Friday, August 10, 2018

10 Years back...

Assalamualaikum dan Salam Jumaat!

Alhamdulillah, today is 10 August 2018 and it marks my 10y10d with my current employer.


I've started my journey since 2008 after 17 years bergelumang dengan buku..chewahhh. Finished my student journey in Mar'08 if not mistaken, then take a short break at home with parents. Maklumlah org belajar duduk asrama dari Form 1 dah berjauhan dengan famili (walaupun asrama sejauh 30minit perjalanan je..kahkah). So decided duduk rumah je lepas habis belajar, itupun sebulan je sebab in Apr'08 I was called for GSTT replacing one of teacher who was in maternity leave. 

My 1st ambition actually to be a teacher. Back then, Allah makbulkan. Alhamdulillah. Dapat peluang merasa jadi cikgu dan sambut Hari Guru sebagai Cikgu 😍😍😍

Lepas 3 bulan berkhidmat sebagai Cikgu, I was then been called by YTM to continue my service in TM. Been sponsored by TM since my 2nd semester in IIUM, hence my responsibility to repay back to the company. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat kerja kan. Syukur dipermudahkan urusan walaupun pada awalnya risau jugak sebab kawan2 UIA lain dah dipanggil sebulan awal..namaku tertinggal katanya (sama pulak kes 1996 bila nama tertinggal time pengumuman UPSR🀣🀣🀣)

In July'08, I started the journey in TM at TMTC Taiping, Perak. Training for fresh graduates, almost 3 weeks jugak kalau tak silap before started with On Job Training. 

In TMTC, we have been introduced with what we are going to face once we "enter" the real life in TM. What i remembered most is on the introductory of "procurement" into my life. Frankly speaking, i have no idea at all that time apa itu procurement. Selepas meng-googled baru tau "oh perolehan" then soalan seterusnya, ape pulak tu perolehan? Ah, sudah! Malas nak fikir panjang, terus decided, nothing related to me! Lantak pi lah.

Well, konon2 belajar engineering nak jadi engineer la kan..poyo semuanya tu. Siap dah berangan nanti nak masuk bahagian communication/transmission la kan. Masa OJT pun I was trained to be in exchange which handled transmission part. So lagi bersemangat la konon2 nak jadi engineer😎😎😎

Cerita bab OJT, each of us kena try at few units and i remembered that i was called to be in TM Jalan Bellamy and TMPoint Menara TM. Turun naik lrt nak ke exchange, lalu jalan belakang sekolah, sebab itu sahaja transport yang i mampu. But, during that time jugak, it was my 1st ever reached Genting Highland..melawat exchange katanya..sepanjang duduk UIA Gombak yang bersebelahan GH tu pun tak pernah naik, dah start kerja baru kerasa..hihi..

Syukur...

Nak dijadikan cerita, akhirnya dapat surat posting after beria interview kan. And the best part I've to report duty at Procurement Unit. Frust jugaklah mula2 tu sebab unexpected sangat. I was like apa motif letak budak engin kat tempat "jual-beli" kan. Tapi redha jela kalau dah rezeki memang disitu. Plus, in the letter we have to report to a boss with name "Haji" so bagi melegakan hati..terus fikir "ok lah dapat bos baik2 ni"πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

In Aug'08 bermulalah perjalanan di bahagian procurement. Till now, it is more than 10 years now. Alhamdulillah, masih bertahan walaupun banyak kali jugak buka jobstreet mahupun tmcareer. Bila mana "taufan" datang je, mesti semangat buka job vacancies. Sudahnya sampai sekarang masih disini..haha..

In procurement, i've learned so many things and knowledge and experiences from my superb superiors. Until now, i have worked with 8 bosses..most of them are man. After almost 5 years working, I was promoted by my supermom boss. Thank u Puan and Cik for your trust. It was my aim to be a manager before i'm 30, and Alhamdulillah dimakbulkan. Now after almost 5 years in this possition, saya masih tiada cita2 untuk dinaikkan pangkat lagi. Masih sedar diri dan sedar kemampuan yang masih belum capai tahapnya. Still learning especially in Stress Management. Maybe I should aim before 40s kot.. Berangan free je kan🀣🀣🀣

Sepanjang 10 tahun perjalanan ni, macam2 dah dilalui walaupun tak setanding other seniors' experience sebab my experience only in procurement. But in overall, i can so many type and perangai manusia berkerja..

Yang kerjanya sekadar pergi pagi balik petang..

Yang kerjanya ibarat "perempuan lindungan kaabah"

Yang kerjanya janji siap..lantak lah org lain..

Yang kerjanya kerja kau kerja kau, kerja aku kerja kau..

Yang kerjanya sangat excellent pun ada..

I believed kat mana2 pun ada jenis2 orang macam ni, cuma macam mana kita nak handle diorg ni la yang kita kena belajar. I didnt say that I am perfect but as much as possible, I want to be an excellent staff. Even not in the eyes of the bosses, its ok. As long as I'm excellent in the eyes of Allah.

InshaaAllah..

Semoga saya lebih tabah dan cekal dalam menempuh alam pekerjaan di masa2 akan datang. Dan semoga Allah berikan keikhlasan dalam hati ini terus berkerja seikhlas hati, sehabis baik dan sepenuh jiwa.

#SayangiTM
#IncreaseHappinessProductivity

Ok la, sekian bebelan panjang malam ni.
Happy weekend semua!

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...