Wednesday, August 1, 2018

Scallywags Resort Gili Trawangan, Lombok

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan

Eh, tetiba?! 
Maklumlah, bulan Ogos kan sinonim dengan bulan Merdeka kan. Ok la tu. 

Nak perabih cerita hat ke Lombok aritu aih, penat dah nak menulis ni. So, this might be my 2nd last review for Lombok trip yer. 

Our last night in Lombok masa #7thAnniversaryLombok2018 lepas, we took a night stay di Scallywags Resort, Gili Trawangan. This time around, #ZahrahVisitLombok area pulau pulak, tapi semalam jela..

Janji dah sampai kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Uruskan utk check in. Since bilik belum ready, layan welcome drink dgn Pringles dulu la.. 

As we know ramai pelancong yang datang ke Gili ni especially foreigners. So, most of resorts yang kat tepi pantai ni lebih ramai foreigners, dan harga utk resort belah tepi laut ni agak mahal sikit berbanding yang bahagian dalam. Tapi walaupun iols bukan foreigner, iols tetap pilih resort tepi pantai sebab malas nak menapak ke resort bahagian dalam. Kalau rajin, uols boleh survey lagi, byk je yang murah2 belah dalam2 yang jauh dari jeti. Iols pemalas! πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… 

Well, kat Gili memang transportation either 🏍, 🚲 or Cidomo (🐴). Mengikut kata Adi, kat sana diorg buat konsep sama rata, yang kaya tak perlu tunjuk kaya dgn pakai kereta mewah dsb, so semua sama je transport. Lagipun jalan kat sana kecik and berlubang2. So rather than naik tu semua, baik jalan kaki kan.. Konon nak exercise semampu boleh. Bukan tak suka naik tu, tapi iols terpaksa "memanjakan" diri yang tak boleh nak terlalu "berkeras" dengan badan iols. Nak naik Cidomo pun terhentak2 badan tu iols dah risau. Naik basikal memang tak la time tu, sebab x selesa utk kondisi badan (jgn salah anggap yer, bukan x suka naik, tapi nak kurangkan risiko je)..

Maklumlah kan (u know what I meant??)
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kuda yang gagah dan gigih membawa kami yang comeyyy

Harga Cidomo. Nampak tak?
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

2trip = IDR350.000 utk satu cidomo

Well, kuda ni dia main langgar je tau segala apa yang dia lalui, so it's depending on how driver bagi arahan kat Cidomo ni. Lupa dah mcm mane driver buat kalau nak suruh slow or berhenti. Even lopak pun kadang2 dia harung je, so dpt bayangkan lah kan kelompatan duduk dlm tu. Mengucap panjang la dlm tu.. Hihi.. 

So back to this resort, kalau x silap ada 2 tingkat je resort ni, and kami dpt tingkat bawah. Alhamdulillah. Senang nk bergerak sebab semalaman je kan. Nak ke pool pun dekat je. Tmpt makan pun kat area pool tu..

But..
This resort not so Shariah compliance.

Why??
1. Byk arak dlm fridge diaπŸ™„πŸ™„πŸ™„

See! Penuh kan?? Kalau minum confirm kena charge dan dapat dosa! So, jauhi arak! 

2. Breakfast ada non-halal foodπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Ni je yang lalu nak makan dengan minum air.. Hehe.. 

Memang dh cakap siap2 dgn Zahrah jangan buka peti ais.. Harooommm.. Nasib baik dia faham 😁😁😁

Time breakfast tu baru tau ada non-halal food sbb staff situ bagitau. Dia tutup siap2 mknn tu (letak pun kt hujung meja) and bagitau ktorg diorg masak asing utk those non-halal food.

So, kita tawakal jela yang mampu. Mkn pun sikit je.. Huhu..

Pool ok, macam biasa #ZahrahNurIman memang pantang nmpk pool kan, so memanjang ajak ke pool. Ayah dia layan kan jela. Ibu duduk tepi je, bukan "peminat air" kan. So tengok jela org berenang. Mmg x ramai org time tu, so diorg berdua conquer pool la. Foreigners and other pelancong ramai pergi snorkeling kat laut I think, sebab tu diorg tak mandi pool. Tapi Zahrah tak suka air masin, so mandi pool jela😎😎😎

Harga semalam (include breakfast x2) = RM230 (~IDR820.000)

Ni harga Agoda yer. Pandai2 lah uols survey. My tips, booked awal yang free cancellation (mahal sikit rate dia). Rajin check waktu2 lain guna other platform (Trivago kan ada!), so kalau jumpa yg lagi murah, booked yg lesser price la.. Hihi.. 

Bilik quite comfortable for 3 of us.
Toilet pun ok.

Takde balkoni, just tingkap yang nmpk pokok je.. Huhu

TV pun x byk Channel, masuk bilik terus zzzz... 

Zahrah tertarik dgn botol air dia, tapi idok ler dapat. Kena bayo kannnn... 

Katil muat tido bertiga. Kalau uols kuruih2 boleh muat empat gamaknyaπŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚

Semua tak ambil/guna kecuali heater utk masak air je. Dgn mineral water, tu pun check dulu charge lain ke tak.. Kalau complimentary, baru amek yer uols🀣🀣🀣

OK la kot, sebab duduk semalaman je so nak cerita lebih takde lah. 

Sekian dulu... 

xoxo, 
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...