Thursday, October 11, 2018

Diapers and Baby Wipes..Offspring vs Applecrumby

Assalamualaikum ibu2 semua!

Sedang berkerja ke berehat di rumah??
Ibu ZNI sedang berehat2 sahaja, bak kata kakak #ZahrahNurIman "best lah ibu tengok tv je kat rumah"..hakikatnya ibu kebosanan🤣🤣🤣

Ok lah, since masa ada kan, kita nak cerita sikit pasal persediaan diapering baby #ZNIjunior nanti. Beli newborn punya diapers brand petpet dengan pureen baby wipes sikit untuk standby. Plus warna oren tu menarik sangat utk dibeli..hihi..

Macam yang ibu ZNI bagitau sebelum ni, this time around, as much as possible, i look for natural or organic products. So, nak try la 2 brands yang agak menarik untuk dicuba.

Offsprings Printed Diapers and Baby Wipes

I choose the diapers masa nampak kat insta Stacy Anam. Nampak so natural sebab color hijau kan. Alang2 nak beli tu, terus ambil Bundle deal which consists of:

– 4 packs of soft and super absorbent diapers
– 3 packs 80ct plant-based wipes
– 4 packs 20ct plant-based wipes

See! Kotak delivery pun nampak exclusive kan???

Tapi, nak kata betul best ke x, ibu ZNI tak dapat nak pastikan sebab belum guna kan. Tapi menurut yang diclaim dalam dalam website diorg, fashion diapers Offspring menjanjikan perkara2 berikut:

Eco-friendly, ultra-soft diapers with designer prints
Super absorbency – Great for day and night use
Fashionable designer prints - created with ink that’s free of lead and heavy metal
Ultra-Breathable inner and outer layer - made with chlorine-free woodpulp
Wear without worry – Completely free of dyes, fragrances, lotions, chloride, phthalates, optical brighteners and latex.
Chlorine-free fluffpulp & Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Premium Ultra-Soft Eco Friendly Wipes
Strong but soft – Towel-like material for gentle cleansing on baby’s delicate skin
Mindfully made – Infused with organic aloe vera & organic chamomile to support healthy skin
Extra Soft, Extra Gentle – Made for gentle cleansing from head to toe, suitable for baby’s mouth and hands
Chemical Free – Made without fragrances, alcohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, chlorine processing, parabens, SLS, lanolin or other harmful chemicals.
Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Made with FSC certified plant-cellulose material – Biodegradable; dispose without worry!

Akibat terpengaruh, maka dapatlah 4 packs diapers tu, i chose 4 packs size S and 1 pack for pants size M. Lepas tu, ada jugak baby Wipes 80pc and 20pc yang dibeli. Boleh pakai lama ni kan, tapi macam sayang pulak mahal2 kan..hihi🤭🤭🤭

Yang size M letak bawah katil dulu sebab dh penuh rak tu..hihi.. Baby Wipes 20pc tu yg kecik sikit tu, boleh lah masukkan dlm handbag kalau nipis mcm tu kan.. 

Applecrumby & Fish Diapers and Baby Wipes

Yang ni akibat dia lalu lalang kat insta sampai iols ter'click' insta dia. Maka, terjatuh cinta pulak dgn yang ni. Sebabnya it looks so simple yet adorable..kihkih..over tak???

Memang fikir banyak kali nak beli ke x. Makan hari jugaklah buka website dia, lagi2 bila ada promo.

Chlorine Free Premium Baby Diaper Bundle
(S24 - Buy 10 FREE 2 Pack) With FREE Bunny Cassidy (Grey)
Processed Chlorine Free Plant Derived Super Soft Air Plus Fluff Pulp from USA's Weyerhaeuser
Simply pure - made without latex, fragrances, toxic dye or lotions
Fragrance Free, Dye Free
Wetness Indicator Strips tell you when your baby needs a change of diaper!
Ultra Comfy stretch side panels and waist band
Dye free, refastenable perforated tabs for perfect fit!
Ultra-soft plant-based (PLA) top and beehive textured back sheets — gentle on your baby’s bottom
Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs for the perfect leak protection. Dye free protects your baby from getting nasty rashes on skin contact areas.
Japan Imported Sumitomo SAP
Super absorbent and soft
Premium quality and non-premium pricing

Extra Thick Premium Baby Wipes Bundle 2x (3 PACK BUNDLE, 80 Sheets) With FREE Bunny Emma (Cream) 
Processed Chlorine Free
Paraben Free, SLS Free, Phthalate Free
Fragrance Free, Alcohol Free
Methylisothiazolinone Free
Formaldehyde Free, Lanolin Free
No petrochemicals or harsh chemicals
Infused with a botanical blend of Aloe Vera Extract (to moisturize) and Chamomile Extract (antibacterial and soothing properties) 
Gentle, Soft yet ultra effective ingredients gently cleanse and soothe your baby's sensitive skin with plant extracts that keep skin healthy
Ultra thick and strong at 60gms
Extra big at 17cm x 20cm
Super absorbent and soft
Embossed and Interlocked Spun Surface for extra loft and softness, plus easy use with friction
Easy dispensing
Premium quality and non-premium pricing
MSDS approved

Akhirnya beli jugak bundle sets diapers and baby wipes. Jangan cakap iols tamak yer! Saya cuma mudah terpengaruh..haha..

Hah, tengok tu, siap dpt free bunny uols. Satu utk kakak, satu untuk baby. So memang kena beli diapers dan baby wipes la kan, kalau x dpt satu bunny je😂😂😂

Kite zoom sikit apa yang dah dibeli.. 

Kakak promote sikit apa yang dia dapat.. Kakak memang suka buat video uols.. 

Plannya, kita guna yg Offsprings tu, lepas tu baru yang Applecrumby. Then, barulah ibu ZNI boleh bagi full review..hihi..

So, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik yer😍😍😍

Jumpa in next entry ya!
Doakan ibu ZNI dapat melahirkan baby #ZNIjunior dalam seminggu yer. Amiinn, inshaaAllah.

Till then.

Daaaaa......

xoxo,
Ibu ZNI

Wednesday, October 10, 2018

38th week pregnancy.. Still waiting..

Assalamualaikum mommies! 
Jumpa lagi kita..Alhamdulillah..

Semalam hari checkup selepas seminggu lepas jumpa doktor. Today dah 38w3d pregnancy. Makin nervous pulak rasa bila dah 38minggu ni kan. Kalau ikut kakak zahrah dulu, seminggu sebelum due date dah bersalin. So dlm 39th week la kan. 

Skrg masih belum tunjuk tanda2 lagi, just back pain, sakit kat bawah tu, susah sikit nak jalan, nak tidur semua kan. Posisi paling best tido bila dalam kereta, sebab rasa mcm dibuai je. Tidur atas katil pun tak seselesa masa kereta bergerak😜😜😜

Rasa contraction pun dh start terasa skrg ni, tapi tidaklah kerap. Sejam dua jam sekali rasa. Tapi kadang2 confuse jugak betul ke contraction rasa mcm tu..haha..so, selagi masih boleh bertahan kita buat relax jela kan, kalau fikir sgt pasal sakit, nnt mmg sakit jadinya. So, be positive Aliza!

Cerita semalam, dapat jumpa Dr. Khamsiah, alhamdulillah. Masuk2 klinik doktor ckp "mama nampak kuat lagi berjalan" eh, bangga iols doktor nmpk I masih steady, walaupun hakikatnya Allah sahaja yang tahu, bila susah nak jalan, nak duduk lama, nak tidur semua. Tapi, xpe, demi mu anak..

Doktor check semua ok, alhamdulillah. Bila2 boleh bersalin nampaknya. Scan baby, nampak muncung aih anak ibu kat dlm tu, sabar naaa.. Dah sampai masa nnt baby keluar yer, skrg ni main2 dulu dlm tu, InshaaAllah xlama lagi kita jumpa yer baby #ZNIjunior😘😘😘

Berat ibu naik 1kg lagi dalam masa seminggu ni. Rupanya anak ibu kat dalam pun sama naik. Last week 2.27kg, smlm check 2.77kg sudah. Means, separuh kenaikan ibu ni sbb berat baby naik 500g, so ibu 500g naik..hihi.. Takpelah dik, janji sihat yer.

Baby #ZNIjunior at 38weeks now. Muncung sgt mulut tu, marah ke doktor pegang2 perut ibu time scan😍😍😍

Since ibu dah x larat nak bergerak sana sini sgt, so doktor bagi lah rest kat rumah seminggu ni, kalau baby belum lahir dlm masa seminggu ni, next checkup next Selasa pula..

So, marilah kita list kan apa nak buat kat rumah ni kan. Barang baby InshaaAllah semua dah ready, kemas rumah jela nampaknya ni🙄🙄🙄

OK la, till we meet again in next entry ya..

Daaa...

XOXO,
Ibu ZNI

Saturday, October 6, 2018

#throwback Perth Discovery ~ Mandurah & Rockingham

Assalamualaikum & Happy weekend semua!

What's your plan this plan?
We ols duduk rumah jela nampaknya, keadaan badan yang membuyut tak mengizinkan untuk ronda2 KL skrg, tapi kita tgk la esok Kot2 bosan kita keluar la kejap kot..hihi..

So, today, lepak2 rumah, kita throwback jalan2 oversea last year ke Perth jela yer. Lepas ni nak ke mana Pulak, tengok lah rezeki ke mana nnt.. InshaaAllah kalau diizinkanNya untuk travel oversea lagi, adalah peluang nnt kan.. 

So, back to Perth Discovery.. 

Day 2 ~ 9 March 2017

Kami start pengembaraan seawal 9 pagi. Awal ke? Haha.. Sebenarnya tu dah dikira lambat. Sebab sana cepat siang kan, so patutnya awal lagi dah gerak. Plan that day nak singgah sedikit ke selatan Perth, dapat sampai ke Mandurah pun ok la kan.

Oh ya, pagi tu kami bfast sendiri je, makan roti dengan baked bean dll. Since kat hotel tu ada microwave boleh lah panaskan mana2 yang ada bwk tu kan. 

Sempat jugak goreng jemput2 segera uols. Dapat alas perut sikit ok la kan.. Sementara nak bergerak nnt, kalau jumpa kedai yang boleh singgah, kita singgah lah nnt kan.. 

Wefie dulu buat kenangan kononnya. Zahrah dah masuk kereta tak sabo.. 

Budak kena duduk dalam car seat. Ingat lagi perbualan dalam kereta bila dia tak nak duduk dalam car seat tu... 

Ibu: Zahrah pakai seat belt betul2..nnt ada polis..
Zahrah: Alaaa..adik sakit perut ni..
Ibu: Ape kaitan sakit perut dgn pakai seat belt.. 
Ayah: Nnt polis tanya english "zahrah, why u did not fasten the seat belt" hah mcm mane nak jawab?" 
Zahrah: Alaaa..adik jawab la "my tummy is ouchhh"
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

View sepanjang perjalanan kami, tapi sikit jela. Nampak tak langit yang clear nan biru tu. Sejuk je mata tengok kan. Indah betul ciptaan Allah. 

Around 9.30 pagi, kami sampai di Raeburn Orchards, sebuah ladang buah yang besar tepi jalan je. Tapi kat sini x boleh petik buah2 tu semua..bawak beg pun xboleh sebab dia takut kita petik masukkan dlm beg kan..so, bawak handfon/kamera je boleh untuk ambik gambar. Masuk bayar aud7 per adult. Budak2 tak kena bayar if not mistaken. Tp dlm tu ada jual2 juga, so Selamatlah melayan anak yang nak beli macam2. Terpaksa ckp banyak xboleh makan, harammmm
😌😌😌

Nak upoad banyak2 malas pulak, buat simple collage jela yer.. 


Nampak luas kan kebun ni, so memang tak larat lah nak explore semua. Lagipun buah yang memang tgh ada buah epal tu jela. Lain2 belum berbuah lagi nampaknya.. 


Nah, zoom sikit buah epal ni. Besar kan?? 

Then, kami singgah ke Araluen Botanic Park around 11.30 pagi mcm tu. Tapi benti kat Parking je pastu xmasuk sebab nampak sgt besar taman tu, takut xsempat nak melawat, so cancel visit😂

Plan asal nak ke Rockingham dulu, tapi bila tgk masa macam tak sempat. Takut nak ke Mandurah nnt dah gelap. So, plan ke Rockingham nak tengok 🐧🐧🐧 postpone keesokan hari. Direct ke Mandurah Dolphin Cruise tengah hari tu.

Apa entah nama benda alah ni..haha.. Lupa! Google pun xjumpa.. 

Ni view area port dalam pukul 12noon. Tak panas terik sangat pun walaupun matahari terpacak kan.. 

Sementara menunggu 🛥 nak bergerak kita Pusing2 Port dulu ambik scenery

 Then, naik 🛥 dalam pukul 1215 pm dengan harga tiket AUD25 per adult. Pusing2 tasik keliling kawasan rumah orang2 kaya uols. Most of the houses Ada private boat park belakang rumah diorg dan belakang rumah diorg xnmpk macam blkg rumah kita pun.. Masih cantik mcm view depan rumah. Kagum sgt!

See! Besar2 kan rumah diorg..huhu..menangis tengok! 


Foreigners aka pelancong2 lain pun ada. Kami selfie sambil menikmati angin sepoi2 bahasa tasik..




Alhamdulillah, rezeki kami nampak dolphin melintas tasik main sembunyi2.. First time tgk dolphin uols, excited!

Last but not least, before balik, wefie dengan kapten Boat dulu, dan amek gambar depan boat2 mahal.. 


Aroun kul3 petang jugak lah baru kami lunch hari tu. Memang kebulur. Bila cari2 kedai mostly tgh "rest" sebab diorg tgh prepare utk buka dinner punya slot. Kat sana lunch buka sampai 2 or 2.30 petang je, then utk dinner start dlm kul5 till 9mlm plg lewat..kiranya kami dah terlepas Lunch time la.. Huhu..

Lastly, kami makan pizza at Coastal Kebab je, but it was delicious and recommended places for eat.. Ke sebab tengah lapar, tak pastilah.. Haha..

Muka lapo tak sabo nak makan nampak! 

Steady walaupun lapo tak hengat.. 

Pizza ni sedap makan panas uols.. 

Done makan! Plan nak ke Abingdon Miniature, tapi tutup pulak! My bad tak check rupanya buka Fri-Sun je! 🙃

Oh ya, sempat jugak singgah kat taman sebab xtau nak ke mana. Bagi la zahrah main buai kejap, pastu gerak.


Since dah petang pun, kami direct check in di Mandurah Foreshore Motel (kat Mandurah hotel mahal..tu kawasan org kaya2..kita yg "kayap" ni cuci mata jela tengok, motel je mampu😄)

OK la kan utk tidur semalam je. 1 queen 1 single bed. Tapi ada microwave je yg xboleh masak. Nama pun motel kan.. Haha.. 

Malam tu, dinner awal sikit sebab lapo ptg mkn pizza je kan. Dinner pun kat sebelah motel je kat Warung Ade Restaurant. Halal 🇮🇩 restaurant, menu pun ala2 Melayu, so bolehlah makan nasi.. Kenyang sikit.. Tapi tak sempat nak amek gambo, kebulur sangat.. Haha..

Done dinner, balik motel, berehat dan tidur...

Kepenatan nampaknya..

Saya pun dah penat nak menulis.. So, jumpa lagi in next entry ya..

Daaa....

XOXO,
Ibu ZNI

Friday, October 5, 2018

Baby Bedding Preparation and the Changing Table

Assalamualaikum mummies!
I'm back. 

Kali ni nak sambung cerita pasal preparation nak sambut baby baru baby #ZNIjunior.

Alhamdulillah, by end of September lepas, mostly physically dah sedia semua. And baby bedding ni antara yang awal disediakan. Last few weeks je baru masukkan bedding baby ke bilik master, sebelah katil ibu ayah (dan kakak Zahrah)🤩🤩🤩

Time kakak Zahrah, kami pakai baby cot ikea yang kayu tu, tapi tilam dah tak boleh pakai sebab dah kuning2 lepas 6 tahun kan. So, decide nak cari yang lain yang boleh buka tepi katil, senang kononnya kalau letak tepi katil nanti.

Tapi...

Last2 beli playpen yang tak boleh buka tepi pun..haha..survey sekali je kat warehouse sale, terus beli. Sejenis malas nak survey byk2 takut confuse nak pilih nanti.

Kakak pilihkan untuk kegunaan baby ZNI. Ibu ayah ikutkan jela janji dalam budget..hihi

Ibu dan kakak so excited with this chair, tapi apakan daya, mahal! Kite try test jela kejap..haha..

Selesai misi mencari playpen! Dapatlah Babyhood playpen utk baby ZNI nanti, tapi mcm biasa, kakak rasmikan dulu yer dik!

Kakak nak jugak masuk dlm playpen ni. Layankan jela bagi chance kat kakak. Sedaplah baring2 bagai kan..

By the way, in August, ibu ZNI ada buat booking for preorder set tilam kekabu jugak, sekali dengan baby nest. Lepas raya haji baru siap. So, itu yang dapat siapkan baby bedding ni awal.

Kakak berlakon tido je tu, nak test tilam baby punya pasal..haha

So, disinilah tempat beradu baby ZNI nnt selepas dilahirkan..inshaaAllah..hanya yang terbaik utk anak2 ibu😍😍😍

Selain playpen dan tilam kekabu, ada jugak beli set tilam patchwork kat shoppee, murah2 je buat tambah konon2nya takut kakak berebut dengan baby nanti. And again, kakak rasmikan dulu yer!

Jangan marah dik, kakak try test tengok helok ke x tilam ni. Ok la, lulus utk adik (dan kakak) guling2 nanti😝😝😝

Ok lah, kakak xguna..kakak tolong jagakan tilam baby yer😘😘😘

Since tilam kekabu dah disumbat rapi dalam playpen, so tilam patchwork ni kita guna outside playpen jela nnt. Changing table yang dpt free tu xletak pun kat playpen tu sebab nampak semak, so ibu ZNI letak kat atas changing trolley, buat2 mcm atas sekali tu changing table la..alas dengan selimut patchwork and letak changing mat. Siaplah changing area untuk guna nanti.

Both playpen and changing trolley ni letak kat sebelah katil dlm master bedroom tu je. Senang nak tidurkan baby nak salin baju semua sebelah katil je.

Inilah dia!!


Nampak ke?
Ok lah kalau tak nampak, kita zoom sikit apa yang ada kat changing area tu yer..


Nanti dalam entry lain kita cerita lebih lanjut pasal set berpantang dan supplements tu yer..sebab yang lain dah cerita dah kecuali pasal diapers pun belum lagi. Changing area ni just letak barang2 utk kegunaan harian so xdelah kena mencari kat bilik belakang sentiasa. Dah habis kt area ni, baru topup balik..jimat tenaga (dan lemak) dari kena jalan jauh..hihi..

Rasanya sampai sini dulu la kot nak bercerita. Penat dah menaip (asyik typo je sbb jari dah gemuk)😣😣😣

So, see ya in next entry..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI

Thursday, October 4, 2018

37th week pregnancy..waiting time!

Assalamualaikum!
Hello October babies🤩🤩🤩

This month must be waiting for right, especially untuk semua yang bakal menyambut birthday bulan ni.

Same goes to me, my birthday will be in next 10 days..syukur, dah nak masuk 34 tahun dah pun ibu ZNI ni. Dalam masa yang sama, ibu, ayah dan kakak ZNI pun berdebar menunggu kehadiran baby #ZNIjunior, juga inshaaAllah di bulan October. Kakak Zahrah sama bulan dengan ayah, baby ZNI ikut sama bulan dengan ibu pulak la yer..inshaAllah..

Well, i'm 37 weeks plus pregnancy now. Dah check up dengan doktor pun on Selasa petang, and Alhamdulillah, semuanya ok. Baby aktif and dah "masuk" katanya. So ibu ZNI assumed doktor means that baby ZNI dah "engage" sekarang ni. Fuh, nervous! This week inshaaAllah masih kerja, nak siapkan mana2 yang sempat disiapkan, next week kalau boleh lepas checkup 38 week nk start cuti dah. Tak larat dah rasa nak menapak kat ofis tu. Officemate tengok iols pun mcm seriau je kan sbb nampak sarat..hihi.. So, kita tengok la beberapa hari ni mcm mana yer.

Nak cerita pasal pregnancy kali ni dengan masa mengandungkan kakak Zahrah dulu, banyak juga bezanya. Tapi sebab malas nak cerita, kita simpulkan jela yer..


Wuhuuu..for the first time in my life ibu ZNI ni cecah berat lebih 60kg. Penangan makan tak hengat la ni..hihi..latest checkup naik 2.5kg dalam tempoh 2minggu. Patutlah rasa berat je nak bawak badan ni. Pergi ofis ke hulur ke hilir pun terkedek-kedek je jalan. Ibarat muatan berat disebelah kiri la kaedahnya, semua bagi laluan..haha..


Sementara menunggu turn nak jumpa doktor, ayah ZNI tu mcm dia yang mengandung kan. Yela, dh mcm burung hantu stay up hari2 main game, memanglah begitu jadinya🤦🤦🤦

Jumpa Doktor selasa lepas, first time jumpa Dr. Rohani. Sebelum ni Dr. Khamsiah dan Dr. Haliza. Alhamdulillah, semua doktor kat Andorra very friendly and helpful. Bersyukur sangat. First time jumpa Dr. Rohani pun dia sgt membantu.

✔️ Baby in good conditions

✔️ Air ketuban cukup

✔️ Baby engaged, tapi doktor tak check bukaan lagi sebab baru 37 weeks

✔️ Dapat Admission Form yang menggerunkan sebab terasa dah semakin dekat nak bersalin ni. Doktor pesan anytime kalau ada terasa leaking or blood discharge, terus ke emergency. Oh my, ibu ZNI sangat nervous skrg..


Borang ni memang dah bawak sentiasa dalam kereta, sekali dengan buku checkup. Anytime pergi hospital senang dah ready semua.

Alhamdulillah, sekarang ni semua berjalan lancar. Yang tak lancar kerja2 kat ofis yang tak habis2 tu. Aduyai, ikutkan badan ni rasa nak cuti awal, tapi apakan daya, masih perlu settlekan kerja2 tu sebelum cuti 3 bulan. Tak sampai hati nak bebankan org lain dengan kerja sendiri, tapi tula, setelah bertahun tunggu for our 2nd baby, I hope rakan2 sekerja faham yer, mana yang sempat i siapkan before cuti yer.
TQ😍😍😍

Ok la, entry ni dah 2 hari draft, so hari ni kasi settle lah..haha..malas nak tulis panjang2..nanti bila ada masa weekend, iols update pasal preparation nak sambut baby ZNI yer.

Till then...

Daaaaa....

xoxo,
Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...