Tuesday, September 11, 2018

Rak Kecil Si Kecil BabyZNI vs HelloKitty theme for Kakak ZNI

Assalamualaikum Mommies!

Salam 1 Muharram 1430H semua!
Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru Islam.

InshaaAllah lagi 16hari ibu ZNI masuk 35 tahun ikut kalendar Islam, tapi kalau ikut kalendar Masihi, sebulan lagi baru masuk 34 tahun. Whatever number it is, percayalah sesungguhnya kita semakin tua bukan semakin muda😍😍😍


Sebenarnya topik utama nak cerita pasal rak baju si kecil BabyZNI nanti. Baju yang beli tak banyak, tapi bila di combine dengan baju kakak #ZahrahNurIman memang banyak la. Itu pun baju kakak ada yg dah buang or donate or bagi sepupu2 dia.

Bila dah masukkan dalam rak, penuh jugak. Kalau nak beli lagi macam mana ni? Hihi..

So macam biasa rak ni dipilih kakak Zahrah sendiri ikut citarasa dia (btw, nak beli barang adik, kena beli jiwa kakak dulu la kan). So, pink la jadinya. Kalau si kakak yang pilih, kalau bukan pink, mesti purple. Warna lain jangan harap (kecuali ibu guna kuasa veto)!πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Beli rak kat ikea sekali dengan partitions untuk letak dalam dan atas rak. Senang nak susun baju2 tu semua (dan senanglah ayah ZNI nak cari nnt kalau dh siap asingkan..kalau tidak..faham2 jela kan org laki kalau cari barang..haha)


Asalnya nak letak kat bilik ke-2 tapi bila susun2 macam leceh pulak kalau letak situ. Takut jugak kakak ingat itu almari dia, so transfer masuk bilik utama jela..terus susun baju baby dalam tu. Untuk kakak ibu setup lain pulak (nak beli jiwa lagi la ni..haha). Labeling dengan kartun baby tu saje letak utk senang cari dan bagi kakak excited sikit nak ada adik. Maklumlah budak dah biasa bermanja sorg2 6tahun ni.

So, kita zoom sikit apa yang ada kat rak ni jom.


Nampak banyak kan? Sebenarnya baju2 baru memang sikit, setiap jenis tu ada 2 je yang baru, lain2 semua kakak punya. Baju kurung and leggingsbsemua kakak punya. Macam iols bagitau, hats, barut and blanket/swaddle je yang beli baru sebab xjumpa kakak punya. Tapi bila kemas2 rasa macam mittend xcukup pulak. Kena beli baru ke ni???πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Takpelah, nnt masa2 terluang time cuti berpantang confirm banyak kali poslaju datang hantar barang ni, so kita tunggu!!!

Ok la, pendek je cerita rak baju ni.
Baju2 baru akan di pack masuk hospital bag, utk menyambut baby baru kita pakai baju baru la to welcome the little one😍😍😍

"Beli Jiwa" Kakak #ZahrahNurIman

Lately ni memang ibu banyak shopping barang baby #ZNIjunior je, so si kakak pun asyik claimed yang ibu asyik beli barang baby je🀦🀦🀦

Untuk berlaku adil (walaupun dia tak makan pujuk bila ibu ckp dah 6thn beli barang Zahrah), so ibu pun belikan lah jugak barang utk si kakak..

Siap dengan tema #HelloKitty ok! (ok lah dari dia mintak nak bela kucing kat rumah kan)


Basikal tu dia yang cari sendiri kat shoppee, bila nak bayar baru panggil ibu. Suka hati je kan browse sendiri kat shoppee. Adoyai..

Sekarang ni itulah transport si kakak dari rumah ke tempat parking kereta. Dimintanya nak bwk ke sekolah..huhu..idoklah kan!

Lepas tu, ibu pun start la cari barang lain bertemakan hello kitty utk setup bilik kakak. Beli cadar single, beg sekolah, towel, penyidai, sikat dan bekas berus gigi je. Semua beli kat shoppee. Time beli memang tak bagitau dia pun, sebab kalau bagitau confirm tiap2 hari tanya bila nak sampai..huhu..bila dah sampai barang baru bagitau dia "Zahrah, surprise!"
🀭🀭🀭

Bekas letak baju tu ikea jela, color je ikut tema. Asalnya letak kat bekas putih bawah katil tu, tapi alahai 10x minta dia amek baju sendiri, 10x jugak ibu kena kemas balik. Sudahnya ibu jugak yang penat. So letak baju2 yg frequently used dalam bekas kat tepi katil je, senang dia nak amek (hopefully!)

So, kita tengok sampai bila tema ni mampu bertahan (at least sampai hujung tahun please!)πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Last but not least, ini setup bilik kakak pulak..

Tema hello kitty pulak dia nak..layankan jela yer dik...



Finally..

Tapi jangan tertipu dengan kekemasan bilik ni. Sekejap je tu..5 minit kemudian dah bersepah balik🀦🀦🀦

Ok la cerita kali ni, masa utk ke dapur (eh, ibu ZNI memang suka masak lambat2 tau..kihkih)

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, September 10, 2018

3H2M Hospitalized at SDMC During My Pregnancy

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Cuti2 ni kita #throwback sikit salah satu pengalaman mengandung kali ni. My 1st ever warded experience in my life selain daripada selepas bersalin kakak #ZahrahNurIman 6 tahun lepas. Actually, 4 tahun lepas kakak Zahrah pernah warded sebab yang sama dengan ibu warded kali ni. Kalau nak tau cerita lama tu, boleh refer "Semalam di Assunta" punya cerita ya.

Kali ni punya cerita lebih kurang sama je. Awalnya kakak Zahrah yang start sakit perut, berak2 dan muntah2 pagi Sabtu. By malam tu dia dah ok sikit, dah boleh start makan. So ok la kan, alhamdulillah takde pape. Tetiba ahad pagi tu 15-07-2018 tu ibu pulak sakit perut yang tak tahan sgt utk "membuang" sebelum solat Subuh, lepas Subuh, again siap package dengan muntah. Setiap sejam ulang benda yang sama, yang tak tahan setiap kali minum air even air masak, lepas sejam keluar balik..memang penat la dibuatnya. By tgahari tu dah almost 10x muntah berak, and i'm bit worries bila baby agak kurang aktif, maybe sebab dia terkesan dgn sakit ibu, so ibu decide utk ke emergency terus.

We chose SDMC yang lebih dekat dan ada rekod bersalin kat situ. But, ya ampun, dekat 2jam jugak baru settle kat emergency area. Nasib baik xmuntah lagi kat situ, just CB jela masih kena. Memang ramai kat emergency tu, but i got "fast lane" sebab tgh pregnant plus high blood agak tinggi katanya. Lepas sejam menunggu, baru dapat jumpa doktor and he gave me 2 choices either to be warded and dripped (monitored by doctor n nurses), or balik berehat kat rumah lepas dicucuk di bonbon dengan ubat. But, even cucuk bonbon, doktor cakap ada possibility ubat tu xboleh kurangkan sakit (tak bape pasti sgt and blur), and if tak kurang, kena dtg balik hospital. So i chose to be warded. Boleh lah doktor monitor accordingly.

Masalahnya, xde doktor yang nak ambil kes ibu ZNI ni sebab i'm pregnant, need both pakar from gastro and also gynae. At last, Dr Ganesalingam (Consultant Gastroenterologist) agreed to take the case but need other gynae to monitor my pregnancy. Then, Dr. Siti Aisyah from gynae available. At first i thought Dr. Siti yang sambut Zahrah dulu, rupanya ada doktor Siti lain..hihi..ok lah, mana2 doktor pun okπŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚

Around pukul 5pm baru dapat masuk ward. Since warded sampai keluar, soalan yang sama kena jawab dgn nurse dan doktor, "berapa kali berak dan muntah, sejak bila" sampai iols pun last2 confuse..haha..tp yg pasti muntah mmg dh stop kat rumah, CB still berterusan sampai Monday morning tu..but not so freq la, masih boleh bertahan. Yang tak boleh tahan cuma bila kena drip, nak tido dan gerak sgt susah dlm keadaan perut besar ni kan. Kakak pun alahai masih nak tido sebelah ibu, so tersepitlah ibu dia kat tepi katil..sabo jela budak ni..haha..even Ahad malam tu sempat jugaklah demam kat hospital, makan panadol nurse bagi, esok pagi dah ok. Alhamdulillah.

Isnin 16-07-2018 Pagi tu pun kena pergi klinik doktor Siti utk check and scan baby. Alhamdullilah baby at her best condition, doktor sgt positif dan peramah. Lembut je orangnya. Tghari Doktor Ganes pulak datang melawat, jauh gak dia jalan dari klinik gastro ke ward postnatal kan, sebab iols duduk bilik utk orang lepas bersalin, sebab nurse nak kena monitor both ibu dan baby. Setiap kali nurse dtg mmg akan check heart beat baby, Alhamdulillah when i'm getting better, baby pun gumbira. Normal bergerak dlm perut, heart beat pun normal. She's happy inside there just like her sister😍😍😍


Doktor bagi clearance utk buka drip utk monitor samada kalau minum secara normal ok ke x (actually hari first je drip ubat, lepas ubah habis start masukkan air pula takut dehydrated). So, doktor tahan semalam lagi, if ok, Selasa pagi boleh discharge. So, kenalah bertahan semalaman lagi tapi dh bebas sikit sbb dah xde drip.

Selasa 17-07-18 doktor datang melawat lagi dan dah boleh discharge. Alhamdulillah. Lega. 


Tak sabo nak balik sebab dah xlarat 2hari makan bubur nasi dgn air bali je. Sedih! Balik hospital, terus cari makan best. Lumayan sgt rasa..haha..


Finally i discharged tghari selasa tu before zuhur settle semua, billing thru PM Care, Thank you TM for the medical benefits. Syukur Alhamdulillah, kalau xde TM kena lah cekau sendiri RM2k lebih utk hospitel stay 3H2M ni..huhu..

So far, besides of the bitter side on CB and muntah, it was a reminder for me to be more mindful bila makan. Jangan main sebat je makan semua benda, especially time pregnant, baby stress kalau ibu dia stress so better watch your healthy for your owns' baby health. Lepas ni, kena beringat sikit yer.

Ok la..sekian cerita di SDMC 2bulan lepas. 
Pengalaman warded time pregnant.

Semoga perjalanan my pregnancy ini akan lebih mudah dan dipermudahkan serta selamat..inshaaAllah..

Daa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, September 9, 2018

BabyZNI Stuffs' Preparation.. Keperluan vs Kehendak..

Assalamualaikum & Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita nak sambut tahun baru Islam 1440H. Semoga tahun2 mendatang ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni. InshaaAllah..

Alhamdulillah.

Ibu ZNI dah nak masuk 8bulan dah mengandung. Less than 40 days till next BabyZNI to pop up. InshaaAllah. Semoga Allah permudahkan segqla urusan sepanjang kehamilan di bulan2 terakhir sebelum bersalin ni, dan doakan juga semoga dipermudahkan urusan bersalin serta selamat ibu dan babyZNI ya😘😘😘

Since masa pun dekat, dan badan pun dah makin tak larat bila dah 8-9bulan ni, so persediaan BabyZNI stuffs ni memang dah start mula seawal 7bulan lagi. Kebanyakan nya beli online dengan shoppee dan beberapa online seller barang2 maternity and baby.

Awal2 memang beli utk ibuZNI sebab banyak baju dan seluar dah tak muat. Paling pening nak pilih baju nak pergi office. Lagi susah dari fikirkan keje..haha.. So, belek2 shoppee dapatlah beberapa helai blouse dan pants baru tapi, makin besar makin xmuat pulak bahagian peha iolsss..tapi since dah nak bersalin bulan depan (dengan harapan paha kembali kurus lepas bersalin), so pakai jela mane yang ada. Ulang2 jela mana yang ada..baju2 yang helok sikit pakai time ada meeting, yang selebet sikit pakai time xde meeting..duduk diam2 kat meja tu..kihkih..


Plus, ada beli jugak maternity bras and underwear serta maternity belt (boleh pakai lepas bersalin juga).. So total semua utk maternity around RM500 jugak rasanya
Pejam mata jela kan😩😩😩

Then, start beli keperluan babyZNI pulak. Pun banyak beli kat shoppee, lazada dan websites2 lain dan juga baby expos. If not mistaken ibuZNI started with Pureen wet tissue kat shoppee, alang2 beli utknkeperluan harian, so topup sikit utk babyZNI. Tapi xbeli banyak, sebab plan nak cari brand lain since kakak #ZahrahNurIman dulu ada sejarah ekzema yang teruk, ibuZNI pun sampai skrg masih gatal2, so nak try yang organic pulak..but harga pulak confirm mahal kan..huhu.. Tapi, nantilah iols cerita yer apa yang dah dibeli. For this time around, kita senaraikan barang2 dulu, nanti masa lain kita cerita apa barang2nya. 

So, lets check it out these stuffs mostly required for newborn dan ibu bersalin/berpantang. List ni pun i google je, pastu tgk mana yang relevant dan akan digunakan mengikut pengalaman 6 tahun lepas (rasa mcm new mummy pulak sbb dah lama kan baru mengandung balik ni. Banyak kena refresh). Syukur, semua dihujung jari, google je (walau jari gemuk nak type)
πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Senarai Keperluan BabyZNI

Pakaian
Long sleeve shirt | Short sleeve shirt | Pants / Leggings | Rompers / Jumpsuits | Barut | Mittens and booties | Hats | Selimut / Bedung


Memang tak beli banyak pun, sebab baju kakak ada yang masih boleh pakai. So beli sehelai dua je baju2 baru, lagipun mummies ramai cakap baju newborn tak perlu beli byk, baby cepat besar. So iols ikut je.


Antara yang awal dibeli. Ada tambah sikit beli jumpsuits kat shoppΓ©e, so, total tak sampai 10 pasang la baju yang ibuZNI beli baru, itupun bukan semua NB size, beli jugak size besar.

Memang settle awal la bab baju2 ni. Cuma barut dengan topi je lambat sikit baju dapat sediakan sebab xjumpa kakak punya simpan mane entah..so beli baru je.. Almost RM300 jugaklah walaupun asalnya nak beli sikit je..huhu.. But now, its DONE FOR BABY CLOTHS & etc. Alhamdulillah.

Diapering
Napkin | Baby pin | Diapers | Nappy liners |
Tisu basah | Changing mat

Diapering stuffs memang confirm kena beli baru la kan sebab kakak pun dah tak pakai diapers sejak 4tahun kalau xsilap. Changing mat lama entah ke mana, kalau ada pun mesti dah kuning sebab plastik kan. Tapi yang masih ada cloth diapers kakak yang ibuZNI beli dulu. Masih relevant utk pakailah kan, cuma rajin ke x nak basuh jela nanti. Nappy liners pun xbeli yg disposable, boleh pakai yg washable je nnt. 

Masalahnya, ibuZNI ni dah "ketagih" nak beli diapers pulak. Setakat ni dah beli dalam 250pcs diapers (including organic brand), and masih survey other brand (sbb tertarik dan menarik), cuma belum "proceed with payment" je lagi. Hari2 update shopping cart nak beli ke x nak beli ke x..haha..same goes to wet tissues, dah standby 7packs tak termasuk yang travel punya, but still nak beli lagi..masalah betul!πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

So, tunggulah next few weeks samada iols beli ke x tambahan diapers dan wet tissues ya. Rasanya kalau ikut keperluan mmg kena beli, tapi worth ke x beli yang mahal kan.

Bukan setakat full with love on the items, tapi packaging pun dah tertarik the bomb. Kalau nak beli brand satu lagi tu memang perlu pertimbangan yang lebih..hihi..

So, tunggu jela kesudahan dilema ni ya..haha

Baby care 
Sabun mandi | Shampu | Bedak | Lotion |
Minyak bayi | Tab mandian | Tuala |
Krim nappy rush | Minyak angin

Cuma bath tab je pakai yang lama punya. Yang lain2 kena beli baru. Ok ni pun part "susah" bila mana nafsu telah jadikan ia suatu kehendak berbanding keperluan..haha.. Asalnya memang keperluan sebab utk baby, ofcourse kita nak bagi yang terbaik dan selamat utk dipakai anak kita kan. Dulu, 6thn lepas, ibuZNI tahu pasal pureen je, now dah byk brands. Plus, i look for organic based sebab experience on ekzema dari dulu sampai skrg kan. Jumpa memang dah jumpa yg organic, and dah beli pun. Tapi, masih lagi survey brand lain..dah lah organic based ni mahal dari biasa kan, so sebelum pilih tu memang fikir panjang la. Nak sedapkan hati "i dont know which one will be suitable to my baby, so i need few options to buy" ok tak macam tu😝😝😝

So, kita tgklah kalau hati masih berkeras nk beli ke tak brand ke-3 ni..eh! Tiga dah rupanya, ke empat????

Baby grooming
 Gunting | Nail Clipper | Nasal aspirator | Termometer | Sikat | Berus gigi | Laundry Detergent | Cotton buds / balls

Nail clipper, nasal aspirator and termometer beli jugak yang lain. Cotton buds dan cotton balls juga. Gunting, sikat dan teeth brush tak perlu lagi setakat ni, so memang tak beli. Total semua tak sampai RM50 pun. Yesss!!

Parts of the items yang baru je beli semalam kat Aeon dan Daiso. Tak termasuk thermometer n nail clipper yang beli separately.

Nanti ibuZNI share complete set ya.. Tunggu!!!

Nursing & Breastfeeding
Botol susu | Pacifier | Berus botol |
Bottle Cleanser| Breast pump | Cooler beg | Storage bottles | Storage bags | Nursing bra |
Nursing pad | Nursing cover | Termos |
Streliser | Warmer

Alhamdulillah almost complete for nursing and breastfeeding. Tak jumpa mane entah letak both my electric and manual breastpump, yang ada cuma feeding & storage bottles dan cooler bag. But those bottles memang xguna lagi dah sebab dah kuning kan, dah lah mmg byk beli walhalnya si kakak ni dulu memang susah sgt nak pakai botol, nak "bergayut" je..hhuhu.. So memang satu kerugian la dulu. Pacifier? Maybe tunggu lepas bersalin baru beli kalau perlu. IbuZNI tak gemar sgt nak pakaikan anak pacifier, macqm kakak zahrah pun dulu dia tak guna pun.

Streliser and termos tak beli. Pakai yang lama dan sediaada jela. Just beli bottle warmer. Nursing pad pun xbeli. Xguna pun dulu. So, utk elakkan pembaziran, tak payah beli.

Kali ni, beli sikit dan mur mur jela, takut babyZNI pun mcm kakak ni susah nak berbotol. Brestpump pun beli yg murah je, amek yang ada free gift jugak..haha..penjimatan berganda.

Beli breastpump kat POTG Kelana Jaya kalau xsilap. Alang2 tu, beli jugak storage bottles POTG and i was just fall in love with the wide neck bottles. Comeyy angat sampaikan kakak Zahrah buat nestum dia dalam botol tuπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ

Masalahnya, dalam jimat2 dan murah2, dekat RM1000 jugak spent for nursing and breastfeeding stuffs ni. Yang belum beli nursing cover jela. Tak tau lagi nak beli ke x..tengoklah ada budget lagi ke x. Kasi settle strelising yhose bottles tu dulu la..hihi..

Bedding
Set tilam | Selimut | Baby cot | Kelambu

The items also new ones sbb yg lama punya dh terbiar. Yang masih selamat, baby cot kayu, tilam semua takde, alas je ada. So kami beli playpen jela utk kegunaan baby sampai besar nanti. Kelambu xjumpa yang lama, and xbeli kot. Macam xguna sgt je dulu. Tilam beli set tilam kekabu dengan babynest, juga tilam patchwork sekali dengan blanket.


Kakak Zahrah pilihkan playpen utk babyZNI. Tapi dia dah rasmikan dulu seminggu pertama lepas beli kat Warehouse Sale.

So, kira settle dah lah bedding set ni, Alhamdulillah. Total spent around RM800 jugaklah (menangis keluar duit)πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Lain-lain
Stroller | Car seat | Baby carrier

Alhamdulillah, tak perlu beli! Pakai yang lama plus pinjam abang Aqil punya je nnt.. Jimat! Thank u Mummy Sha!

Hospital Bag (baby)
NB Diapers | Long sleeve shirt |
Short sleeve shirt | Mitten & booties |
Bedung / Napkin | Barut  | Topi | Selimut |
Towel | Wet tissue | Toiletries | Baby powder | Baby lotion | Baby oil | Baby balms

Beli sampai 2 diaper bags kat shoppee. Jangan xguna sudah. Total spent for both bags tak sampai RM100 pun. Cuma belum kemas lagi bag baby utk dibawa ke hospital nnt. Tunggu la next2 week ke.. InshaaAllah ada masa lagi ni πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Senarai Keperluan Ibu

Keperluan Asas
Set berpantang | Bengkung | Baju sejuk | Tungku | Kain batik | Maternity Pad | Stokin | Minyak urut | Confinement Lady

Set berpantang dah booked and baru bayar deposit. Tunggu gaji baru bayar habis and dapat barang. Dulu iols pakai Sendayu Tinggi, now pakai yang biasa je, Danita VIP package, siap dengan bengkung dan tungku serta jus. Tambah tuam baby je. Pil2 semua iols x amek sbb plan nak makan supplement shaklee je. Dulu beli Sendayu Tinggi tak habis makan pun.


Boleh survey2 kalau sedang mencari ya..

Maternity Pad i chose to buy Lunavie brand instead of Pureen. Entahlah, rasa terkesan dgn cerita pureen sebelum ni kan, so memang kurangkan penggunaan pureen walaupun iols xtau cerita sebenar.. Plus, terasa nak guna yang lain pulak.. Stokin pun sibuk nak beli jugak even ada je stokin tebal. Maafkanlah yer ibuZNI ni dah lama tak pregnant, tu yang semua nak beli..huhu..


Ni antara yang dirembat di TCE Baby Expo jumaat lepas. Kalau beli kat shoppee boleh dpt murah lagi, tapi konon2 mcm insaf xnak masuk shoppee lagi so beli sini je😜😜😜

So total utk keperluan berpantang ibu dalam RM500 la tak termasuk Confinement Lady.

IbuZNI masih belum decide nak berpantang sendiri ke balik kampung. Tapi still booked CL for 3 days treatment for urut dll termasuk urusan baby. Cuma kalau kena berpantang sendiri, kena fikir pasal food pulak lah kan sebab nak kena prepare sendiri nnt. Semuanya nak dekat due nnt baru decide sebab nak keja tgk jadual anak dara ni dulu mcm mana. Bulan 11 byk benda kena settlekan sekolah tadika dan preparation next year punya primary school..so, wait till next month la. So far, i booked for 3 days treatment at RM560 (baru bayar deposit RM200 je ni)
😣😣😣
               
Hospital Bag (Ibu)
Buku rawatan merah | Kad pengenalan | Baju/tshirt | Kain batik | Tudung | Stokin | Nursing bra | Seluar dalam | Peralatan mandi | Towel | Bedak, sikat & deodorant |
Maternity pad & breastpad | Baju sejuk | Laundry bag | Minyak angin | Snacks & Kurma| Selipar

Masih belum prepare jugak lagi the bag.
Tggu dulu la. InshaaAllah next week or next 2 weeks akan diusahakan..hihi..

Rasanya dah panjang sgt dah bercerita ni.
Kesimpulannya, terpulanglah pada ibu2 diluar sana utkndecide which barang perlu or which barang just nafsu. For ibuZNI, since i was pregnant in 2011 for my ZahrahNurIman, 7years later i've to buy most items new, and the feel pun lain macam. If mummies yang pregnant dekat mungkin senang sikit boleh pakai kakak/abang baby punya stuff je kan..lagi jimat betul tak? So terpulanglah yer, yang penting jangan sampai membazir yer..

Nantibiols sambung lagi on further preparation, setup, etc. ya.

Selamat Bercuti semua!

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, August 26, 2018

Salam Aidiladha 1439H

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

Ops, dah tak boleh guna term tu ke?
Sori2😌😌😌

Well, kita tukar Salam Weekend la yer..

Sebelum menjejakkan kaki ke office esok, sudilah kiranya menerima ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga..


Hari ni dah 14 Zulhijjah 1439H, selesai sudah Hari Tasyrik semalam. Semoga para jemaah Haji semua dikurniakan Haji Mabrur. Dan semoga Allah izinkan kami sekeluarga menjadi jemaah Haji di masa akan datang..inshΓ aAllah..

Cerita Aidiladha kali ni, beraya di Selangor, raya ke-2 baru balik Johor. Alang2 balik Johor ambik cuti panjang sekali. Last balik bulan Jun hari tu, lepas 2bulan baru balik so bagi lah lama sikit kan. Next inshaaAllah lagi 2bulan balik dah berempat, inshàaAllah😍😍😍

Alhamdulillah dapat sembahyang raya kali ni, first time solat di Masjid UPM. Sempat juga ibu #ZahrahNurIman masak judah raya simple2 buat breakfast. Janji kenyang...


Selesai solat raya, terus balik kampung (20min perjalanan)..hihi.. So, selfie2 kat kampung, pastu layan Asian Games pulak.


Begitulah cerita raya kami. Raya sederhana la katakan..

Semoga kita berjumpa di hari raya yang akan datang..inshaaAllah..

Daa..

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, August 19, 2018

1st Visit to Legoland

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berkesempatan juga nak menulis malam ni sebelum beradu. Mata dah mengantuk, tapi kita gagahkan juga la kejap ni, buat simple entry jela.

Dah lama betul #ZahrahNurIman request nak pergi Legoland tapi baru tahun ni dapat ditunaikan. Tengok tiket mahal2 memang buat tak tahu jela bila dak kecik tu cakap nak ke Legoland. Tapi bila fikirkan ada cuti panjang, takde plan nak ke mana, so gagahkan jugak la beli tiket online😎😎😎

Since tiket agak mahal (memang mahal pun!) so terpaksa lah beli yang Annual Pass sebabnya boleh masuk banyak kali, dan in case ada bahagian yang tak buka time masuk kan..

So, bulan 4 hari tu dapat jugak lah #ZahrahMasukLegoland akhirnya. Beli tiket online, masuk time #Cuti1TM so takde lah ramai org sbb bukan cuti sekolah kan. Beso sgt Legoland ni bila tgk map, so utk lebih afdhal kita mulakan dibahagian kanan dululahπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Kami sampai dalam pukul 1pm, makan dulu sebelum masuk, sebab tau Zahrah memang tak ingat makan kalau dah dapat main. Dalam masa 2jam, sempat masuk 4 tempat je..

..Driving School🚘..

Ada 2 jenis school, satu utk budak2 bawah 6tahun, dan satu lagi 6-13 tahun. So Zahrah masuk "sekolah tinggi" la kan..haha. Mula2 memang terkial-kial dia nak drive, tapi lama2 siap merempit..nasib baik dapat jugak "lesen"
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Btw, kat situ ada shop tau, so pandai2lah manage anak2 utk tidak membeli belah yer, bukan setakat anak, mak bapak pun kena tahan nafsu dari nak shopping ya (ibu Zahrah tggu luar kedai, biar ayah Zahrah yang "manage" Zahrah..hihi)

..Boating SchoolπŸ›₯..

Jalan setapak dua dari driving school, ada boating school. Singgah la belajar naik boat pulak. Macam biasa, ibu Zahrah memang duduk tepi je, ayah jela layan bawak boat. Ibu fobia air tau..hahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Penat jalan singgah restoran beli mknn dan minuman ringan dulu. Lepas 15minit berehat, baru sambung explore Legoland.

..Legoland ExpressπŸš‰..

Nyaris tak kena tinggal keretapi, sempat la naik trip yang dah nak gerak, kalau tidak kena tunggu lagi. Daripada lenguh kaki berjalan pusing2 legoland, baik naik train kan..kan..kan..

Then, singgah kejap Rescue Academy, tapi ada bomba je, so belajar mcm mane nak padamkan api konon2 kan. Gigih ayah Zahrah "bawak lori bomba" berpoluh-poluh..haha..

..Airport City🚁..

Ni pun kecik je kawasan yang kami masuk, just main plane dia 2round lepas tu keluar balik..boring je kan..haha..

Lepas tu singgah NinjaGo tapi anakku ini penakut, masuk tempat gelap sikit je dah taknak, sudahnya keluar baliik🀦🀦🀦

Ibu sungguh kepenatan dan ketidaksanggupan untuk sambung jalan2 dalam Legoland tu lagi. Dua jam pun dah pancit. So memang perfect choice la amek Annual Pass tu.

Uols enjoy tengok video jela yer.. Nak upload gambo byk2 pun malas..ngantuk sudah..


Nnt kita masuk lagi yer Zahrah!
Tunggu ibu dah fit balik, bawak baby adik sekali nnt ya😘😘😘

Till next entry ya all!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...