Monday, December 9, 2019

A big shout to Deary Zarin!

Assalamualaikum mommies!!!

Long time no see ya!
Pejam celik pejam celik pejaaaaaaaaammm dah 2 bulan tak buat entry. Sampaikan anak dah bertukar tahun lah!
🤭🤭🤭

Alhamdulillah!
Baby girl dah pun setahun di dunia yang fana ini.


Syukur Ya Allah atas nikmat dan rahmatMu.

1 bulan - senyum ✅
2 bulan - hisap jari ✅
3 bulan - demam & warded😔
4 bulan - demam lagi😔. Angkat kepala ✅
5 bulan - bergolek meniarap ✅
6 bulan - demam! mengesot✅makan time! 😋
7 bulan - demam!! tumbuh gigi ✅
8 bulan - demam!!! Nak raya 😍
9 bulan - demam nk merangkak pulak🤭
10 bulan - goyang shopee ✅
11 bulan - start susu formula😭
12 bulan - demam dan warded lagi😭😭😭

Walaupun dah Zarin baru je lepas sihat dari Influenza A.

Nanti kite story2 yer.
Semoga anak2 ibu semua sihat inshaaAllah.

Entry ni just nak highlight cerita setahun baby Zarin even though si debab ni dah pun

1tahun
..1bulan..2minggu..3hari..

Zarin 1st birthday at school😍

Untuk 1st birthday sambut kecil2an jela kt school ya. Kat rumah pun, buat jamuan yasin kat kampun pun dah syukur. Nanti kita share sambutan birthday kat kampung ya (byknya hutang entry ni).

Bagi teaser dulu jela.


Ok la.
Till we meet again in next entry ya.

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, October 6, 2019

Zarin 11 bulan😍😍😍

Assalamualaikum mommies!

#ZarinNurInsyirah dah 11.months.2.weeks. today. Yeay!
.
Alhamdulillah!
.
Baru sempat nk compile activities dak Zarin dr 23/8 to 23/9. Maklumlah ibu is busy😜.
.
Berat masih lagi 7.4kg. Tapi makan ok je selera dia. Takpelah dik, janji sihat.
.
🇲🇾 Bulan Hari Kebangsaan, dia pun sama join kakak sambut merdeka.

🥋 Ikut kakak grading taekwondo.

🛣️ Naik Bukit Tinggi utk short getaway.
.
Dah nak masuk setahun dah budak ni.
.
Merangkak dah macam berlari.
Berjalan masih belum boleh sendiri.
.
Happy baby😘😘😘
.

Till then.

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, September 15, 2019

Cuti2 Malaysia - PD & Bukit Tinggi

Assalamualaikum!
Selamat bercuti sempena Hari Malaysia semua rakyat Malaysia!

3minggu berturut takde Monday Blues kan.
Syoklah!

Tapi ktorg "mereput" kat rumah je ni hah!
Haish, actually xsuka sgt pakai perkatàn mereput tp itulah kejadiannya, bosan giler kot duduk rumah cuti2 ni kan. Tapi nak buat guano, fulus xdok nak jalan2. So kita kita back jalan2 jela yang mampu🤭🤭🤭.

Kisahnya..

Kakak #ZahrahNurIman ikut #NurRisyaAnNasuha cuti2 Port Dickson last 2 weeks. First time she went out without us, ayah, ibu and adik. Big girl dah sekarang anak ibu ni😘😘😘. Destinasi percutian di Cottage Home Port Dickson.


Nampak cantik kan?

Nanti lah ada rezeki kita pergi sama2 pulak yer kak!

Next!

Last weekend jalan2 makan angin lepas settle kakak #ZahrahNurIman grading.

1-night short stay at Bukit Tinggi, bertiga keluarga dgn @azuraahsain dan @ezzah.ahsain. Last minute booked homestay at Selesa Hillhome & Golf Resort, around 30-min away from Colmar Tropicale Berjaya Hills.








Dalam sejam lebih jugak la kat Colmar Tropicale tu just pusing2 amek gambar. Tak sempat nk masuk Taman Jepun sbb tutup pukul 5pm, sampai2 gate dah kul 430, nk mendaki lagi, so baik takyah singgah langsung dr kelam kabut kan?🤭🤭🤭.

Utk homestay pulak, kami booked di Selesa Hillhomes and Golf Resort. Booked 2 apartments 1-bilik utk lepak semalam. Overall ok la kat situ. Semalam RM160. Konsep kat situ, bilik kat belah bawah, so kalau jenis malas nk turun naik tangga x sesuai la kot. Cumanya utk homestay yg kami booked ni, diorg sedialn sofa bed kat ruang tamu, so kalau malas nk turun bilik kat bawah, tidur kat sofa bed jela yer. Nak masak pun boleh. Cumanya ada ada sedikit bau kat kawasan apartmen tu, maybe bau kencing kucing kot..huhu.


^ gambar2 dari owner homestay jela yg ada^

Sebelum balik rumah, singgah GPO pulak cuci2 mata. Sempatlah beli getah rambut kakak je😜.



Sekian!

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, September 10, 2019

2nd Grading for #ZahrahTaekwondoJourney

Assalamualaikum semua!

Apa habaq?
Alhamdulillah sihat kan semuanya.
🤭🤭🤭

Syukur!

Hari ni nk buat short entry on 2nd grading for #ZahrahTaekwondoJourney that continues last Sunday. 2nd grading time from Yellow to Yellow II on 08.09.2019g. Nasib baik takde plan bercuti mana2 cuti 3hari ni, so bolehlah join. Semangat kakak #ZahrahNurIman awal2 lagi nak join.





Result masih belum dapat, so doakan kakak #ZahrahNurIman berjaya move to Yellow II belt yer. Hari tu dah tersalah dpt belt hijau, tp dah dipulangkan balik sbb salah kan. Jauh lagi perjalanan nak ke hijau tu. 

Yang tak tahan ayat si kakak ni apa nak tau?? 

"Ibu, kakak xkisah pun kalau x dpt kuning 2, sebab kawan kakak xxx suruh tunggu dia sebab dia baru putih". 
💆💆💆

(Bermulalah sesi membebel bla bla bla..)

"Yela, kakak buat betul2"

Full video kat youtube ya🤭🤭🤭


Sebelum ni dpt 1st session sbb belt putih, this time kena tgu 2nd session, tapi sampai kul11 tu masih tak settle lagi 1st session. Sudahnya kul1 masih tak settle lagi, tapi kakak dah settle so berangkatlah utk utk short staycation.

Hoorah!


P/s: next grading baby #ZarinNurInsyirah dah pandai jalan kot, kenalah beli kasut siap2 bagi dia join org ber"silat" sekali
🤭🤭🤭

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Friday, September 6, 2019

Merdeka 2019! Sayangi Malaysiaku!

Assalamualaikum!
Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia!
Eh!

Cerita akhir bulan lepas, tapi baru sempat nak cerita kat sini. Maklumlah busy membawang kat ofis 🤭🤭🤭. So!

Semperna sambutan Hari Kebangsaan #ZahrahAtSchool tahun ni, kakak nk jadi Bomba asalnya, tp xjumpa baju dan malas nk usahakan, walaupun kakak jumpa baju kostum dlm shopee tp dah x dan nak beli. So masuk pusat pakaian Hari2 jumpa seluar celoreng, baju hijau! Settle! Next year beli kt shopee awal2 yer kak.

Masuk Mr. DIY pulak nak cari gogle utk swimming class, nampak pulak topi bomba. Janji la kak! Bagilah adik pakai topi tu. Walaupun dlm keterpaksaan dan tangisan. Topi tu berat la ayahnya!🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️.


Kakak #ZahrahNurIman vs Baby #ZarinNurInsyirah 🤩🤩🤩

Wrap up for sambutan Hari Kebangsaan #ZahrahAtSchool semalam. Takde sesi P&P maka seronoklah kakak #ZahrahNurIman menjelang Jumaat semalam. Pagi2 dah siap berpakaian seragam, siap dengan bendera🤩. Kawan2 sekelas ramai masuk buat persembahan. Bila tanya kakak kenapa xmasuk, malu katanya! Mcm ibu sgt nih!

Takpelah kak, janji bahagia!


Selamat Hari Kemerdekaan ke-62 Rakyat Malaysia semua!

Sayangi Malaysiaku!

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...