Thursday, October 22, 2015

#throwback ~ Langkawi 2nd Trip

As-Salam semua!!
I'm back :-)

Hmmm, dah lama rasanya tertangguh cerita ke Langkawi, awal tahun lepas.. cerita bulan 01, tapi bulan 10 baru nak update..kihkih.. Ingat lagi tak cerita birthday Zahrah dalam entry ni?
hah, ni sambungan dia yer.. Cerita perjalanan kami ke Langkawi buat kali ke2 ni.. Tapi, kali ni tak ramai, 6org je pergi sebab pergi time bukan cuti sekolah :-)

Takpelah, kita takyah cerita panjang2..biar pictures je yang berbicara..lagi senang :-)

So, enjoy!!

Naik MAS special offer..3org tak sampai RM400 pun pergi-balik :-)
Wefie di KLIA

Dalam flight..sejam duduk dgn ibu sebab takut :-)

1st day ~ Start dengan shopping.. "Selamat.." :-)

Suasana hotel.. Aseania Resort

Order makanan kat hotel je..malas nak keluar..

Underwater World ~ Wefie :-)

Underwater World ~ Smile :-)

Ikan2 di air :-)

Zahrah luv Ibu

Zahrah dengan Tokbah, Tokmak & Kak Nan

Zahrah & tok mak

Ibu & Anak :-)

Beras Terbakaq

Beras Terbakaq

Real Beras Terbakaq :-)

Trademark "Lang"-kawi

Hasil tangkapan :-)

Us :-)

Nota Kaki #1: awal2 tahun dah habiskan cuti, sebab tu sekarang (hujung tahun) dah tak boleh berjalan :-p

Nota Kaki #2 : First time nak bawak zahrah naik aeroplane, tapi sejam jugak la dia nak beriba :-)


Sekian, untuk kali ini :-)
Daaaaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

My Birthday Yang ke-13 & Makan2 Time

As-Salam & Salam Sejahtera!! Haiiiiiiii :-)
Tetiba excited terlebih hari ni, dah kenapa? hihi..

Hmmmm, dah seminngu lebih dah i menjangkau usia 31 tahun, tapi masih tersa muda lagi :-p
Pejam celik pejam celik dah geng 30-an kite ni..macam tak caye pulak..

Well, dah tua2 ni (ops, tadi ngaku muda), kita takde la buat birthday celebration pun..wish2 dari suami, family dan kawan2 macam biasa. 3 weeks before my birthday, dah dapat pun hadiah dari En. Suami :-) Thank you!! Finally, dapat jugak merasa telekung SK.. Memang sedap kain dia..


Then, dapat pulak kek birthday on the birth date tu.. Macam biasa, our fav cake is BR Icecream Cake..tapi kali ni En. Suami terbeli flavor yang dah pernah beli time birthday Zahrah yang lepas..tapi xpelah, yg penting dapat hadiah, Alhamdulillah :-)


Next day, cuti Awal Muharram.. Kami sekeluarga dengan family angah dan kakcik serta adik ber-picnic di tepi Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.. Saje nak bawak anak2 pergi mandi2 laut.. Si kecik Zahrah tu ape lagi, bersemangat la dia nak pergi mandi "air paut" kihkih..orang cakap pergi pantai-laut, dia terus shortcut jadi "paut" haha :-)

So, kita layan jela gambar2 ni dulu yer..
Enjoy!!

Dengan anak masing2..

Budak2 dan org2 tua di tepi pantai :-)

Antara makanan yang ada..berebut masing2 nak bwk, pastu semua tak habis..

Babies this year..Zafran & Naurah

Zahrah sementara menunggu yang lain2 sampai :-)

Last weekend pulak, kami sambung aktiviti makan2 lagi, guna kupon Groupon pulak..haha..
Kali ni ke Delicious pulak kita..
Jom Tengok :-)

Zahrah..sebelum sampai & sesudah sampai

Wefie dalam kereta dulu :-)

Minuman sedap :-p

BBQ Beef Ribs..mashed potato sedap!!

Beef steak with wedges

Chicken fillet with fries..Zahrah suka sos tu..

Ok la makanan kat situ, cuma steak tu agak mentah sikit, kena minta diorg grill balik.. Then, i punya ribs tu agak liat sikit dagingnya, banyak lemak je..huhu.. Total utk 3 dishes and 2 air, dalam RM140..so, kena tambah lagi RM60 la sebab voucher tu value RM80 (tapi bayar kat Groupon RM50 je). Kita jimat RM30!! :-p

Ok dah, malas nak tulis panjang2..

Sekian, terima kasih :-)
Daaaaa.....

xoxo,
Ibu Zahrah

Tuesday, October 13, 2015

Kenaikan Kadar Tol --> Menggalak Rakyat Menggunakan Perkhidmatan Awam? Seriously?

As-Salam dan Selamat Sejahtera!!

Dihari saya dilahirkan 31 tahun yang dulu..
Dihari terakhir pada tahun 1436H..
Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa..

InshaaAllah..

Alhadulillah, kita dah pun berganjak ke bulan Oktober 2015..
Dan pada bulan ini juga, specifically semalam bertarikh 12/10/2015, kite digemparkan dengan berita kadar kenaikan tol dikebanyakan tol2 dalam bandar..

Maklumat tol baru boleh baca kat sini:

Menangiskah kita??
Sedihkah kita??
Semestinya kita bersedih kan..sebagai golongan marhaen yang poketnya tidak sentiasa penuh, pastinya kenaikan harga tol waima 10sen akan memberi kesan kepada kita.. Betul tak? Kalau sepoloh sen satu trip, bila return trip sebulan makan ringgit jugak kan?

Tapi, siapalah kita!!
Cakap macam mana pun, bising macam mana pun, ada ke mereka peduli?

Even takde orang nak ambil tahu, saya tetap nak bagitau..

SAYA TAK PUAS HATI
SAYA KECEWA
SAYA SEDIH

Sebab apa??
Cuba baca artikel dibawah ni:


Pada pendapat saya, alasan tersebut tidak relevan (at least utk keadaan saya dan famili).
Kenapa?

Cuba anda lihat kiraan yang saya dan suami buat pada Nov 2014 dan saya kemaskini mengikut harga semasa.

Calculation if we are driving to workplace..jarak pergi balik lebih kurang 60km, depends on laluan yang kami ambil. Kalau, ikut elite-federal, dekat sikit, tp pakai byk minyak. Kalau ikut mex/skve mmg kurang jem, tapi jauh dan tol, paham2 jela. Yang pasti, laluan mane pun kami ambil, tol tetap kena lalu :-(

If we decided to use public transport, this might be the cost. Higher than if we're driving to office. Kawasan perumahan kami mmg takde public transport. Teksi? Ada!! But, RM30 per trip to office is not relevant and membazir!! Ini belum lagi kira kalau fee public transport naik..hmmmm :-S

(Disclaimer: Kiraan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini sahaja. It may be differ from your calculation.)

Anda nampak tak?
Penggunaan perkhidmatan awam memerlukan lebih banyak kos berbanding drive.

So, kat mane relevannya alasan tersebut?
Adakah rakyat Malaysia semua kaya2 belaka, yang keluarkan duit macam buang air kecik..ops!!

Tapi, itulah hakikatnya..
Kiraan yang saya buat mungkin hanya relevan utk kami sekeluarga.. Mungkin utk anda diluar sana, guna public transport lagi jimat daripada driving. Tapi utk kami, public transport yang terdekat buat masa ni hanya di Subang Jaya ataupun Putrajaya.. Still perlu melalui tol2 untuk mendapatkan public transport tersebut..

Terdengar berita dicorong radio, katanya "..kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol kerana terbeban sebanyak RM1.xxbillion dengan syarikat lebuhraya.." (maafkan saya kiranya maklumat ini salah).

If kita nak tolong kurangkan beban kerajaan, means kita terpaksa membebankan rakyat ke?
Rebat penggunaan touchNgo pun dah dimansuhkan sejak tahun lepas (kalau x silap).
So, kat mana win-win situation nya?

Kalau betul pun nak naikkan harga tol, tolonglah bagi alasan yang lebih bernas dan fit dgn situasi rakyat secara overall.. Kita golongan bawahan ni pun sentiasa diingatkan "jangan beri alasan bodoh" kan, so golongan atasan juga sepatutnya buat benda yang sama lah!

Kalau perkhidmatan awam kita sekarang berada ditahap "dewa-dewi" dan "petik jari" je dapat, mungkin rakyat akan pandang akan solusi ni, tapi hakikaktnya, public transport kita masih lagi terkebelakang. So, macam mana rakyat nak sokong? Cer bagitau :-)

Ok lah..it just my opinion and my bebelan dihari ini.
Hopefully bebelan ni tak menambah "catatan kiri" dalam "Buku 1436H" saya :-(

Sekian, terima kasih...

Daaaaa....

xoxo,
Ibu Zahrah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...