Sunday, November 2, 2014

Saya Anak JDT .. Kenali Kami :-)

As-salam friendssss
Happy weekend uols..

Macamana bola Piala Malaysia malam tadi? Pasukan kegemaran anda menang ke kalah? Well, i support JDT, walaupun kalah, i tetap sokong ok.. Anak Johor sejati la katakan..hihi😍

Hmmm, cakap pasal Johor ni, rasanya dah jadi fenomena sekarang, semua #haters diluar sana secara terang2an mahupun sindiran, sentiasa lemparkan kata2 negatif pasal Johor.. Sebagai org JDT, ofcourse la i sentap kan.. Yela, cubit peha kiri terasa peha kanan.. So, hari ni, ibu Zahrah nak share sikit pasal orang Johor, semoga saudara2 saudari2 diluar sana lebih mengenali kami secara personal, bukan kerana bola semata-mata😉

=================================
FAKTA MENGENAI JOHOR & RAKYATNYA
=================================


Sejarah di/dari Johor

|| Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

keluarga diRaja Johor.. Daulat Tuanku!!
(Gambar: Google.com)

|| Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.


|| Penulis asal Sejarah, TUN SRI LANANG merupakan orang Johor.

|| Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.

|| Stadium Johor antara yang terbaik di asia.


"...it was named after the former Menteri Besar of Johor, Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus. The stadium has also been used for the FIFA U-20 World Cup and Sukma Games..."
 (rekod tanpa kalah bagi game "Home" Piala Malaysia 2014👌)

Dialek orang Johor

|| Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.

|| Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.

|| Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.

|| Huruf 'R' seperti silent untuk orang Johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.

|| Orang Johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak.

|| Bila Orang Johor sebut:

"menguap" ≈ "sangap" atau mengantuk
"kememeh" ≈ "gembeng" / kuat menangis
"sarap" ≈ "breakfast"
"berendut" ≈ "dating"
"jajan" ≈ "cikedis"
"gebor" ≈ selimut
"gobok" ≈ almari

|| Bila orang Johor kata nak pergi "Johor" maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.

|| Kebanyakan oang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. "Anu" bukan perkataan lucah jika anda selalu dengar orang Johor cakap😝

=================================

So, dah kenal orang JDT?
Kita semua kan satu Malaysia, tak perlulah nak bergaduh disebabkan sebiji bola yang bulat.. Mane2 fans yang sangat taksub dan bermulut "takde insurans" tu, ingatlah, setiap kata2 kita akan dihitung oleh malaikat.. So, jaga perbuatan, jaga perkataan..

(Gambar: FB SweetMuslimah.Com)

Jangan benci2 orang Johor yer..takut nanti tersangkut😉

Dalam famili saya pun, ada org Johor, orang Kelantan, orang Melaka dan juga orang Selangor.. Sebab kita 1Malaysia, so semoga kita dapat duduk dibawah 1bumbung.. InshaaAllah👍
 
#elakprovokasi
 #tingkatintegriti
 
 Daaaa....
 Sekian, terima kasih😘
 
xoxo,
IBU ZAHRAH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...