Wednesday, November 16, 2016

Survey - PMS of SCM in HSBB

As-Salam and Good day,

It is very much appreciated if you can spend about 5 minutes to answer this survey.
This survey is part of my study requirement, hence your sincere feedback is highly appreciated.
Thanks!! :-)

Create your own user feedback survey

Saturday, October 1, 2016

Salam Maal Hijrah 1438 Hijrah | 2016 Masihi

As-Salam.
Salam Maal Hijrah Muslimin dan Muslimat sekalian..

Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua terutamanya kepada suami, mak abah, ibu ayah, anakku, adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan juga semua yang mengenali saya secara dekat mahupun dialam maya :-)

Di kesempatan ini juga, saya ingin berharap agar kita semua dapat menjadikan segala suka duka pahit manis disepanjang setahun dan tahun2 sebelumnya, sebagai pengajaran, kenangan dan rujukan. Mana yang baik kita jadikan ukuran, dan mana yang buruk jadikan sempadan.

Semoga kita semua terus berada dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.

InshaaAllah..



Semoga kita berjumpa lagi di keluaran akan datang :-)

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, July 5, 2016

Ramadhan Terakhir 1437H

As-Salam Semua!!

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk berjumpa di alam maya ni :-)

Alhamdulillah, kita berkesempatan juga untuk berjumpa Ramadhan 1437H selama sebulan ni. Hari ini hari terakhir kita dibulan Ramadhan pada tahun ini. Allahuakbar! Cepat je masa berlalu kan? Terasa macam masa sangat mencemburui kita hinggakan sekarang dah masuk pun bulan Julai.. Terasa baru je masuk tahun 2016..

Saya hanya mampu menyinggah blog ini sekali lalu saja sebab tengah pulun nak siapkan assignments :-). Tahun ni memang sgt mencabar buat saya sebenearnya.. Tanggungjawab baru diofis sgt memerlukan kecekalan dan kesabaran, manakala tugas sebagai pelajar masih diteruskan di Semester ke-3. Telah bermula "thesis period" untuk kami. Cekal nak tulis thesis yg mana teah ditinggalkan 8tahun lepas :-(

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, terkasar bahasa, terkurang ajar, dan segalanya yang buruk dari saya. Ampun maaf dipinta dari suami saya yang banyak bersabar dengan "kekacauan jiwa" saya sepanjang bersama 5 tahun lebih ni, buat kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua yang acapkali saya "terlupa" untuk bersapa dan berjumpa, buat keluarga yang dah masak dengan "muka dan perangai serius" saya, saudara mara yang jauh dimata, rakan2 sekerja yg selalu nampak "ke-moody-an" saya di ofis, rakan-rakan yang jarang dihubungi, dan buat anakanda tersayang ku, Zahrah Nur Iman, ibu minta maaf atas segala "kelalaian" dan "kesingaan" ibu dengan adik. Dengan setulus hati, orang/uteh/aku/saya/ibu mohon ampun dan maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, luar dan dalaman :-(

Semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa di Ramadhan akan datang..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...