Wednesday, June 3, 2020

Suka duka di PS. Mencari pengajian baru.

Assalamualaikum.
Ahlan wa Sahlan. Apa khabar ya akhi wa ukhti?

Ceh³ berbahasa Arab pulak kita. Itu je pun yang taunya.
🤭🤭🤭

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun 2020 dah kan.

1-minggu lebih dah kita meraikan Syawal.
2-bulan lebih dah kita menempuh PKP.
3-tahun lebih dah saya meninggalkan alam "persekolahan".

😆😆😆
Yela, last convo Master UKM aritu tahun 2017 kan. Bila la agaknya nak sambung belajar kan. Impian tu ada, kekuatan jela belum cukup lagi.

Meh ler singgah cerita #StudentLife iols kat sini kalau rajin.

Macam mana dengan #WorkLife pulak?
Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki kerja, masih dibawah kelolaan my one and only majikan selama 12tahun ni.

Love u la TM🥰🥰🥰.

Its been long days for me at TM, at specifically at procurement department. Since day 1 melapor diri.

Bossess bertukar ganti. Unit bertukar kerja.

🕵️ 1st boss - steady and relax En. RMJ
🕵️ 1st boss kepada boss - the garang DOBI.
🕵️ 2nd boss - kind and generous Hj.NS.
👩‍💼 2nd boss kepada boss - firm and spoken CikAAW.
🧕 3rd boss - lovely and friendly Pn.YMJ.
🕵️ 3rd boss kepada - easy going En. AMN.
🧕 4th boss - sempoi and friendly Pn.SMS.
🕵️ 5th boss - nicely spoken En.IH.

From 1st to 4th bosses, I've been working more related to purchasing, membeli dan membeli. Tak ku jangka suatu ketika dulu maksud "procurement" pun iols xtau, sekarang ni rasa mcm nak jadi procurement expert la pulak🤣🤣🤣.

8 years after I've been transferred to another new job scope to me. Being a Secretary in simple word. Not S/U to someone but more to S/U for committees or simplified as Proc.Secretariat (PS). Masih ingat lagi ada yg recommended me for this role due to my passion writing in this blog🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.

It is different way of writing ya. Dalam blog i can write whatever I want to, in any languanges and any way of writing. But being a secretary I have to ensure writing is correct, precise and mencapai maksud. That's the difficult parts. Masa mula² joined tu, rasa nk terbelit sel² otak ni nak menghadamkan percakapan² org dlm meeting dan kemudian kena mengelurkan balik percakapan tu dalam bentuk writing.

Dalam tempoh masa tersebut, iols belajar dan dols menangis (utk pertama kalinya di office). Hanya yang tahu sahaja yg dpt menyaksikan airmata emas iols mengalir🤭🤭🤭.

Sepanjang 8thn berkerja (2008 - 2016), tak pernah sekalipun airmata ni jatuh sebab kerja. Hebat kan?🤣🤣🤣.

Tapi, tahun ke-9 lain ceritanya.
Menangis saat terima surat. Ada yg menjadi saksi.
Menangis saat ingin ditukarkan. Bos juga terkesima menyaksi.
Menangis saat kegagalan mengawal diri dan emosi. Masih ada yang yang bersimpati.

Itulah 3x tangisan yang keluar, yang orang lain tak sangka ianya datang dari kelopak mata insan "rimau" bernama Aliza🤭🤭🤭.

Alhamdulillah, after 4years, Allah berikan peluang utk terus belajar lagi.

Belajar dan terus belajar.
Belajar dari tempat lama.
Praktikkan di tempat baru.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.

Ambil cabaran.
Tiada perkara mudah. Jangan ambil mudah.
Keluar dari comfort zone.
Jangan mengalah sebelum berperang.

That's my principle.

Yes, i almost surrender last 2 years.
Bukan sebab tak suka, bukan sebab tak sayang.

Most of my times for the past 4 years, i love it.

💕 Saya suka menulis. Tulis panjang2, google translate, google definition.
💕 Saya suka "kenal" ramai orang, dari Top Mgmt sampai la staff² saya yang dah sampai masa nak pencen.
💕 Saya suka buat excel, pivot table, translate into slides, then (bagi) boss present😅.

Tapi! Itu semua tak cukup.

Apa yang tak cukup? Masih tak cukup lagikah kerja2 yang penuh list tu.

No, bukan tak cukup banyak.
Tapi sebab tak cukup kepuasan.

PUAS.
Dimana kepuasan sebenar dalam berkerja?
Adakah puas bila tak banyak kerja?
Adakah puas bila kerja mudah sahaja?
Adakah puas bila kerja tanpa tekanan dan duka?

Kepuasan setiap orang berbeza.
For me, puas itu bila..
✅ Kau capai kpi yang kau sendiri sediakan..
✅ Kau dapat apa yang kau mahukan..
✅ Kau selesaikan apa yang kau mulakan..

Bila sampai satu tahap kau xdpt seperti diatas, kau akan rasa diri kau GAGAL.

FAIL. TIDAK BERJAYA. TIADA KEPUASAN.

Bila diri sendiri tak puas, macam mana nak deliver bagi kepuasan pada orang lain kan.

Bila diri sudah tak puas, adakah keikhlasan mampu datang.

Bila tiada keikhlasan, macam mana dengan janji kau dengan Tuhan?

Sudah? Habis tu macam mana?

Inilah masanya.
Dunia Baru. Cuba dimensi baru.
Mungkin disitu bukan yang terbaik lagi buat masa ini.

Bukan nak cakap im struggle sebab kerja itu stress. But im struggle to fit myself into that situation. Im not positive person anymore who can adapt to those works.

Tapi percayalah, jika saya mampu disitu, anda juga mampu disitu.
Cuma mahu ataupun tidak ingin mencuba.
Berani ataupun mahu sentiasa "selamat" sahaja.

Semoga saya terus mampu belajar dan belajar dan dan kuat lagi mencari rezeki.

InshaaAllah. Aminn.

xoxo,
Ibu ZNI

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...