Al-Fatihah
(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang (4) Yang berkuasa pada hari Pembalasan (hari Akhirat) (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja tempat kami memohon pertolongan (6) Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Tanggal 5 Mac 2012, perginya seorang insan bergelar emak, wan dan onyang, mengadap Yang Maha Esa, selama-lamanya..pemergian arwah merupakan satu kehilangan yang pastinya dirasai dan diratapi oleh anak, cucu cicit serta ahli keluarga & rakan2nya..tiada apa yang mampu dibekalkan untuk arwah di alam sana melainkan doa2 serta amal jariah..kenangan suka-duka pahit-manis bersama arwah pastinya akan dikenang..
Semoga rohmu tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan bertakwa..
Aminnn..
Aku hanya mampu merasai kasih sayang seorang nenek selama setahun setelah berbelas tahun tidak merasainya..Al-Fatihah untuk Atuk-atuk, tokmak, tok piah & wan..serta mereka yang telah meninggalkan kite..
Salam takziah..Al fatihah
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDelete