Showing posts with label sedih bangat :-(. Show all posts
Showing posts with label sedih bangat :-(. Show all posts

Tuesday, December 17, 2019

Zarin 2nd Time Warded - Influenza A

Assalamualaikum!

Hallu!!!

Im back with cerita dak Zarin lagi. Kali ni nak  #throwback baby #ZarinNurInsyirah demam dan warded bulan lepas pulak.

Ceritanyaaaaaa...

Lepas injection 1Y hujung October lepas memang dah "ready" in case baby demam, tapi Alhamdulillah, seminggu lepas inject memang sihat je budak kecik ni. Tapi awal bulan November lepas, dia start demam on-off. 5hari demam, on antibiotik, 5hari sihat. Lepas tu start demam yang tinggi temperature 38-39°C sampailah ayah ibu decided nak check hospital terus sbb mkn ubat tak kebah.

Sedih kan muka dak kecik ni. Sebenarnya dia lagi sedih kena duduk dlm carseat tu. Hari2 kalau duduk situ menangis beria🀦🏽‍♀️.

Ok, back to cerita demam.....

Selasa, 19/11/2019, since demam tak kebah dari isnin malam, so pagi tu terus ke AnNur Emergency. Doctor tak boleh nk check darah sbb mmg plan for warded tapi takde bed kosong. So doctor suruh cari hospital yang ada bilik kosong. Puas mencari, walk-in, call semua hospital e.g. AzZahrah, Andorra, KPJ, etc. Mostly dah penuh, kalau tak penuh pun, mahal sikit harganya. Sudahnya kami blk rumah dulu, packing baju pastu baru nak sambung cari hospital. Tapi syukurlah kami sempat booking AzZahrah and dpt call ada bilik kosong.

Kul 430 ptg kami sampai emergency, ambil darah, masuk air, maghrib dapat masuk bilik. 


Doktor sahkan +ve Influenza A.
Besides, ada darah putih yg melebihi paras normal jugak. Warded 2hari. 


 Lepas semalaman tu baby dah nampak sihatlah. Dah mula nk main. Dalam pada tgh main kat bilik, bila doctor nurses masuk terus jadi anak kangaroo🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️🀦🏽‍♀️.


Hari ketiga pagi2 nurse dah dtg nak amek darah tp kena hold sbb tgn bengkak. Tunggu nurse lain pulak dtg kena cucuk tangan sebelah pulak.


Khamis, 21/11/2019, baru discharged.
Tengahari tu doktor check bgtau dah boleh discharge sbb bacaan dah menunjukkan positif. Makin sihat.


Bacaan dah turun ke paras normal. Tapi still kena on antibiotik utk 4hari lagi dan kena kuarantin sepanjang tempoh tu. So berehat jela kat rumah.

Alhamdulillah.

Lepas seminggu tu mmg sihat dh mcm biasa, tp time nk follow up doctor, demam blk dia. Adoyai. Doctor pun pelik. Sebab patutnya kalau Influenza A, sekali kena, inshaaAllah, dalam masa setahun takkan kena lagi. So doctor spare kan antibiotik lain pulak, in case demam berlarutan sampai esok, kena makan antibiotik balik. So esoknya still demam, makanlah blk antibiotik.

Alhamdulillah.
Sekarang dah sihat semula.
Makan pun dah mula ada selera.
Hari2 ibu bekalkan sup bwk ke taska.

Syukur!
Moga anak2 ibu sihat3  selalu hendaknya.

Aamiiin.

Oh, btw, ini hospital ke-3 Zarin stayed lepas bersalin di Andorra, warded di Annur. Overall, kami puas hati lah duduk di sana. Kami ambil single room mcm biasa sbb nk mudahkan kami stay sama2. 

Bilik selesa
Toilet luas
Sofa dan kerusi disediakn
Telekung sejadah pun ada

Alhamdulillah.


Kami ambil Super Deluxe @ RM270 per night.
Semua πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Till then...

Daaaaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, October 13, 2015

Kenaikan Kadar Tol --> Menggalak Rakyat Menggunakan Perkhidmatan Awam? Seriously?

As-Salam dan Selamat Sejahtera!!

Dihari saya dilahirkan 31 tahun yang dulu..
Dihari terakhir pada tahun 1436H..
Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa..

InshaaAllah..

Alhadulillah, kita dah pun berganjak ke bulan Oktober 2015..
Dan pada bulan ini juga, specifically semalam bertarikh 12/10/2015, kite digemparkan dengan berita kadar kenaikan tol dikebanyakan tol2 dalam bandar..

Maklumat tol baru boleh baca kat sini:

Menangiskah kita??
Sedihkah kita??
Semestinya kita bersedih kan..sebagai golongan marhaen yang poketnya tidak sentiasa penuh, pastinya kenaikan harga tol waima 10sen akan memberi kesan kepada kita.. Betul tak? Kalau sepoloh sen satu trip, bila return trip sebulan makan ringgit jugak kan?

Tapi, siapalah kita!!
Cakap macam mana pun, bising macam mana pun, ada ke mereka peduli?

Even takde orang nak ambil tahu, saya tetap nak bagitau..

SAYA TAK PUAS HATI
SAYA KECEWA
SAYA SEDIH

Sebab apa??
Cuba baca artikel dibawah ni:


Pada pendapat saya, alasan tersebut tidak relevan (at least utk keadaan saya dan famili).
Kenapa?

Cuba anda lihat kiraan yang saya dan suami buat pada Nov 2014 dan saya kemaskini mengikut harga semasa.

Calculation if we are driving to workplace..jarak pergi balik lebih kurang 60km, depends on laluan yang kami ambil. Kalau, ikut elite-federal, dekat sikit, tp pakai byk minyak. Kalau ikut mex/skve mmg kurang jem, tapi jauh dan tol, paham2 jela. Yang pasti, laluan mane pun kami ambil, tol tetap kena lalu :-(

If we decided to use public transport, this might be the cost. Higher than if we're driving to office. Kawasan perumahan kami mmg takde public transport. Teksi? Ada!! But, RM30 per trip to office is not relevant and membazir!! Ini belum lagi kira kalau fee public transport naik..hmmmm :-S

(Disclaimer: Kiraan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini sahaja. It may be differ from your calculation.)

Anda nampak tak?
Penggunaan perkhidmatan awam memerlukan lebih banyak kos berbanding drive.

So, kat mane relevannya alasan tersebut?
Adakah rakyat Malaysia semua kaya2 belaka, yang keluarkan duit macam buang air kecik..ops!!

Tapi, itulah hakikatnya..
Kiraan yang saya buat mungkin hanya relevan utk kami sekeluarga.. Mungkin utk anda diluar sana, guna public transport lagi jimat daripada driving. Tapi utk kami, public transport yang terdekat buat masa ni hanya di Subang Jaya ataupun Putrajaya.. Still perlu melalui tol2 untuk mendapatkan public transport tersebut..

Terdengar berita dicorong radio, katanya "..kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol kerana terbeban sebanyak RM1.xxbillion dengan syarikat lebuhraya.." (maafkan saya kiranya maklumat ini salah).

If kita nak tolong kurangkan beban kerajaan, means kita terpaksa membebankan rakyat ke?
Rebat penggunaan touchNgo pun dah dimansuhkan sejak tahun lepas (kalau x silap).
So, kat mana win-win situation nya?

Kalau betul pun nak naikkan harga tol, tolonglah bagi alasan yang lebih bernas dan fit dgn situasi rakyat secara overall.. Kita golongan bawahan ni pun sentiasa diingatkan "jangan beri alasan bodoh" kan, so golongan atasan juga sepatutnya buat benda yang sama lah!

Kalau perkhidmatan awam kita sekarang berada ditahap "dewa-dewi" dan "petik jari" je dapat, mungkin rakyat akan pandang akan solusi ni, tapi hakikaktnya, public transport kita masih lagi terkebelakang. So, macam mana rakyat nak sokong? Cer bagitau :-)

Ok lah..it just my opinion and my bebelan dihari ini.
Hopefully bebelan ni tak menambah "catatan kiri" dalam "Buku 1436H" saya :-(

Sekian, terima kasih...

Daaaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Saturday, August 8, 2015

Perginya.. Sekali Lagi

As-salam mommies!!
Jumpa lagi kita dihujung minggu ni..
Alhamdulillah masih berkesempatan..

Actually, sejak dah habis sem ni..terasa banyak pulak masa terluang..rindu pulak saat dan ketika berada dalam keadaan kelam kabut..haru biru..lintang pukang nak siapkan assignments and nak study..memang ni la first time rasa last minute study yang sangat2 last..mane tak nya, weekdays dh kat ofis..kadang2 je dpt masa nak siapkan assignment..tp dah time kritikal tu memang amek masa kat ofis nak siapkan assignment..buat kerja ofis siap2 terus sambung buat assignment.. Minta ampun bos.. Disebabkan ke-kelamkabutan ni la sambutan raya tahun ni kurang meriah sikit..

Ditambah pulak dengan kehilangan yang baru dirasai selepas seminggu berpuasa tempoh hari.. Ingat lagi tak dalam entry saya yang lepas?


Yup, kami baru kehilangan bakal zuriat kami buat kali kedua.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.. Hanya Dia yang tahu apa yang kami perlukan..bukan apa yang kami inginkan.. Alhamdulillah, kami masih lagi "dipandang" dan diuji oleh-Nya..tanda dia sayang kami..
Alhamdulillah..kami redha akan ketentuan-Nya dan kehendak-Nya.. InshaaAllah..

Mengimbau kembali akan kehadiran "si dia" lebih kurang 4bulan yang lepas.. 18-Apr-2015 merupakan tarikh first day period sebelum kami sahkan akan tanda2 kehadiran "si dia" dikala saya missed next period on 18-Mei-2015.. Yup, tiap2 bulan memang period saya akan konsisten..so, bila lewat period, gerak hati saya kuat akan kehadiran "si dia" di dalam rahim ibunya..

Syukur.. Alhamdulillah diberi rezeki seterusnya.. Walaupun ujian UPT kelihatan samar2 tapi gerak hati ibu ZNI ni kuat..tapi, diuji pula dengan demam sepanjang minggu2 akhir bulan Mei lepas.. Memandangkan kami sekeluarga akan (dan telah) menunaikan umrah pada hujung bulan Mei, so, dikuatkan jugak ke klinik untuk check dengan doktor..and dapatkan nasihat doktor untuk ziarah dan umrah kami nanti.. Then, 26-Mei-2015 lepas kami pergi buat check-up di Klinik Famili Dr. Ani Aizara..macam sebelum ni jugak.. Dan dapat MC 2-hari untuk berehat..betul2 sehari sebelum nak berangkat menunaikan Umrah dan Ziarah, saya masuk jugak ofis untuk settlekan kerja sebelum cuti panjang..badan masih lemah..to digigihkan jugak..

Alhamdulillah, masa yang dinantikan tiba.. 30-Mei-2015 pagi, kami berangkat..seramai 12org bersama-sama 30jemaah lain dari Tiram Travel bergerak ke Tanah Suci Mekah & Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sepanjang 2minggu di tanah suci, saya diuji juga dengan demam.. So, berehat di hotel sahaja..dan famili pun mmg suruh berehat je sebab tengah awal2 preggy lagi time tu, so, takut anything happens.. Alhamdulillah..selamat pulang ke tanah air pada 10-Jun-2015 dan keadaan masih seperti biasa.. Sehinggalah pada hari ke-6 berpuasa, iaitu pada 23-Jun-2015 dah terasa lain macam sebab dah start ada spotting keluar..and time berbuka, terasa seperti ada "air" keluar dgn banyak semasa nak berjalan.. Time tu, memang hati dah start rasa tak sedap..and bleeding pun dah macam nak menunjukkan tanda..huhu.. Sedih sangat time tu..keadaan yang sama terasa 1tahun 6bulan yang lepas.. So, kali ni saya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan walaupun dalam hati dan fikiran masih positif.. Esoknya, pagi2 24-Jun-2015 kami ke klinik untuk check-up, dan ketika scan, doktor sahkan memang ada kandungan tapi tak membesar mengikut waktu yang sepatutnya..huhu

Ikut perkiraan, sepatutnya kandungan sudah berusia 9minggu, tetapi kandungan yang saya kandungkan hanya sebesar 4-5minggu.. Redha. Itu yang terbaik. Walaupun diuji sekali lagi, tapi saya tetap mengharapkan keredhaan Allah agar hati saya ikhlas menerima ujian-Nya.. Setelah discan, doktor minta saya ke hospital pakar untuk pengesahan lanjut.. Dan seterusnya, saya ke DEMC di bahagian emergency untuk further check-up.. Memandangkan semua gynae already booked, so, saya kena jumpa on-call gynae.. Dr. Zamri.. Pakar Reproduction.. Dan sekali lagi scan, memang betul kandungan tidak membesar seperti sepatutnya.. So, doktor bagi pilihan samada nak tunggu "si dia" keluar sendiri atau nak proceed d&c..tapi his advice, tunggu dulu sebab kandungan kecil, so, inshaaAllah boleh keluar sendiri.. Next follow-up, a week after..

Balik dari DEMC, bleeding semakin banyak dan berterusan sehinggalah pada 25-Jun-2015 hari Khamis, petang kira2 jam 6petang..sakit pinggang yang teramat sangat dan ketika menahan kesakitan, tiba2.. Done. Its gone. Saya dapat rasakan ada ketulan keluar..ketika tu memang dah nak nak masuk maghrib..masing2 bersiap nak berbuka puasa.. Saya dah dapat rasakan akan "kehilangan si dia" dan hanya berbuka dgn air masak.. Di toilet, mmg sah "si dia" dah keluar.. Alhamdulillah kami "dipertemukan" akhirnya..walaupun dlm keadaan yang teruji.. Malamnya, ayah "si dia" kebumikan "si dia" sendirian ditemani "kakak" Zahrah.. Ibu? Merehatkan dan menenangkan diri..

Then, on 30-Jun-2015 pergi buat check-up lagi untuk sahkan samada "kandungan" dah clear.. Alhamdulillah, memang dah kosong.. Bersih.. Hanya perlu tunggu darah keluar dengan bersih.. Dan doktor minta datang lagi sebulan untuk follow-up.. Apa yang positif tentang doktor Zamri, dia hanya cakap anggaplah kandungan "tak menjadi" sebab tu dia tak nak membesar..tak perlu pikir sebab stress ke, penat ke ape ke..just positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..dan inilah yang terbaik.. Pinjaman-Nya hanya seketika..jadi bersyukurlah kerana Dia masih ingin pinjamkan utk kita dengan kehadiran "si dia" walaupun hanya 9minggu..

Hari demi hari..bulan berganti bulan..hidup diteruskan seperti biasa..dilalui dengan tenang..yang pergi tetap pergi..jangan dikesali..usah ditangisi.. Teruskan berdoa agar kesempatan lain diberikan oleh-Nya dimasa akan datang.. InshaaAllah..

Begitulah kisahnya.. Zahrah Nur Iman juga seakan faham..bila diberitahu "baby" tak sihat, dan dia seakan faham..walaupun hakikatnya dia begitu inginkan teman sepemainan.. InshaaAllah Zahrah, suatu hari nnt yer..

Ok lah..dibulan mulia ni, kita sama2 berdoa semoga diberikan keberkatan dalam hidup kita.. InshaaAllah.. Amin..

xoxo,
Ibu Zahrah

Sunday, September 9, 2012

Jatuh...dan...Jatuh Lagi!!!

Uwaaaa...minggu yang sedih last week..baby Zahrah yang sangat ligat memanjat skrg ni sampai 2x jatuh tergolek dok kat rumah BS..huhu..

1st time jatuh hari Isnin..tau2 je petang tu amek Zahrah dah ada lebam sikit kat dahi..this one tak kritikal sgt lah..lebam sikit je and die pun takde tanda2 muntah ke ape..so ibu just tuam sikit2 bagi kurang lebam..looks ok dah keesokkannya..kalau tak tuam jawabnye bertandalah urat macam ibu die ni (akibat bedak jatuh atas kepala time baby..huhu)

Back to Zahrah sad story..hari Khamis pulak time amek Zahrah petang tu..ayah die yg amek..and ibu sampai rasa nak menangis bila amek Zahrah dari ayah.tengok2 mulut dia merah n lecur2..syiiannn anak ibu..tak nampak dah bibir dia yg mungil (betul ke istilah ni?hehe) tu..petang tu jugak bwk g jumpe paed kt usj..doc tgk terus ckp mcm ada infection.. Zahrah pun macam biasalah kan kalau jumpe doc mesti buat muka sedih dpn doc..sopan je..kalau tak memang tak reti nak duduk diam..sabar jela budak ni..nasib baik comel!!haha..


1st day - muka sedih


hari ke-2 dah happy sikit

Today..its getting better.. Alhamdulillah..luka pun dah kering..nak kena abeskn antibiotic sampai this khamis..then carik vitamin E oil utk hilangkan scar..barulah anak ibu channtekkkk macam sedia ada!!!



Daaaaaa ;-)

Tuesday, March 6, 2012

Dari DIA Kita Datang.. Kepada-NYA Jua Kita Kembali

Al-Fatihah

(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang (4) Yang berkuasa pada hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja tempat kami memohon pertolongan (6) Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tanggal 5 Mac 2012, perginya seorang insan bergelar emak, wan dan onyang, mengadap Yang Maha Esa, selama-lamanya..pemergian arwah merupakan satu kehilangan yang pastinya dirasai dan diratapi oleh anak, cucu cicit serta ahli keluarga & rakan2nya..tiada apa yang mampu dibekalkan untuk arwah di alam sana melainkan doa2 serta amal jariah..kenangan suka-duka pahit-manis bersama arwah pastinya akan dikenang..

Semoga rohmu tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan bertakwa..

Aminnn..

Aku hanya mampu merasai kasih sayang seorang nenek selama setahun setelah berbelas tahun tidak merasainya..Al-Fatihah untuk Atuk-atuk, tokmak, tok piah & wan..serta mereka yang telah meninggalkan kite..

Friday, March 2, 2012

@Liza ~ Cuti anda telah tamat!!!

Dengan sedihnya sy ingin mengaku bahawa tempoh bercuti & bergumbira saya akan tamat pada hari ini..

Uwaaa...sedihnya...kena mengadap balik kerja yang byk itu...keluar rumah pagi2..balik rumah dah malam..huhu..

Cuti yang sangat lama ni memang best sebabnya:

1) dapat bersama berkepit bersuka-ria dgn Zahrah darling..
2) dapat tengok tv siang2 hari samai dah tak tau nak tgk citer ape (sbb astro asyik ulang citer yg sama jer..huhu)
3) dapat update blog selalu..
4) dapat buat custom album dgn jayanya..
5) dapat habiskan duit dgn shopping online (astaghfirullah..ini pembaziran!!huhu..)

Hmmm..sudah2 ler tu aliza oi..kembalilah kamu ke alam realiti..ke dunia pekerjaan..huhu..

To me <-- please enjoy your life as an executive (nak muntah!!!hahah..)

p/s: lepas ni nampaknya blog saya akan kembali bersawang la gamaknya..huhu..

Friday, November 11, 2011

Saya Kecewa dgn Kalian!!

YEr..saya TAHU...
Saya hanya kuli!!!
Saya hanya orang bawahan!!!
Saya hanya bertindak mengikut arahan!!!

dan Saya PASTI...
Kalian adalah bos saya!!!
Kalian adalah golongan atasan!!!
Kalian adalah orng yang berhak mengeluarkan arahan!!!

tapi...
Saya sudah buat SEHABIS BAIK!!!
Saya sudah sediakan SELENGKAP MUNGKIN!!!
Saya sudah terangkan SEJELAS-JELASNYA!!!

kenapa...
Susah sangat NAK BUAT KEPUTUSAN!!!
Payah sangat NAK TERIMA KENYATAAN!!!
'Segan' sangat NAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

apa YANG PASTI...
SAYA KECEWA...Sangat2 KECEWA...

APA PUN TAK BOLEH!!!!!

(rasa macam nak bersalin sekarang dan terus amek cuti bersalin 2 bulan..tapi saya sgt sayangkan MyLilKechik..biarlah dia berada didalam kandungan saya dulu sehingga tiba masanya kami bertemu nanti..semoga stress ibunya tak dirasa oleh dia)

Sekian..bertenanglah wahai Aliza!!

Saturday, October 23, 2010

..:: tUkaR anGIn #2 ~ Pusingan Kerja ::..

hai..hai..hai..


new look of my blog!! Ok tak (jika anda sedang melayari blog ini..sila jawab YA!..hehe)??

ni semua gara2 aku xreti nak cari kemana hilangnya aku nye sidebar dlm blog ni..terpakse salin kulit..huhu..anyway..suka kat "rupe" baruku ini..heheh..


"hallu2..ape ni..topik lain citer lain???"


Baeklah..pulang ke pangkai jalan..heehe..
---------------------------------------------------------------------

nak dijadikan cerite..kalau kalian mahu tau..last week..unofficially bos i bgtau yg i akan tukar unit lain..oh no..sedih!!! dh xdapat siapka kerja2 lama ("sape suh xsiapkan..dh kena tukar baru gedik nk siapkan??"..huhu..)..xdapat nk buli kawan2 seperjuangan (^^kami saling buli-membuli ok, bukan i je ^^)..xdapat bos yg baek hati..suke belanja makan (**kami mmg syg bos kami..uwaa**)..


in other word, i'm doing my "job rotation" starting ...... (soon..not yet approved actually..haha)..

^^bersungguh-sungguh tak i berlari membuat pusingan diatas??^^



hopefuly my new bos and new team are better than current ^^even it is the best team i've had :-( ^^..goodluck to me..hoyyeh2..chaiyokk..


"Esok perlu Lebih Baik dari HariIni "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...