Sunday, August 19, 2018

1st Visit to Legoland

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, berkesempatan juga nak menulis malam ni sebelum beradu. Mata dah mengantuk, tapi kita gagahkan juga la kejap ni, buat simple entry jela.

Dah lama betul #ZahrahNurIman request nak pergi Legoland tapi baru tahun ni dapat ditunaikan. Tengok tiket mahal2 memang buat tak tahu jela bila dak kecik tu cakap nak ke Legoland. Tapi bila fikirkan ada cuti panjang, takde plan nak ke mana, so gagahkan jugak la beli tiket online๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Since tiket agak mahal (memang mahal pun!) so terpaksa lah beli yang Annual Pass sebabnya boleh masuk banyak kali, dan in case ada bahagian yang tak buka time masuk kan..

So, bulan 4 hari tu dapat jugak lah #ZahrahMasukLegoland akhirnya. Beli tiket online, masuk time #Cuti1TM so takde lah ramai org sbb bukan cuti sekolah kan. Beso sgt Legoland ni bila tgk map, so utk lebih afdhal kita mulakan dibahagian kanan dululah๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ


Kami sampai dalam pukul 1pm, makan dulu sebelum masuk, sebab tau Zahrah memang tak ingat makan kalau dah dapat main. Dalam masa 2jam, sempat masuk 4 tempat je..

..Driving School๐Ÿš˜..

Ada 2 jenis school, satu utk budak2 bawah 6tahun, dan satu lagi 6-13 tahun. So Zahrah masuk "sekolah tinggi" la kan..haha. Mula2 memang terkial-kial dia nak drive, tapi lama2 siap merempit..nasib baik dapat jugak "lesen"
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Btw, kat situ ada shop tau, so pandai2lah manage anak2 utk tidak membeli belah yer, bukan setakat anak, mak bapak pun kena tahan nafsu dari nak shopping ya (ibu Zahrah tggu luar kedai, biar ayah Zahrah yang "manage" Zahrah..hihi)

..Boating School๐Ÿ›ฅ..

Jalan setapak dua dari driving school, ada boating school. Singgah la belajar naik boat pulak. Macam biasa, ibu Zahrah memang duduk tepi je, ayah jela layan bawak boat. Ibu fobia air tau..haha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Penat jalan singgah restoran beli mknn dan minuman ringan dulu. Lepas 15minit berehat, baru sambung explore Legoland.

..Legoland Express๐Ÿš‰..

Nyaris tak kena tinggal keretapi, sempat la naik trip yang dah nak gerak, kalau tidak kena tunggu lagi. Daripada lenguh kaki berjalan pusing2 legoland, baik naik train kan..kan..kan..

Then, singgah kejap Rescue Academy, tapi ada bomba je, so belajar mcm mane nak padamkan api konon2 kan. Gigih ayah Zahrah "bawak lori bomba" berpoluh-poluh..haha..

..Airport City๐Ÿš..

Ni pun kecik je kawasan yang kami masuk, just main plane dia 2round lepas tu keluar balik..boring je kan..haha..

Lepas tu singgah NinjaGo tapi anakku ini penakut, masuk tempat gelap sikit je dah taknak, sudahnya keluar baliik๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Ibu sungguh kepenatan dan ketidaksanggupan untuk sambung jalan2 dalam Legoland tu lagi. Dua jam pun dah pancit. So memang perfect choice la amek Annual Pass tu.

Uols enjoy tengok video jela yer.. Nak upload gambo byk2 pun malas..ngantuk sudah..


Nnt kita masuk lagi yer Zahrah!
Tunggu ibu dah fit balik, bawak baby adik sekali nnt ya๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Till next entry ya all!

Daaa...

xoxo,
Ibu ZNI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...