Saturday, April 8, 2017

Sabah Trip Review.. I'm back!!

As-Salam & happy Sunday!!

Lama dah tak bersiaran kan..padahal xde kelas dah pun cuma malas jela.. Yes, I admit! Malas nak menulis.

So skrg ni rajin ke? Hmmm..xjugak, sebab copy paste dari FB punya status, tambah sikit2 je tempek gambar..kihkih..

So, jom kita #throwback #AhsainsOutingDay kat Sabah December 2016 lepas..

Khamis - 21 Disember 2016
Hari ke-2 di Sabah, pagi2 around 7.30 pagi kami breakfast di kedai makan area 1Borneo Tune Hotel tu. Even sana cepat je cerah kan, konon jam 6.30 pagi dah nak gerak cari breakfast, tapi faham2 jela kan bila ramai2 ni, nak bagi semua siap makan jam betul. Pulak tu malam sebelum nya check in hotel pun tgh malam, dum dam dum dam kemas semua kul1 gak tido. Memang bila tido mlm tu Tak hengat dunia la kan..haha..

Berbalik kepada cerita breakfast, memang xbyk kedai dekat2 situ, kena jalan depan sikit jumpalah kedai makan. Nampak macam kedai mamak, tapi yang tebar roti canai tu nampak bukan mamak..since takde tempat makan lain yg dekat, so makan situ jela.. Not bad. Murah pun murah. Makan untuk 16 orang, tak sampai RM70 pun :-)

Lepas makan sempat lagi ber-Manequein Challenge (MC). Memang giler ber-MC kat sana..pantang ada ruang..haha


Lepas check out, terus bergerak ke Kundasang.
Otw ke homestay tu, kami singgah dulu beberapa tempat dulu...

** Rumah Terbalik Upside Down Borneo **

Rumah terbalik pertama dibina di Asia, nak masuk kena bayar RM10.60 (Malaysian Adult) and RM5.30 (Malaysian Child 4-12 tahun). Kalau nak masuk 3D Museum ada combo package. Tapi kami masuk Rumah Terbalik je ikut schedule. First time masuk rumah terbalik, pening gak la kepala tengok benda semua kat atas kepala :-)

Nak tau sejarah sikit, jom tengok video ni.


Since dalam rumah terbalik tak boleh amek gambar, kita posing2 kat luar rumah jela yer.



Perlu ke bergambar dalam jamban😢

Orang terbalik

Hebat angkat kereta..haha

Budak2 bila disurub posing😀

Wefie luar rumah

Wajiblah posing jugak kan..

Pokcik dan mokcik😘

Be there,  have fun and save some money for souveniers :-)

** Jambatan Tamparuli **

5minit perjalanan dari Rumah Terbalik. Mula2 macam confident nak naik jambatan ni, siap gelakkan mak and kak siah sebab takut nak naik.. Sekali pijak je jambatan tu, mak aih, debor!! Tengok org2 sana relax je jalan, kita ni tangan tak lepas pegang tepi. #ZahrahNurIman? Biarkan bapak dia yang pegang, ibu kena "selamatkan" diri dulu sampai hujung..kahkahkah..

Acah2 tak gayat tgh2 jambatan😰😰😰

Muka sebelum yang sangat confident😄

Alhamdulillah selamat sampai ke hujung :-)

So, kejap jela kat situ. Janji pernah sampai kan. Terus gerak ke Kundasang.

Lebih kurang sejam perjalanan, sampai Pekan Nabalu. Anjing bersepah kat situ. Tengah2 jalan panas tu relax je diorg landing. Siap marah bila ada keta lalu :-)

Tapi kan, view Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu ni MashaaAllah!! Sangat cantik! Even time tu berkabus tak nampak sangat puncak gunung, tapi still cantik ok. Gembira dan syukur dapat peluang ni.

Zahrah not in good mood..baru bgn tido..huhu

Tuan Hj. dan Puan Hjh. bergambar sweet2

Cantik kan? Subhanallah..
Malas nak upload banyak2 gambar, so uols tgk jela video ni yer utk summarize perjalanan kk-kundasangg. Penat buat, rugi siapa tak tengok🤗🤗🤗


Lebih kurang jam 1 petang kami sampai Kundasang. Makan di bandar Kundasang (rasanya lah). Kat sini memang kecik je bandar nya, kedai makan yang ada pun sikit je dalam 3-4 buah je.. Ada chicken wing jugak tapi tak beli pulak..huhu..

Lepas makan tu, kami decide nak pergi ke Dairy Farm and Strawberru Park dulu sebelum check in. Tapi cuaca macam nak hujan, so cepat2 lah gerak ke sana.

Nanti i sambung cerita lagi yer :-)

Kalau nak tengok review sebelum ni, boleh ke sini yer 😊

Part 1 - Quick Review & Estimated Cost

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...