Showing posts with label RayaOhRaya. Show all posts
Showing posts with label RayaOhRaya. Show all posts

Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 1442H

 Assalamualaikum!

Salam Aidilfitri. Salam PKP. 

Alhamdulillah, dah 3hari pun beraya tahun ni. Raya ke??

Walaupun sehari je terasa raya, disebabkan PKP, again this year semua kena berkurung. 

No ziarah. No rentas daerah mahulun negeri.

Bertabah jela semua ya.




Syukur tahun ni dapat peluang beraya lagi walaupun masih dalam pantang. Masih lagi #TeamRayaPuchong utk tahun ke-3 pulak. Kami memang dh stay in Puchong since before puasa lagi i.e. 2days before delivery the 3rd #ZNIsisters on 14 April 2021 lepas. Fully puasa di Puchong juga. Tinggal angkut baju raya je before PKP start hari tu.

Tahun ni kita join #TeamRayaKelabu pulak. Yg gegirl je beli baju baru, ayahnya ulang siaran baju lama buat ke sekian kalinya. Nantu dh boleh balik join #TeamRayaJohor baru buat baju melayu baruπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ.


Family di Johor pun x complete tanpa kami yang tak dapat nak merentas pulang ke desa ni kan. So haruslah buat collage je gambar² raya bersama. Walaupun jauh di mata tetap dekat dihati.


Macam biasalah kan, nk raya kita buat video dulu. Dengan tema #RayaDalamPantang, digigihkan juga buat video utk content family raya tahun ni. Tahun lepas tema #DuitRayaOnline kan, tahun ni #MagicRaya pulalah.

Ting! Bertukar!

Layan jela kan bagi penyejuk hati yang lara tak dpt balik kampung beraya😊😊😊.

This year pun our first raya berlima dengan kehadiran little #BabyZNI last month. Dah sebulan pun si kecik ni. Dengan dalam pantang ni, susahnya la hai nak bergambo dgn budak² ni. Sabo jela kan, kalau beraya sendiri memang hijau dah mak korang ni.

Sorang sibuk dengan Phone.

Sorang sibuk dengan kuih raya.

Sorang sibuk nak tidur.



Bertabahlah dengan gambar yang tak berapa nak #instaworthy ni kan. Yang penting simpan buat kenangan utk kedua kalinya raya time PKPπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

Since #ZNI_RayaMCO2021 boleh raya 1st day je, so gambar first day raya jela kita upload again and again. Utk next 2weeks raya kita ber-ootd dengan sweater jela sampai habis pantang. Salam pagi raya dengan family #TeamRayaPuchong kami. Mostly in grey, but nicely in beautiful and colorful #OOTDraya bersama.

Kakak #ZahrahNurIman dah masuk tahun ke-9 beraya, so dh pandai salam² dan kumpul duit raya. Dak #ZarinNurInsyirah masih blur, org salam dia ikut salam, org dpt angpaw dia oun hukur tangan minta angpaw jugak. Baby #ZayedaNurIrdina sedap tidur dalam bedung jelaπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ.

Sekian cerita raya tahun iniπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

SELAMAT HARI RAYA!

JOM teruskan berpantangπŸ’―πŸ’―πŸ’―

Dah nak masuk sebulan ni, berpantang pun xrupa berpantang dah. Nasib ler!

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, January 17, 2021

#throwback2020 (Jul'20) - Family Time Well Spent..Melaka, Putrajaya, Johor!

Assalamualaikum!

Sepanjang tempoh PKP Pemulihan ni, ada sedikit kelonggaran kan. So inilah masa utk jumpa balik family members yang lama xjumpa time PKP sebelum ni kan.

.

A short getaway from busy city KL to a busy town Malacca. Adhoc plan 3beradik je pun, Sabtu gerak ke Melaka, itupun xbgtau Zahrah sbb malas nk layan kalau dia tanya bila nak sampai. Tau² je dah sampai, terkejutlah si kakak tu😁😁😁. Malam makan kat tepi sawah, esok pagi picnic kat tepi Pantai Puteri. 





Dak #ZarinNurInsyirah mmg mengikut ibu dia, xminta "air" so xhairan langsung dia dgn laut ke kolam ke pantai. Makan lagi best nampaknya😝😝😝

Settle 2d1n di Melaka. Jadilah dari duduk kat rumah je kanπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

.

A week after, org Melaka pulak naik KL. Jalan² Putrajaya je pun. Main basikal, kayuh tengah² panas. Ingatkan nak naik basikal kat Taman Botani, tapi xde pulak. So sewa basikal beca jela yang ada. #ZahrahNurIman minta claim naik basikal sorang² pulak nantiπŸ™†‍♀️🀷‍♀️πŸ’‍♀️


Budak kepanasan dah tak senang duduk dlm stroller

Menggaru jela kalau dah gatal kepanasan tu kan

 .

Bulan Julai jugak kita sambut Raya Haji 1441H, so disebabkan raya puasa tak dapat kumpul ramai² so Raya Haji kami kumpul ramai² kat kampung. Meriah la kan bila dah berkumpul tu. Bila #ZNI_RayaMCO2020 tak dapat kumpul ramai², makanya Raya Haji kita kumpul la..walaupun menggila masing²πŸ€£πŸ€£πŸ€£

Alhamdulillah!
#6beradik #makcikbawang #pakciksopan

Sekian buat masa sekarang..

Till we meet in next entry ya...

Daaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI 😍😍😍

Friday, January 15, 2021

#throwback2020 (Jun'20) - Raya2.0 PKP Style

Assalamualaikum!

Day 88 - Sabtu, 13 Jun 2020 #ZNI_PerintahKawalanPergerakan Recovery stage.

Misi pulang ke kampung #ZNI_RayaMCO2020 style. Raya ke-21 baru balik kampung Johor, selalu either raya kedua or raya kesatu dah blk kampung. Alhamdulillah! Berjaya merentas 3 negeri terus☺️☺️☺️


Syukur dpt jumpa tokmak tokbah adik beradik dan anak² buah semua. So, alang² dpt bercuti kita cuti betul² lah kan. Kumpul beraya rumah adik beradik kat Johor siap dpt juadah makan nasi kerabu homemade by Kak AniπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Pakai baju lama je, baju raya simpan utk tahun ni😊😊😊

Sedap! Nasi Kerabu by Kak Ani. Nanti buat lagi please😝😝😝

Gigih kan masing² makan xtengok kiri kanan dah tu😁😁😁

Alhamdulillah!

Siapa sangka 1st time kita raya sendiri² je 3minggu pertama bulan Syawal kan. Dah minggu terakhir baru dapat kumpul jugak. Syukur atas nikmatNya

🀲🀲🀲

Till next entry ya!

Daaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI 😍😍😍

Saturday, May 30, 2020

Jauh diMata Dekat diHati Raya_MCO2020

Assalamualaikum dan Salam Sabtu!

Alhamdulillah. Sihat walafiat.

Tahun ni lain dari tahun² sebelum ni. Beraya hanya 1st day. Masih belum dapat pulang ke Johor, dah 3bulan xblk kampung Johor😣😣😣.

Takpelah, walaupun jauh dimata kami tetap dekat dihati. 

Sedih ke tu Raya di Perantauan?! 🀭
Mestilah sedih kan tapi tetap kena Syukur masih dapat sambut Raya walaupun #ZNI_RayaMCO2020 style tahun ni. Harap²nya lepas PKP boleh balik kampung la ya
πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Untuk menceriakan suasana raya kami kali ni, so kita buat video raya versi #SocialDistancing dan #NewNorm la kan.


Alhamdulillah, dalam malas² nk berlakon bagai, jadi jugak video ni. 

Ini barulah raya!
Tapi duit raya belum dapat bagi lagi ni🀭🀭🀭.

Dak Zahrah nak jugak buat video dia sendiri, so kita layanlah jugak ya.


Syukur² masih boleh bergembira dihari raya ni.

Enjoy this moment sbb kita kak tau akan dpt lagi kita merasa situasi ni. So anggaplah ini sebagai #HikmahPKP inshaaAllah akan kembali normal suatu hari nanti.

xoxo,
Ibu ZNI

Sedondon #Raya_MCO2020 Style

Assalamualaikum!
Salam 7 Syawal 1441H.

Alhamdulillah, dah seminggu kita sambut #Raya_MCO2020 style kan.

Syukur masih lagi boleh beraya secara sederhana walaupun utk raya pertama je. Walaupun tgh PKPB, #ZahrahRayaLagi musim² MCO ni. Adik #ZarinNakRaya jugak pakai baju cantik².


1st day raya di kampung utk #ZahrahNurIman dan #ZarinNurInsyirah semalam.

Kalau ikutkan memang #ZahrahNakRaya rumah saudara mara, tapi sebab PKP so raya kat rumah Atuk & Umi pun jadilah. #ZarinNakRaya jugak so testing kasut raya jalan² kat porch rumah atuk jela🀭🀭🀭
.
Gambar seterusnya - Photoshoot raya utk video keluarga hari tu.



Macam biasa kakak nak sayang² adik pulak kerek aih.
Jangan macam² na!
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Walaupun tgh Perintah Kawalan Pergerakan, baju baru tetap ada sebab ibu dah sediakan baju² raya seawal bulan January lagi ok. Konon² semangat nak raya kat Johor. Tetapi apakan daya, beraya dirumah je kita. So, dlm banyak² baju yang dibeli, baju sedondon #ZNIsisters ni yang paling sesuai. Baju² lain kita simpan utk next raya la jawabnya ya.

Ala² blouse je senang nk main lari² dalam rumah kan.
🀣🀣🀣

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, May 26, 2020

Lagi² Cerita #Raya_MCO2020 Style

Assalamualaikum!

Back with next story on #Raya_MCO2020 style.

Nak dijadikan cerita, sepatutnya tahun ni turn #TeamRayaJohor tp siapalah kita kan. Kita hanya merancang dan Allah sebaik² Perancang. Disebabkan PKP kita akurlah utk tidak merentas negeri kan.

Tapi, zaman teknologi yang jauh masih bokeh terasa dekat secara virtual. Sejak Ramadhan lagi kami contact secara online utk Tadarus Al-Quran sama² hari² sepanjang Ramadhan. Malam raya raya pulak, Takbir sama² secara online jugak.



Alhamdulillah! Syukur atas #HikmahPKP ni.

Pagi raya ray sempat jugak beronline walaupun xdpt nk online selalu. 

Kami beraya dari kejauhan jela nampaknya.
Diorg semua ni ikut tema weols raya lepas colour hitam, this year kami #TeamRayaHijauKuning pulak.

Family Johor ada 2 beradik je yang teman TokMak & TokBah.




.
Lagi 4org beraya di perantauan ☺️☺️☺️.
Walaupun jauh disebabkan jarak. Kita tetap dekat di hati.




.
Selamat Hari Raya TokMak @hjh.ab & TokBah @ahsain_wahit dan juga family² semuaπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°
.
Happy birthday MakLong @azuraahsain untunglah satu dunia cuti sama²☺️☺️☺️

xoxo,
Ibu ZNI

#Raya_MCO2020 Style

Assalamualaikum!

Hallu, anyone there???
Hihi..lama nau xsinggah blok ni, bersarang dah nampaknya. Hampir 5bulan dah ni.

So dihari raya ni, sy mohon maaf la yer atas kekhilafan meninggalkan kamu wahai blog ku☺️☺️☺️.

Selamat Hari Raya AidilfitriπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°


May your home and families be filled with happiness and Allah Blessing this Eid.

InshaaAllah.

So, macam mana raya uols? 
Yes, we are celebrating Aidilfitri out of norm right. 

Musim PKP ni tak membenarkan kita utk ziarah menziarahi macam biasa kan. So sama²lah kita berdoa semoga cepat² virus CoVid-19 dihapuskan dari Bumi. Amiinn.

Utk kami, tahun ni kita join #TeamRayaSelangor lagi. So tahun ni #ZahrahRayaLagi kat Puchong bagi sama² mematuhi arahan PKPB so #ZNI_RayaMCO2020 style la. #ZarinNakRaya juga walaupun xfaham pape dan asyik nk berkepit je🀷🀷🀷.


Alhmadulillah! Dapat berkumpul semua anak cucu menantu Hari Raya Pertama. So haruslah ambil gambar ramai² kan. Tahun depan xtahu lagi mcm mana kan.

The Siblings. Cukup quorum☺️☺️☺️

Along & the kids

Nana & family (dlm pantang mode)

The Cucus (without Zarin not in the mood)

Behind the scenes..jarang² dapat kumpul semua.


Behind the scenes..cucu² pulak (Zarin nak "lari")
.
Kakak #ZahrahNurIman mcm biasalah kejap dengan kakak Alya, kejap dengan Aqil. Kalau dengan adik #ZarinNurInsyirah asyik menangis jeπŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄.
.
Selamat Hari Raya!
.
xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, August 13, 2019

Salam Aidiladha 1440H

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H.


Alhamdulillah.
Walaupun cuti sekejap je dapatlah jugak blk kampung beraya dengan parents and half of siblings. 

Dak Zarin tak keruan bila pak long yg pegang diaπŸ˜‚

3 beradik di Johor..3 lagi di perantauan

The cucus yg available..

Tahun ni kita beraya kat rumah & mall je. Geng mak2 and veteran ke Ikea, geng2 bapak/boboiboys bwk girls tengok Boboiboy 2.0.

Layan meatball dulu sblm layan mata πŸ‘€

Gegirls tengok Boboiboy😜

Lepas zuhur keluar, maghrib sampai rumah.

Settle raya punggah rambutan pulak. Mmg tgh meriah dia berbuah kt pokok tu. Yang merah yang kuning sama naik. Ktorg pun sama naik hantulah mengait dan memakanπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….



Balik KL isnin semalam, gerak kul 12 sampai 10 malam. Kenyang makan jem..kesian budak2 kita yg besar pun penat, diorg lagilah..maka meragamlah..huhu..


Hari ni semua EL.
Demam+kepenatan.


Ok la. Penat nk tulis.

Till then.
Daaaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...