Saturday, August 17, 2019

Gambang Waterpark

Assalamualaikum & happy weekend!
I'm back.

Lagi cerita #ZNIvisitPahang last week. Kita sambung cerita di waterpark pulak la yer. 


Kakak #ZahrahNurIman enjoy sgt walaupun sorg2 kat kolam. 


Kakak #ZahrahNurIman enjoy sgt walaupun sorg2 kat kolam. Ibu dan baby #ZarinNurInsyirah duduk tepi je.

Sejam lebih jugak dia kat kolam tu sebelum pasrah kena panggil naik dengan ibu sbb nak teruskan ke misi seterusnya.



Lepas mandi, makan kat dlm park. Tapi dalam park tu pakai eValue, so kena tukar cash dgn eValue mcm eWallet tu. Tukar rm30 beli air milo, grape, fries and nugget. Ada balance dlm rm12 utk guna kat next park pulak.


Kul230 ptg gerak ke Safari Park pulak. Cerita di Safari Park in previous entry ya 🤩.

Next!😅

Daaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, August 13, 2019

Salam Aidiladha 1440H

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H.


Alhamdulillah.
Walaupun cuti sekejap je dapatlah jugak blk kampung beraya dengan parents and half of siblings. 

Dak Zarin tak keruan bila pak long yg pegang dia😂

3 beradik di Johor..3 lagi di perantauan

The cucus yg available..

Tahun ni kita beraya kat rumah & mall je. Geng mak2 and veteran ke Ikea, geng2 bapak/boboiboys bwk girls tengok Boboiboy 2.0.

Layan meatball dulu sblm layan mata 👀

Gegirls tengok Boboiboy😜

Lepas zuhur keluar, maghrib sampai rumah.

Settle raya punggah rambutan pulak. Mmg tgh meriah dia berbuah kt pokok tu. Yang merah yang kuning sama naik. Ktorg pun sama naik hantulah mengait dan memakan😅😅😅.



Balik KL isnin semalam, gerak kul 12 sampai 10 malam. Kenyang makan jem..kesian budak2 kita yg besar pun penat, diorg lagilah..maka meragamlah..huhu..


Hari ni semua EL.
Demam+kepenatan.


Ok la. Penat nk tulis.

Till then.
Daaaa.....

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, August 7, 2019

Recap Aidilfitri 2019

Assalamualaikum!

Lagi 3 hari kita akan sambut Aidiladha 2019 inshaaAllah. Iols baru teringat tak habis cerita lagi pasal raya Aidilfitri lepas. Ampunkan patik!🤭

Nak dijadikan cerita,  minggu ke-2 Aidilfitri 2019 Dah pun start kerja dan sekolah mcm biasa.
Kakak #ZahrahRayaLagi kat sekolah pulak. Seronok #ZahrahRayaSakan dengan kawan2 sekolah kan. Adik #ZarinNakRaya juga tapi kat sekolah belum lagi. 


🤣🤣🤣

Weekend first beraya di KL ni kami pergi open house kat Nilai. Alang2 dah jauh beraya tu #ZNIsisters singgah beraya rumah dak Rizqin pulak😍. Sambil menyelam kita minum air.
Sambil beraya kita minum cendol + milo kepal + air kelapa. Dah kenyang di Nilai, otw balik jem kreng pulak, so singgah makan open house jugak lagi. Lepas Maghrib sebelum balik rumah, beraya kat mamak pekena roti canai sekeping dulu.



Barulah berbaloi!
Ini baru raya!

Then sambung raya kat ofis pulak. TM Group beraya bersama kali ni di HQ. Memang ramai giler orang bila kumpul 1 HQ kan. Ok lah first time buat mcm ni, selalu by divisions. So byk improvement boleh consider yer penganjur.




Settle raya kat ofis, iols buat makan2 sikit kat rumah alang2 kena masak utk Jamuan Potluck Residential. Masak lebih sikit panggil kawan2 rapat cum kawan anak2. Alhamdulillah, sempatlah masak Nasi Serai dgn Laksa Johor. Selesai orang balik, baby demam pulak..huhu..




Terima kasih pada yang sudi hadir ya!





Last but not least, beraya di KL pulak semperna birthday celebration sepupu ZNI, Nur Risya AnNasuha. Time ni parents dgn kakak kat Johor dtg satu family. So sempatlah bwk parents beraya rumah 2pupu kami.


So selesailah sesi beraya Aidilfitri 2019.
Penat but worth it!

Till we meet in next entry🤩🤩🤩

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, August 6, 2019

Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Assalamualaikum!
Jumpa lagi.

Just short entry nak review Bukit Gambang Resort City, Our latest shortstay last month, again ikut #AyahZNI outstation. So #ZNIvisitPahang jalan2 dalam park dengan #IbuZNI jela🤩. Plan asal taknak ikut, tapi bila buka website BGRC nampak pulak promotion 10 years anniversary BGRC. 

So kami grab la promo ni, less than RM250 utk 1-night stay di Arabian Bay Resort, breakfast, safari park and water park tickets, all for 2 person.

Breakfast dia lumayan jugak lah!
Puas makan. Alhamdulillah dapat rasa almost all foods, sikit2 je rasa tp varieties. Buah, nasi, mi, roti bakar, roti telur, roti canai, air dll. Puas hati sangat!



Bilik studio with 2 single bed, muat utk kami berempat. 
Pool pun ada.
Lepas mandi pool, naik tram ke water park pula sebab ayahnya dah pergi kerja.










Balik rumah tangan #IbuZNII sengal2 2hari jugaklah sbb seharian dukung si debab #ZarinNurInsyirah ni. Kakak xyah mention, happy la dia, pool ada, park pun ada.

Nanti sambung cerita kat waterpark yer
😅😅😅

Till then..

Daaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Monday, August 5, 2019

Tour de Safari Park, Gambang

Assalamualaikum!

Hello August!
Dah nak masuk seminggu dah bulan 8 ni. Cepat je kan masa berlalu. So sebelum terlupa, jom kita #throwback lagi masa #ZNIvisitPahang di Bukit Gambang Safari Park.

Pergi Bukit Gambang Resort City sebab ayahnya outstation. Nanti kita story pasal BGRC yer, now kita cerita pasal Safari Park dulu.


Plan asal nak jalan kaki cancel, baru berapa minit mendaki dah pancit, patah balik, naik tram pulak..haha..Sempat ke predator show ada show Harimau Malaya yang dah separuh jalan. Lepas tgk show ikut tour de Savanah.

Eye to eye with the wild.


Memang banyak binatang2 wild, so tour tu mmg dalam tram jela. Jalan kecik muat2 utk tram tu je. Jalan dia mashaaAllah macam naik kuda rasanya. Dekat dak #ZarinNurInsyirah mengantuk kan, sudahnya dia tido berdodoi dlm tram tu😆.

Kakak #ZahrahNurIman excited la nampak binatang byk. Tapi bila dh habis tour tu nak kena turun ke entrance xde tram. Kena jugak jalan kaki. Maka membebel la dia🤦.

Habiskan eValue beli air sbb malas nak refund semula. Lebih singgit halal jela (kaya la BGRC kan kalau semua org malas nak refund..huhu).

Btw, malam2 and ptg ada fire and tarzan (kot) show. Tapi kami xpergi pun. Nak feed rabbit mkn pun ada, tp iols malas nak bwk, kakak sibuk nk feed tp ibu malas nak masuk, takut adik mengaruk pulak nnt.


Bila la dpt g bercuti lagi yek?!

Till then..

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...