Thursday, January 7, 2021

#throwback2020 (Feb'20) - The first and last wedding of 2020

 Assalamualaikum!

Selalunya awal² tahun ni tak banyak wedding kan, sebab hujung tahun dah pulun semua kahwin time bulan Disember tiap² tahun. Tahun 2020 yang lepas, satu majlis je ktorg attend i.e. on 15 February 2020, itu pun wedding family je a.k.a our cousin.

Syukur, dapat jugak jemputan dari takde kan😁😁😁


Zahrah tak ikut tema sepupu dan dua pupu belah Ayah dia ni😁😁😁

Nak melekat je si kecik ni

Kalau dgn ibu sibuk nk dukung pulak

#ZNIsisters pinky²

Menangis pulak kena suruh pose

Yang ni memang suka posing

Kakak layan adik pulak

Alhamdulillah! 

Alhamdulillah.

Cuaca baik. Selesai majlis terus hujan lebat.

.

Syukur.

Makanan sedap² dan boleh tapau balik lagi🤭.

.

Kakak #ZahrahNurIman mula² xde sbb xde kawan katanya🤦🏽‍♀️. Last² geng dgn kakak² cousins yang besar sikit. Siap join nk jadi bridesmate walaupun lari tema. Layan jela kak, kalau x bagi kang tarik muka pulak kan🥴.

.

Baby #ZarinNurInsyirah macam biasa taknak berenggang, kepit je. Dah petang² tu baru keluar suara dia "tegur" org lalu lalang. Peramah sgt la kononnya kan🥰.

.

Selesai majlis petang tu terus balik rumah dari Seremban. Settle kul 4.30 p.m gerak balik dari Somban, hujan selebat²nya kt highway, dgn dak kecik meraung xnk duduk carseat💆

.

Apa² pun, Congrats Wani and Husband!

Semoga berkekalan masjid yang dibina sehingga ke akhir hayat kalian berdua.

Aamiinnn.

xoxo,

Ibu ZNI

Tuesday, January 5, 2021

#throwback2020 (Jan'20) - Jalan² Kota Tinggi, our hometown!

 Assalamualaikum.


Terasa nak #throwback #WeekendWonders tahun lepas, Week 4, Jan 20 sebab tak berkesempatan nk update blog last year.

Kisahnya, cuti 4hari, Pulang balik kampung jumpa TokMak TokBah #ZNIsisters sempena cuti panjang CNY tahun ni.

Alhamdulillah. Time well spent together.

Bawak budak² nak mandi kolam, tp xnak laut, so ke D'Punggai Desaru Beach Resort jela. Mandi-manda kejap, amek gambo, balik!




Sesi makan² xleh dilupakan. Plannya nak Singgah lalu kampung TokBah kat Kg. Johor Lama hajatnya nak makan tepi laut tapi lautan manusia dh memenuhi tempat makan. So singgah ambik gambar jela nampaknya🤭🤭🤭









Settle pose² menikmati sunset, balik ler rumah yang tak sampai 20min jaraknya tu.


Sekian, cerita campak belakang, setahun yang lepas. Maklumlah rindu nak berjalan lagi, walaupun baru je blk jalan² awal tahun ni

🧐🧐🧐


Daaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, January 3, 2021

Happy 9th Birthday, Zahrah Nur Iman 😍😍😍

 03.jan.2021

♥♥♥

Happy 9th birthday to Dear #ZahrahNurIman 😍😍😍.

Alhamdulillah! Masih berkesempatan sambut #Zahrah9thBirthday di musim pandemik masih melanda seluruh dunia. Tahun ni plannya buat birthday treat utk Kakak Zahrah sempena promotion #StayKawtimMakanUnlimited di @sunwayputrahotel yang asalnya booked utk birthday dak #ZarinNurInsyirah tahun lepas😁😁😁.


Tahun ni jugak,  ada rezeki lebih sikit utk ibu belikan hadiah utk #ZNIsmiggleCollection yang diimpikan kakak sejak dulu² lagi. Ingatkan nk buat surprise bagi smiggle time birthday dia,  tapi awal² dah kena paw sehari sebelum sebab ada kedai smiggle kat @sunwayputramall ni. So,  2x la kakak Zahrah dpt hadiah smiggle tahun ni (double surprise for her,  double cost for ibu😅😅😅).

#ZNIsmiggleCollection

Hasil tangkapan kat Sunway Putra Mall.


Hasil tangkapan di IOI City Mall, a week ago.


Since birthday girl cerewet bab² makan ni, so kita cari kedai makan yg dia boleh makan jela asalkan xde buah dan sayur² kan. Ada pulak kupon The Belgium Chocolat Cafe, so ke situlah kita celebrate birthday. Ok lah kakak!

(padahal dia sibuk request sambut kat hotel🤦🏽‍♀️🤷🙆)

Alhamdulillah,  simple birthday celebration.




Makan brownies, coklat and marshmallow sudah cukup meningkatkan "hormon gumbira"  #ZNIsisters ni😍😍😍


Semoga semakin bertambah usia ni,  kakak terus menjadi anak solehah,  kakak yang baik dan muslimah yang sentiasa ingat Allah di mana sahaja dan setiap masa.

#janganasyiktiktokje! #hadiahdariayahsebulanawaldahdapat😎😎😎


Love you dear Kakak Zahrah,

Ibu,  Ayah & #ZNIsisters


xoxo,

Ibu ZNI

🥰🥰🥰

Friday, January 1, 2021

Tahun 2020..Pandemik, Kuarantin, #StayAtHome #StaySafe

Assalamualaikum & Salam 2021!

Alhamdulillah, melangkah ke tahun baru walaupun masih berperang dgn musuh tidak dilihat.

Yang pasti, ditahun 2020 yang sudah melabuhkan tirai...
Masih belum ada kereta terbang.
Sudah tiadak diendahkan wawasan 2020.
.
Yang ada hanyalah "ketakutan" utk keluar rumah.
Yang pasti ialah serangan virus tidak dilihat.
.
2bulan pertama seperti biasa.
10bulan terakhir diluar kebiasaan.
.
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Semoga 2020 membawa 1001 hikmah utk 2021 dan seterusnya. 
Semoga Dia memperkenankan doa kita agar virus Corona diangkat dan dilupuskan dari bumiNya.
.

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing

CNP...akan jd kenangan abadi

Wednesday, June 3, 2020

Suka duka di PS. Mencari pengajian baru.

Assalamualaikum.
Ahlan wa Sahlan. Apa khabar ya akhi wa ukhti?

Ceh³ berbahasa Arab pulak kita. Itu je pun yang taunya.
🤭🤭🤭

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun 2020 dah kan.

1-minggu lebih dah kita meraikan Syawal.
2-bulan lebih dah kita menempuh PKP.
3-tahun lebih dah saya meninggalkan alam "persekolahan".

😆😆😆
Yela, last convo Master UKM aritu tahun 2017 kan. Bila la agaknya nak sambung belajar kan. Impian tu ada, kekuatan jela belum cukup lagi.

Meh ler singgah cerita #StudentLife iols kat sini kalau rajin.

Macam mana dengan #WorkLife pulak?
Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki kerja, masih dibawah kelolaan my one and only majikan selama 12tahun ni.

Love u la TM🥰🥰🥰.

Its been long days for me at TM, at specifically at procurement department. Since day 1 melapor diri.

Bossess bertukar ganti. Unit bertukar kerja.

🕵️ 1st boss - steady and relax En. RMJ
🕵️ 1st boss kepada boss - the garang DOBI.
🕵️ 2nd boss - kind and generous Hj.NS.
👩‍💼 2nd boss kepada boss - firm and spoken CikAAW.
🧕 3rd boss - lovely and friendly Pn.YMJ.
🕵️ 3rd boss kepada - easy going En. AMN.
🧕 4th boss - sempoi and friendly Pn.SMS.
🕵️ 5th boss - nicely spoken En.IH.

From 1st to 4th bosses, I've been working more related to purchasing, membeli dan membeli. Tak ku jangka suatu ketika dulu maksud "procurement" pun iols xtau, sekarang ni rasa mcm nak jadi procurement expert la pulak🤣🤣🤣.

8 years after I've been transferred to another new job scope to me. Being a Secretary in simple word. Not S/U to someone but more to S/U for committees or simplified as Proc.Secretariat (PS). Masih ingat lagi ada yg recommended me for this role due to my passion writing in this blog🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.

It is different way of writing ya. Dalam blog i can write whatever I want to, in any languanges and any way of writing. But being a secretary I have to ensure writing is correct, precise and mencapai maksud. That's the difficult parts. Masa mula² joined tu, rasa nk terbelit sel² otak ni nak menghadamkan percakapan² org dlm meeting dan kemudian kena mengelurkan balik percakapan tu dalam bentuk writing.

Dalam tempoh masa tersebut, iols belajar dan dols menangis (utk pertama kalinya di office). Hanya yang tahu sahaja yg dpt menyaksikan airmata emas iols mengalir🤭🤭🤭.

Sepanjang 8thn berkerja (2008 - 2016), tak pernah sekalipun airmata ni jatuh sebab kerja. Hebat kan?🤣🤣🤣.

Tapi, tahun ke-9 lain ceritanya.
Menangis saat terima surat. Ada yg menjadi saksi.
Menangis saat ingin ditukarkan. Bos juga terkesima menyaksi.
Menangis saat kegagalan mengawal diri dan emosi. Masih ada yang yang bersimpati.

Itulah 3x tangisan yang keluar, yang orang lain tak sangka ianya datang dari kelopak mata insan "rimau" bernama Aliza🤭🤭🤭.

Alhamdulillah, after 4years, Allah berikan peluang utk terus belajar lagi.

Belajar dan terus belajar.
Belajar dari tempat lama.
Praktikkan di tempat baru.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.

Ambil cabaran.
Tiada perkara mudah. Jangan ambil mudah.
Keluar dari comfort zone.
Jangan mengalah sebelum berperang.

That's my principle.

Yes, i almost surrender last 2 years.
Bukan sebab tak suka, bukan sebab tak sayang.

Most of my times for the past 4 years, i love it.

💕 Saya suka menulis. Tulis panjang2, google translate, google definition.
💕 Saya suka "kenal" ramai orang, dari Top Mgmt sampai la staff² saya yang dah sampai masa nak pencen.
💕 Saya suka buat excel, pivot table, translate into slides, then (bagi) boss present😅.

Tapi! Itu semua tak cukup.

Apa yang tak cukup? Masih tak cukup lagikah kerja2 yang penuh list tu.

No, bukan tak cukup banyak.
Tapi sebab tak cukup kepuasan.

PUAS.
Dimana kepuasan sebenar dalam berkerja?
Adakah puas bila tak banyak kerja?
Adakah puas bila kerja mudah sahaja?
Adakah puas bila kerja tanpa tekanan dan duka?

Kepuasan setiap orang berbeza.
For me, puas itu bila..
✅ Kau capai kpi yang kau sendiri sediakan..
✅ Kau dapat apa yang kau mahukan..
✅ Kau selesaikan apa yang kau mulakan..

Bila sampai satu tahap kau xdpt seperti diatas, kau akan rasa diri kau GAGAL.

FAIL. TIDAK BERJAYA. TIADA KEPUASAN.

Bila diri sendiri tak puas, macam mana nak deliver bagi kepuasan pada orang lain kan.

Bila diri sudah tak puas, adakah keikhlasan mampu datang.

Bila tiada keikhlasan, macam mana dengan janji kau dengan Tuhan?

Sudah? Habis tu macam mana?

Inilah masanya.
Dunia Baru. Cuba dimensi baru.
Mungkin disitu bukan yang terbaik lagi buat masa ini.

Bukan nak cakap im struggle sebab kerja itu stress. But im struggle to fit myself into that situation. Im not positive person anymore who can adapt to those works.

Tapi percayalah, jika saya mampu disitu, anda juga mampu disitu.
Cuma mahu ataupun tidak ingin mencuba.
Berani ataupun mahu sentiasa "selamat" sahaja.

Semoga saya terus mampu belajar dan belajar dan dan kuat lagi mencari rezeki.

InshaaAllah. Aminn.

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...