depan resort..mula2 cuak gak, tapi seronok gak..dpt mengatasi fobia air yg ada pd diriku ini..hihi..tunggu 5minit sampailah boat kecik amek kami.. Bot ni tak laju pun tapi sebab kecik tu yg gayat tu, naik 6org termasuk "driver" and 2 penumpang lain.. Yang pasti, kaki Ku basah saat keluar dr boat nak ke Pantai..haha.. Alhamdulillah, syukur selamat sampai ke resort.. Nak tau kami duduk mana?

Tadaaaaa!!!



Alunan Beach Resort!!
PULAU PERHENTIAN, THERE WE WENT!!

Nak tau cerita lanjut di Pulau Perhentian???
Nahhhh..tungguuuuu!!!

Sekian cerita untuk kali ni yer..

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, January 31, 2016

Happy 4th Birthday My Zahrah and Dear Husband!!

As-Salam and Happy weekend uols!!

Alhamdulillah, digigihkan jugak utk buat entry ni. Sebab rasa dah ber'hutang" cerita birthday budak kecik tu..sampai dah hujung bulan Jan'16 pun..dah sambut birthday ayah, tokmak, pokde dan naurah pun ibu dia tak siap tulis lagi entry ni..huhu..

So, meh sini ibu Zahrah cerita birthday yang ke-4 my Zahrah Nur Iman :-)

Tahun ni, birthday Zahrah hari ahad, so tak dapat nak sambut dengan kawan2 di sekolah..
Nak dijadikan drama lagi, hari tersebut jugak merupakan hari ibu Zahrah ada midterm..so, memang takde preparation nak sambut pun.. Maklumlah, nak study last minute kan..btw, sehari sebelum birthday  Zahrah tu pun ade test and presentation pulak..huhu :'(

Disebabkan ketiadaan kesempatan utk celebrate on 3rd Jan 16 tu, so kami buat lah sedikit sambutan birthday Zahrah a week earlier, di school dia dengan kawan..

Tempah kek dengan nanny Zahrah di Sweet Galaxy Bakery yang baru berjinak-jinak dengan bisnes bakery.. Meh, intai sikit gambar2 cupcakes yang nany hadiahkan untuk Zahrah (nanny taknak terima bayaran :-) thank u nanny!!)

First time nanny try buat cupcakes, not bad!! Expertise buat fruit cakes :-)

Simple but valuable :-)
2 cakes for farewell and birthday Zahrah Nur Iman..

Tahun lepas, memang tak sempat nak sambut birthday di school lama sebab Zahrah bercuti ke Langkawi kan.. Tahun ni pulak, tak sempat jugak sebab Zahrah dah pindah sekolah baru pulak.. Tapi, time cuti pulak..sabar jelah zahrah yer :-)

Lepas hantar ibu ke sekolah, Zahrah dengan ayah join family Puchong sambut birthday january babies kat hotel pulak..fuyyo!! Gembira makan dim sum yer.. Dapatlah Zahrah potong kek lagi sekali.. Yeayyyyy :-)

adik happy, ibu lagi happy :-)

Makan kek je..tekak macam ibu..kampung2 sgt :-p

Game lagi kenyang agaknya..huhu

Ibu & Ayah luv u my baby girl :-)

Alhamdulillah..
Syukur anak ibu makin besar..dengan sihat walafiat inshaaAllah dengan izin-Nya :-)
Nak tau ape hadiah yang berjaya di "paw" Zahrah..biarlah gambar berbicara..haha..

Gembira anak ibu!! Ibu? Tgh layankan anak walaupun berdebor nak buat midterm pagi tu :')

Menambah koleksi kasut Zahrah Nur Iman.. Kasut ke-2 utk Tahun 2016 :-)

Peminat QuPutih :-)

Alhamdulillah..
Selagi ada rezeki, inshaaAllah ade jugak untuk anak ibu ni..

If ada yang kata, kami spoilkan anak kami dengan macam2, it's ok.. InshaaAllah setakat ni masih boleh control. Anak kami masih satu, belum ada rezeki lagi, dia la permata hati kami, dari kelahiran dia dulu, kini, dan inshaaAllah selamanya walaupun dia sudah ada adik2 kemudian nanti (jika diizinkan-Nya).. ZahrahNurIman tetap akan jadi permata yang sangat bernilai untuk ayah dan ibu.. InshaaAllah..

Semoga Zahrah Nur Iman bt. Mohd Fazreen akan terus membesar dengan sihat dan sejahtera dand semoga sentiasa dibawah lindungan dan Rahmat Allah swt. Amin.

January ni memang bulan birthday untuk family Zahrah Nur Iman..
So, diucapkan selamat hari lahir untuk semua kesayangan Zahrah Nur Iman :-)

02.01.2016 - Mak Ngah Salasiah yang ke 36thn..

05.01.2016 - Uncle G yang ke 34thn..

18.01.2016 - Baby Naurah yang ke 1 tahun..yeay!!

19.01.2016 - Pokde yang ke 37thn..

22.01.2016 - Tok Mak yang ke 64thn.. Alhamdulillah!!

Surprise untuk Tok Mak dari makcik Zahrah :-)

and, last but not least, my dear Husband, turns 31 years old on 28.01.2016!!

Tapi!!
Tak sambut dengan kek pun..pergi makan2 je sebab ibu Zahrah ni sangatlah busy dengan kerja ofis ditambah pulak dengan nak siapkan assignment dah final exam TODAY :-)
Happy Birthday Luv :-)

It's ok la kan ayah? Hadiah dah dapat in advance last year kan? Kihkihkih..
So, before kita end of this entry, meh tgk video Zahrah Nur Iman :-)

video

Ok lah..penat dah rasa..
Jom rehat sekejap, esok nak "berperang" kat dapur pulak..lama dah dapur I berkilat :-)

Sekian, terima kasih..

Daaaa

xoxo,
Ibu Zahrah

Friday, January 1, 2016

#throwback 2015..dalam Kenangan

As-Salam Semua!!
Selamat menyambut tahun baru 2016!!

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk terus berada dimuka bumi-Mu Ya Allah..

Awal2 tahun ni, dikala berehat dirumah, moh kite throwback sikit cerita tahun 2015.. Cerita yang penuh dengan gelak ketawa, menangis duka dan sebagainya.. Tapi, alhamdulillah, berjaya ditempuh walaupun kadang2 ujian yang diberi-Nya teras tidak tertanggung.. Allahuakbar!!

Ok, then, jom check it out!!

Januari 2015

03-Jan-2015 --> Birthday Zahrah Nur Iman yang ke-3
Alhamdulillah!!

03 Januari 2015 / 12 Rabiulawal 1436H

Selawat & salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam mengingati Hari Keputeraan Baginda.. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang Ke-3 buat puteriku ‪#‎ZahrahNurIman‬ binti Mohd Fazreen Rosdei

Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat & sejahtera, dibawah rahmat & lindungan-Nya serta menjadi anak yang solehah, juga muslimah yang diredhai Allah.. InshaaAllah..

Cerita lebih lanjut di SINI yer :-)


04-Jan-2015 --> Langkawi 2nd Trip
Hasrat untuk bawak Zahrah naik "aeroplane biru" ditunaikan semperna birthday dia yang ke-3.. 
Tapi, sepanjang dalam aeroplane, sibuk berkepit dgn ibu dia..huhu.. Takpelah Zahrah, janji bahagia..

Jom klik SINI untuk gambar2 lain di Langkawi yer :-)


28-Jan-2015 -> Birthday Ayah Zahrah
Sweet 30!! Kihkihkih..dah ade geng 30-an..
Takde hadiah pun sebab duit dah abes kat Langkawi.. Tapi kite belanja makan jela.. Asalnya nak pergi makan kat restoran nasi arab, tapi dah tutup pulak, so, makan kat manhattan jela yer :-)


Cerita Jan-birthday yang lain2 boleh tgk di SINI yer :-)


Februari 2015

01-Feb-2015 --> Makan Nasi Arab
Alhamdulillah!!
Dapat jugak makan kat restoran nasi arab. Kali ni pergi Sahara Tent kat Shah Alam..

Sedap uolsss..nnt try yer..
Nak tengok gambar makanan boleh ke SINI :-)


19-Feb-2015 --> Anniversary Mak & Abah
Happy Anniversery Yang ke-44!!


Cerita lanjut di SINI yer:-)


Mac 2015

07-Mac-2015 --> Officially Become a Student
Keputusan diambil pada akhir tahun 2014, dan alhamdulillah diizinkan-Nya untuk diberi peluang sambung belajar. Alhamdulillah, first sem berjaya dilaui dengan flying colours :-)

Perjuangan masih diteruskan dan sekarang berada di penghujung semester ke-2.. Memang tgh busy time ni sebab assignment & presentations semua due by this month.. Sebab tula tak semoat nak update blog..kihkihkih :-)

Doakan saya berjaya dalam pelajaran yer..
Jom intai2 cerita seorang student di SINI yer


12-Mac-2015 --> Happy Anniversary ke-4

Alhamdulillah!!
Berjaya tempuhi tahun ke-4 sebagai suami isteri disamping our little princess Zahrah Nur Iman..

Malangnya..
Tiada sambutan!!

Sebab masing2 lupa akan tarikh tersebut..haha..
Tapi, sempat jugak la makan2 lepas tu..



April 2015
Takde cerita menarik sebab busy study katanya..nak bercuti pun weekend ade kelas..
So, duduk diam2 jela yer :-p


Mei 2015

15-Mei-2015 --> Restructure (lagi)
Perpisahan sementara team NNS GP-TM setelah hampir 5thn bersama.. 
Team gegirl katanya sebab dari semasa ke semasa mesti ada sorg je kumbang dalam team ni..

Good luck guys :-)


30-Mei-2015 --> Panggilan Ilahi ke rumah-Nya
Alhamdulillah..dipanggil dan diizinkan oleh-Nya untuk datang melawat ruma-Nya dan berpeluang melakukan ibadat disana. Syukur sangat dapat pergi ke sana bersama family, rombongan kami seramai 12(+1) bersama lain2 famili, secara total dalam 43 orang dalam group kami.. 

Masih belum berkesempatan habiskan cerita disan, tapi still boleh baca di SINI bila2 saya dah update yer :-)


Jun 2015

18-Jun-2015 --> Selamat berpuasa!!
Alhamdulillah..berjumpa lagi di Ramadhan yang seterusnya.. Masih bersama keluarga tercinta, tapi hanya mampu berpuasa sebanyak 10 hari :-(


25-Jun-2015 --> Kehilangan!!
Disahkan pregnant kali ke-3 pada akhir Mei.. Alhamdulillah..
Tapi, "jodoh" kami dengan zuriat ke-3 tidak lam didunia ni.. 
Hanya dipinjamkan untuk 9minggu.. 
Namun, tetap bersyukur atas nikmat-Nya.. 

Pengalaman kehilangan kali kedua, boleh baca di SINI :-(


Julai 2015

18-Julai-2015 --> Selamat Hari Raya!!
Alhamdulillah..berjumpa juga lagi di Syawal yang seterusnya.. 
Turn raya di Puchong dengan tema Biru-Kuning :-)


Nak tengok gambar2 lain?
Meh ke SINI :-)


Julai-2015 --> Exam week!!
Jerih-perih siapkan assignment sebelum final semester exams :-)



Ogos 2015

29-Ogos-2015 --> E-Day Si Bongsu
Congratulations!!
Belum pun konvo dah bertunang.. Gatai sangat..haha :-p

Alhamdulillah..
Semoga dipanjangkan jodoh kalian.. InshaaAllah

(gambar curik dari FB bakal pengantin)

Merdeka!! Habis exam.. Boleh start jalan2 ke open house..
Gambar? Takde..sibuk melantak mane sempat nak amek gambar kan :-)


September 2015

24-Sept-2015 --> Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam Aidiladha..
Selesai solat raya, teruskan melawat saudara mara juga melawat pantai tempat bermain dizaman kecil-kecilan :-)

Nak tengok lagi banyak gambar di SINI pulak..


27-Sept-2015 --> Kolam Air Panas Melaka
Cuti semestrer boleh la berjalan2.. 
First pergi budgetted hot spring.. Not bad la..

Cerita lanjut di SINI yer :-)


Oktober 2015

13-Okt-2015 --> It's My Birthday
Birthday yang ke 13.. Oppss..kihkihkih.. Beberapat tahun nak masuk 40-series pulak..
Tapi syukur, masih dipanjangkan umur..

Alhamdulillah, dapat hadiah telekung SK dan kek birthday dari En. Suami :-)



24-Okt-2015 --> Kueh Teow Ketam, mahal wooo!!
Pengaruh OhBulan!
Ingatkan biasa2 je harga kueh teow ketam ni..

Tapi, mak aih.. RM17 sebungkus..nangis :'(
Nasib baik rasa sedap..

Warung Bahagia
Putra Height, Subang Jaya
(guna waze cari Petron Putra Heights)


November 2015
Kelas untuk semester kedua dah start.. So, takde jalan2 dah..cuma makan2 je.. 
Itupun lepas habis kelas :-)


Disember 2015

25-Dis-2015 --> Cuti Terakhir Tahun 2015
Cuti tahunan memang dah habis. So, gunakan cuti awam untuk balik kampung.
Sambutan Maulidur Rasul serta cuti Hari Krismas digunakan sepenuhnya untuk bersama famili..

Jalana2 ke Batu Pahat sekali lagi..
Belum sempat nak buat entry ni.. Maybe next time bila ada kelapangan..

Kita tgk sneak peak jela yer :-)



31-Dis-2015 --> Zahrah Last Day at LC BSP
Pejam mata pejam mata dah setahun Zahrah di LC BSP..
Tak sempat nak konvo kat school situ, dah kena pindah LC Pantai Baharu pulak..

Macam2 suka-duka Zahrah di tadika.. Macam2 dia belajar..
Alhmadulillah, banyak doa2 dan ayat2 Al-Quran yang yang dia hafal walaupun sebutan kadang2 salah..huhu..

Solat pun ade belajar walaupun macam ayam patuk jagung bila disuruh solat..
Yang tak tahan, nak tau ibu dah habis solat ke belu, dia tgk tangan dan kaki ibu time tahiyatul akhir.. Adoi!!

(minta izin LC BSP guna gambar ni yer)

Cikgu2 pun ok..tapi budak kecik ni pandai memilih..
Kalau cikgu yang bukan fav tunggu depan pagar pagi2, confirm muka masam je nak pergi school..
Kalau cikgu fav tunggu, berlari2..

Tiap2 pagi kena umpan dengan sesuatu benda/perkara time nak kejutkan bangun pagi..
Almost everyday kena OT sebab lambat sampai tadika..biasalah jem kan..


Hari terakhir dah cium2 cikgu semula..
Gembira nak cuti katanya :-)



Inilah baby besar saya!!

Lagi 2 hari nak masuk 4 tahun!!
Yeay!! Tapi ibu ade kelas la nakkkkk :-(

Ok lah..panjang sangat dah entry ni..

Nak kena siapkan presentation slide pulak utk kelas esok..kihkihkih..

My very big wish for this year 2016 is....


Doakan yang terbaik untuk saya dan famili.. serta seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam sekalian..
InshaaAllah..semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Dia hendaknya..


Daaaaa....
Sekian, terima kasih..


xoxo,
Ibu Zahrah


😘

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...