Sunday, February 12, 2017

Finally, its presentation day! Alhamdulillah :-)

Alhamdulillah!!

Finally, after 2 years, hari ni inshaaAllah last presentation day aka viva day.. Dah beberapa hari dah tak nampak katil, makan tak lalu dan macam2 lagi..finally 12/2/2017 tiba..

Walaupun ada sikit lagi yg kena selesaikan, minor corrections, binding and settlekan yuran..inshaaAllah by next 2 week settle semua..

Last minute - study?
Berpisah tiada 😂

Walaupun this final sem tak ambil any subjek except for final project, but, still semua buat last minit.. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan hingga hari ni.. Kalau x buat last minit mmg xde idea..bila buat last minute baru idea mencurah kononnya😜

Teringat lagi mula2 register nak join program Pusat Kembangan Pelajar UKM tahun 2015 lepas, time tu mmg tgh "free" dan keje ofis pun xmerunsingkan..but time goes, makin banyak benda yg diserabutkan sampai rasa mcm adoi kenapalah pening2 nak sambung belajar..haha..

Tapi, syukur...
Semuanya berjalan lancar walaupun kelam kabut..eh! Lancar ke tu? Hahha lancar la tu sebab dapat selesaikan semua.. Lecturer pun faham sbb kami semua part time students..mmg keje weekend jela..sabtu exam, jumaat malam baru bukak notes. Ahad present, sabtu baru discuss..kihkih..tido berbantalkan nota dan file tu biasa..kadang2 terpaksa buat kat ofis sikit sbb kena submit weekdays😰

Priceless experience..
Dulu zaman degree lain sbb full time. Memang "ditugaskan" untuk belajar dan belajar. This time, sendiri pilih nak belajar sambil berkerja. But its ok. Dapat kenal ramai org. Walaupun classmate yg betul2 5org je, 4wanita, 1 lelaki. Tapi bila campur2 dgn batch/kelas lain sekepala, so jadilah ramai, dalam 20 orang. Semua dari industri berbeza. Giverment, private, education, transport, kilang, iso, semua ada. Yg dari selatan tiap2 weekend pun ada. Mostly "adik2" la sbb diorg ramai muda2..ada lah yang tua/sebaya ibu Zahrah, tapi is nampak tua. Macam2 masalah ada rupanya kat tmpt luar, kita je rasa kita ada masalah kat ofis, ramai lg yg bermasalah. Semua tu pengalaman. Bila jd yg tua, so kenalah advice sikit2 adik tu mane yg boleh. Tp bab2 industri, mmg diorg lagi terror la..hihi..

Nak sambung phd ke?
Hmmm..kalau tgk kekalutan skrg ni mcm xnak, takut tak boleh nak bg komitmen. Tapi maybe kalau dapat tajaan full time, boleh dipertimbangkan. Ada yg nak sponsor ke?😉

Last but not least, please pray for our final project. Hopefully lepas with flying colours 😍

Ok, then..

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, January 3, 2017

Zahrah 5th Birthday!

AsSalam dan Salam Tahun Baru 2017!!

Seperti tahun2 sebelum ni, awal tahun adalab masa untuk meraikan lahirnya my little cheeky zahrah. Tahun2 sebelum ni memang tak berkesempatan dan busy.. Tapi tahun ni....

ALHAMDULILLAH..

Syukur atas nikmat dan rahmat serta pertolonganNya.. Selamat sudah majlis sambutan birthday #ZahrahNurIman semalam. 

Walaupun ibu dah pasang niat hanya nak buat birthday party Zahrah bila Zahrah dah 5tahun..

Setelah Zahrah dah tahu maksud "birthday"
Setelah Zahrah dah kenal erti sambutan
Setelah Zahrah dah pandai minta hadiah😅

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun agak kelam kabut sebab Zahrah demam dan muntah2 petang semalam..

Semuanya zup zap plan dalam masa tak sampai seminggu. Syukur masih ada yg terima order walaupun last minute order..

#nasiarab by jiran Halis
#spageticarbonara by ibu Zahrah
#rotijala by jiran Liya
#ayamgoreng by ibu Zahrah
#candybooth by @ilovesugartown
#decoration by ibu/ayah Zahrah dan acu n uncle chu
#khemah by jiran
#cake #whoppiepie #creampuff by @qewcupcake
#tehtarik by mummy sha
#airmanis by ibu Zahrah

Terima kasih kepada semua yg menolong, yang meriahkan suasana dan yg bagi hadiah pada Zahrah!!

She was so excited!!

HAPPY 5th BIRTHDAY ZAHRAH NUR IMAN
Semoga rahmatdan kasih sayang Allah sentiasa bersama kamu, dunia dan akhirat..


Ibu dan ayah sayang kamu selamanya!!

xoxo,
Ibu Zahrah!!

Wednesday, November 16, 2016

Survey - PMS of SCM in HSBB

As-Salam and Good day,

It is very much appreciated if you can spend about 5 minutes to answer this survey.
This survey is part of my study requirement, hence your sincere feedback is highly appreciated.
Thanks!! :-)

Create your own user feedback survey

Saturday, October 1, 2016

Salam Maal Hijrah 1438 Hijrah | 2016 Masihi

As-Salam.
Salam Maal Hijrah Muslimin dan Muslimat sekalian..

Di kesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua terutamanya kepada suami, mak abah, ibu ayah, anakku, adik beradik, ipar duai, anak2 saudara dan juga semua yang mengenali saya secara dekat mahupun dialam maya :-)

Di kesempatan ini juga, saya ingin berharap agar kita semua dapat menjadikan segala suka duka pahit manis disepanjang setahun dan tahun2 sebelumnya, sebagai pengajaran, kenangan dan rujukan. Mana yang baik kita jadikan ukuran, dan mana yang buruk jadikan sempadan.

Semoga kita semua terus berada dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.

InshaaAllah..



Semoga kita berjumpa lagi di keluaran akan datang :-)

Daaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, July 5, 2016

Ramadhan Terakhir 1437H

As-Salam Semua!!

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk berjumpa di alam maya ni :-)

Alhamdulillah, kita berkesempatan juga untuk berjumpa Ramadhan 1437H selama sebulan ni. Hari ini hari terakhir kita dibulan Ramadhan pada tahun ini. Allahuakbar! Cepat je masa berlalu kan? Terasa macam masa sangat mencemburui kita hinggakan sekarang dah masuk pun bulan Julai.. Terasa baru je masuk tahun 2016..

Saya hanya mampu menyinggah blog ini sekali lalu saja sebab tengah pulun nak siapkan assignments :-). Tahun ni memang sgt mencabar buat saya sebenearnya.. Tanggungjawab baru diofis sgt memerlukan kecekalan dan kesabaran, manakala tugas sebagai pelajar masih diteruskan di Semester ke-3. Telah bermula "thesis period" untuk kami. Cekal nak tulis thesis yg mana teah ditinggalkan 8tahun lepas :-(

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, terkasar bahasa, terkurang ajar, dan segalanya yang buruk dari saya. Ampun maaf dipinta dari suami saya yang banyak bersabar dengan "kekacauan jiwa" saya sepanjang bersama 5 tahun lebih ni, buat kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua yang acapkali saya "terlupa" untuk bersapa dan berjumpa, buat keluarga yang dah masak dengan "muka dan perangai serius" saya, saudara mara yang jauh dimata, rakan2 sekerja yg selalu nampak "ke-moody-an" saya di ofis, rakan-rakan yang jarang dihubungi, dan buat anakanda tersayang ku, Zahrah Nur Iman, ibu minta maaf atas segala "kelalaian" dan "kesingaan" ibu dengan adik. Dengan setulus hati, orang/uteh/aku/saya/ibu mohon ampun dan maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, luar dan dalaman :-(

Semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa di Ramadhan akan datang..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...