Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, September 14, 2018

Umai D'Lake Cafe, Presint 2, Putrajaya

Assalamualaikum semua!
Salam Jumaat and selamat bercuti kembali.

Hari ni nak #throwback #JJCM dan minum petang Selasa lepas di Umai D'Lake Cafe, Presint 2, Putrajaya

Setelah 5hari bercuti, baru hari tu keluar betul. Itupun lepas asar baru keluar..melepek kat rumah je cuti2 sambil2 browse FB and insta kawan2 yang pergi bercuti..kihkih..

Bila dah dapat peluang makan ni, kita rasa semua yang viral tu..amek kau sekali 5 menu diorder. Ok lah makan bertiga 3+1 apa, sorg satu menu, yang lebih tu confirm2 ayah #ZahrahNurIman tukang habiskan..



Cekodok Pisang - makan panas2 memang umpphh la kan kata dia. Kalau xsilap ada 8biji je tu, tapi cukuplah sorg seketul dua.


Roti Jala dengan Kuah Kari Ayam & Rendang Ayam - ni fav Zahrah, so mesti order walaupun bila tanya dia ckp taknak. Sebab bila dah depan mata mesti dia makan punya. Sudahnya, memang dia ngadap sorang sampai kenyang. Nasib baik ibu sempat paw sikit!πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Cucuq Udang - ni ibu dan ayah jela layan. Zahrah nampak sayur2 tu semua memang dia tak layan lah. Served with sos and kuah kacang. Both sedap buat cicah. Tapi idok ler ibu Zahrah melantak ni sorang2 sebab iols mmg kureng sikit dengan cucuq ni. So ayah, over to you!


Lempeng Kelapa - served with sambal, kari and gula. Tapi kari kosong la. Kalau nak tambah rendang pun boleh. Since dah order roti jala, so boleh kongsi kuahnya. Ibu makan satu, ayah makan satu. Kenyang!


Mee Rebus - yang ni ayah Zahrah balun sorg, ibu makan hujung2 je isi mee rebus ni, dapatlah rasa daging and telur makan dengan kuah mee. Itu pun dah sedap. Tapi sebah perut dah penuh, tu yang minta ayah Zahrah kasi settle mee tu. Ibu dpt rasa sikit cukuplah kan.


Last but not least, dah nama pun minum petang, kenalah amek teh tarik satu!

Lengkap meal minum petangku!
Total semua less than RM30 ok. Takdelah rasa bersalah makan banyak kan sebah harga berbaloi dengan rasa yang sedap

Happy tummy, happy baby and mummy😍😍😍

Lepas kekenyangan, bagilah chance kakak Zahrah main basikal dia pulak. Hujan dah berhenti boleh lah main basikal sekejap. Dia siap dah bebel2 kat cafe "takkan keluar sekejap je makan, buatlah benda lain pulak, kesian ayah bawak keta jauh2"

Amboi dia kalau bercakap kan..haha..
😎😎😎


Last but not least, terimalah wajah kami yang kekenyanganπŸ€—πŸ€—πŸ€—


Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, October 22, 2015

My Birthday Yang ke-13 & Makan2 Time

As-Salam & Salam Sejahtera!! Haiiiiiiii :-)
Tetiba excited terlebih hari ni, dah kenapa? hihi..

Hmmmm, dah seminngu lebih dah i menjangkau usia 31 tahun, tapi masih tersa muda lagi :-p
Pejam celik pejam celik dah geng 30-an kite ni..macam tak caye pulak..

Well, dah tua2 ni (ops, tadi ngaku muda), kita takde la buat birthday celebration pun..wish2 dari suami, family dan kawan2 macam biasa. 3 weeks before my birthday, dah dapat pun hadiah dari En. Suami :-) Thank you!! Finally, dapat jugak merasa telekung SK.. Memang sedap kain dia..


Then, dapat pulak kek birthday on the birth date tu.. Macam biasa, our fav cake is BR Icecream Cake..tapi kali ni En. Suami terbeli flavor yang dah pernah beli time birthday Zahrah yang lepas..tapi xpelah, yg penting dapat hadiah, Alhamdulillah :-)


Next day, cuti Awal Muharram.. Kami sekeluarga dengan family angah dan kakcik serta adik ber-picnic di tepi Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.. Saje nak bawak anak2 pergi mandi2 laut.. Si kecik Zahrah tu ape lagi, bersemangat la dia nak pergi mandi "air paut" kihkih..orang cakap pergi pantai-laut, dia terus shortcut jadi "paut" haha :-)

So, kita layan jela gambar2 ni dulu yer..
Enjoy!!

Dengan anak masing2..

Budak2 dan org2 tua di tepi pantai :-)

Antara makanan yang ada..berebut masing2 nak bwk, pastu semua tak habis..

Babies this year..Zafran & Naurah

Zahrah sementara menunggu yang lain2 sampai :-)

Last weekend pulak, kami sambung aktiviti makan2 lagi, guna kupon Groupon pulak..haha..
Kali ni ke Delicious pulak kita..
Jom Tengok :-)

Zahrah..sebelum sampai & sesudah sampai

Wefie dalam kereta dulu :-)

Minuman sedap :-p

BBQ Beef Ribs..mashed potato sedap!!

Beef steak with wedges

Chicken fillet with fries..Zahrah suka sos tu..

Ok la makanan kat situ, cuma steak tu agak mentah sikit, kena minta diorg grill balik.. Then, i punya ribs tu agak liat sikit dagingnya, banyak lemak je..huhu.. Total utk 3 dishes and 2 air, dalam RM140..so, kena tambah lagi RM60 la sebab voucher tu value RM80 (tapi bayar kat Groupon RM50 je). Kita jimat RM30!! :-p

Ok dah, malas nak tulis panjang2..

Sekian, terima kasih :-)
Daaaaa.....

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 13, 2015

OOTD ~ Sama Tapi Tak Serupa

As-salam semua!! Happy weekend..
Alhamdulillah..dipanjangkan umur utk kite "berjumpe" buat kesekian kalinya :-D

Hari ni saje nak share dgn uols tentang "keterujaan" ibu Zahrah utk sentiasa kelihatan sedondon satu famili.. Poyo tak? Hihi..whatever!! I like that.. AAK? Hahhaa... So, takyah cakap banyak, jom kite review few moments yang kami sedondon.. Let's cekidaut!!


~ Raya 2012 till 2015..mostly plain..senang nak sedondon ~


~ outfit time raya jugak..eh, mcm duplicate je gmbr first tu..org lelaki takyah buat baju melayu byk2..hihi ~


~ time jalan2..dapat sama color pun jadilah ;-) ~


~ ibu <3 anak ~


~ <3 <3 <3 ~

Ok then. Selesai "tugas" untuk hari ni..
Masa untuk cari barang dapur..kihkih..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, September 5, 2015

Weekend ~ Mission Impossible

As-salam semua!! I'm back!!
Hihi..dah masuk bulan Sept 2015 dah ni..cepat je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik..tinggal sebulan je lagi cuti sem..next month dah start kelas balik..uwaaa..

So, weekend terakhir sebelum dipenuhi dengan kelas ni kita penuhi dgn aktiviti yg best sikit la yer..since before this busy dengan macam2 aktiviti..open houses, weddings and majlis pertunangan acu ZahrahNurIman..so, this week kita tengok wayang!!! Yeay, first time tgk wayang lepas dapat anak, dan bawak Zahrah..excited nak tgk mission impossible katanya..buatlah online booking kt gsc..siap dgn set popcorn bagai.. Malangnya!!!












































HALL 6 PROBLEM!!!
Stress!! Terpaksa refund je..tu pun dpt half je..duit tiket je dpt..hmmm, ktorg mmg beli popcorn tu mkn kat rumah je :-/

nampak tak muka excited dua beranak ni?

bapak dan anak dengan "miss rabbit" sementara tunggu wayang start kul4

penghujung cerita mission semalam yang mmg impossible :'(

So, today..kami teruskan misi ni di TGV Sunway Pyramid dengan harapan yang tinggi..haha..
Akhirnya...

gelap2 pun nak selfie jugak..bukti dpt tgk "tv beso"

kihkihkih..sembunyi belakang ibu bila trailer citer hantu keluar

last but not least ;-)

Ok lah..one of wonderful weekend..sudah cukup sudah..esok nak masuk keja sudah..hahhaa..
Alamak, esok ada check-up lagi??!! Suspen :-o

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Monday, November 24, 2014

Upin Ipin Vs IOI City Mall

As-salam semua!! Hello Monday!!
Cerita tak ibu Zahrah hari ni?
Hihi..biasalah..mestilah ceria, no more Monday Blues skrg ni kan 😁

Cerita weekend lepas..semua tahu last week ada Karnival Upin Ipin & Ultraman kat PICC..
 

Kami pun teruja nak pergi juga since Upin Ipin adalah peminat Zahrah Nur Iman..hahaha.. So, petang Sabtu tu kami pun bergerak dari rumah.. Walaupun dekat je, tapi perjalanan sangat jauh dirasai.. Kenapa??? Apa lagi, sesak la!! Jem nak ke parking uolss.. And the worst thing is, parking kat PICC dah FULL!! So, semua parking kat tepi jalan je..then mendaki naik ke PICC.. Jauh yang amat.. Lastly, kami decided ke IOI CITY MALL sahaja..

Tapi!!

PENUH JUGAK!! Haishhh..even baru buka, semua orang nak datang hari tu jugak kan? Perlu ke?
(soalan untuk diri sendiri jugak..hihi)

Kemungkinan yang ada:
1. Semua yang datang ke IOI tu asalnya dari PICC yang tak dapat parking
2. Semua nak jadi orang pertama ke IOI City Mall

Whatever it is, teruskan!! Haha..
Sampai je terus cari foodcourt.. Malangnya!!
Tak buka lagi.. And another bad story, semua kedai makan penuh dengan customer and awaiting customer.. Aduyai..semualah ramai orang kan.. Tawaf dari satu hujung sampai another hujung, then, patah balik sampai tgh..barulah dapat masuk kedai..itu pun kena tunggu lebih kurang 15min sebab meja penuh lagi..

Akhirnya, kami disini..
ABSOLUTE THAI, IOI MALL PUTRAJAYA

Alhamdulillah..dapat masuk kedai. Then, cepat2 order makanan berlauk.. Nasib baik sampai makanan pun cepat. Yes!! Finally, good news!!





Lepas makan, pusing sekejap je kat IOI tu, jumpa pulak sotong besar ni.. So, Zahrah ambil gambar sekejap la dengan si sotong..


Plan asal nak cari ice skating nak tengok orang tergolek dok tapi tak jumpa pulak.. Last2, balik jela :-(

Tapi, sebelum balik, kita singgah dulu
KARNIVAL UPIN IPIN & ULTRAMAN

Dapatlah parking bila sampai dalam jam4 lebih tu.. Tapi, parking tepi jalan je..and menapak la kami nak naik atas tu. Fuh, gigih uolssss.. Zahrah pun bersemangat nak jumpa Upin Ipin, tapi bila tengok ramai orang, start la dia minta dukung.. Nasib baiklah dh sampai atas baru nak dukung..kalau time mendaki, mahu terberak ibu dia nak mendaki sambil dukung!! Hihi
 

Since kat dalam PICC tu dah macam ulat, kitorg jalan sekejap jela..amek gambar dgn backdrop Upin Ipin, Aiman je.. Lepas tu, terus balik..sakit kepala tengok orang ramai sangat..huhu.. Yang penting dah tunaikan janji nak bawak situ even tak jumpa langsung si kembar tu πŸ˜₯





Turun dari PICC, budak kecik memang nak berdukung je.. Sebab bad mood kena balik..dah separuh jalan baru ibu sambung dukung pulak..tapi sepanjang jalan dia membebel nak pergi upin ipin lagi..ibu pun layankan jela..as long as tak menangis..tapi layan cakap je..sampailah menuju ke kereta..hihi πŸ˜‰

Begitulah cerita weekend kami..
Menarik kan? Haha..

Oh ok!! Just my 2cents tentang program Upin Ipin ni.. Pleaseee..buatlah kat tempat yang lebih besar jika tidak, anda bukan sahaja mengecewakan anak2 kecil yang teruja nak jumpa Upin Ipin, malah mengecewakan ibubapa yang nak menunaikan hasrat anak2 dikala cuti sekolahπŸ‘Œ

Sekian, terima kasih..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, October 21, 2012

Begedil Comel!!

Happy weeeekend everybody!!! Panjang kan "weeee" nye..sebab weekend sangatlah weeeehoooo!!!! heeeeheeeee :-)

Dikala hujung minggu yang permai ni..saya dengan sangat rajin telah buat BEGEDIL COMEL lagi sedap sebagai jamuan tgh hari..first time ni yer..semudah 123 tapiiii agak leceh sikit la..haha..

(1) KENTANG..direbus & dilenyek..

nak goreng pun boleh sebelum dilenyek..tapi saya nk kurangkan penggunaan minyak..so rebus sudah o_O

(2) AYAM/DAGING..diracik halus..rebus bersama BAWANG BESAR+PUTIH serta LADA HITAM & KIUB AYAM

air utk merebus tak perlu byk..just nice utk masakkan ayam tu..then campur je semua..hinggalah agak kering campuran tu..and garam secukup rasa :-)

(3) Campur..gaul..bentukkan..salut TELUR & sedia untuk digoreng!!

gaulkan masakan dgn kentang lenyek..tapi biar sejuk dulu la..bentukkan ikut sukahati anda..dan rendamkan dgn telur sebelum digoreng..minyak pastikan panas dulu & sikit minyak sudah cukup..jangan terlalu 'balikkan' begedil ketika digoreng..takut perai pulak..so..berhati2 :-P

SIAP!!!


YUMMYLICIOUS..from heart..
SELAMAT MENCUBA!!

Friday, October 8, 2010

Lagu Pilihan #1

..::: Kekasih Halal :::..



..:: Aku telah lelah ::..
..:: Memilih memilah mencari wanita ::..
..:: Siapakah dirinya ::..
..:: Yang kan menjadi kekasih halalku ::..

..:: Tiba-tiba aku terpana::
..:: Ada kejutan tak terduga::..

..:: Dia gadis berkerudung merah ::..
..:: Hatiku tergoda tergugah ::..
..:: Tak cuma parasnya yang indah ::..
..:: Dia baik dia soleha ::..

..:: Dia gadis berkerudung merah ::..
..:: Bawalah diriku padanya ::..
..:: Takkan habis ku berdoa ::..
..:: Jadi kekasih halalnya ::..

..:: Jadikan diriku halal ::..
..:: Memeluk halal menciummu ::..
..:: Lekaslah jangan tunda ::..
..:: Untuk menjadi kekasih halalku ::..

..:: Itu itu dia gadis berkerudung merah ::..
..:: Hatiku tergoda tergugah ::..
..:: Tak cuma parasnya yang indah ::..
..:: Dia baik dia soleha ::..

...........................................................................................................

dan kamilah..................................GADIS BERKERUDUNG MERAH itu!!!

suke sangat..lagu ni mmg sesuai utk ktorg..hahaha..perasan!!

Berangan time!!!!!


DAAAAAA......

Friday, October 1, 2010

Oktober <--> Oktober

..:: 10.10 ::..

Yeehaaaa!!!!! October is coming!!! :-)

ahhaaa...best2..sape2 yg nak bg hadiah kt saya sila2 la yer..contact me if u need my address..i'm waiting..hehe..

perasan je..mcm ade org nk bagi hadiah je kt i..huhu..

emmm..alang2 dh citer pasal bulan 10 ni..apelah salah kirenye saya mendedahkan ciri2 si bulan oktober..

..:: 13 oktober ::..

  • cerdik --> cerdik ke?? alhamdulillah..sekadar menggunakan akal fikiran & otak anugerah Allah s.w.t..
  • bersifat sosial --> yer..i like party!!! party makan2 menggemukkan badan..hhehe..astaghfirullah..bwk2 insaf yer..
  • pemikiran atau gagasannya asli --> of course la i asli..bukan cetak rompak..huhu..
  • suka memamerkan kepandaiannya sehingga membuat orang merasa jemu --> sori yer orang2 diluar sana..i xsengaja kot menunjuk2 tu..setiap manusia ade kelemahan dan kekurangan..ampunkan patik..

Happy Birthday yer kepada SAYA & yang seangkatan dengannya..

p/s: shall wait for big present!! yeehaaa.. :-)

Tuesday, January 19, 2010

Hassan <--> Balqish


..::Cinta sejati..kadang-kadang kita tak nampak cinta sejati ada di depan mata::..

huhu..pagi2 dah kacau mood la si balqish ni..x pasal2 dlm kesedihan kt ofis tgk si balqish ni..tapi akhirnya abes pun citer ni..xdela aku susah hati xdapat tgk tiap2 hari sbb kena tahan kt opis..hehe..yg xpaham nye website tv3 ni..dan2 la pagi ni boleh plak nk "catch-up TV"..slalu bkn main payah..pape pun kepada semua peminat balqish & hassan..berbahagialah korg henaknya korg yer..

..:: Selamat Menonton ::..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...