Sunday, November 16, 2014

Kegilaanku.. Makan..makan..dan Makan

Assalam semua!!
Ibu Zahrah is back!! After long time (la sangat) kan😊

Straight to the point..nak tahu apa yang menjadi kegilaan ibu Zahrah sejak akhir2 ni??? Ahhaaaa..cer teka!! Haha..dah obvious sangat tajuk tu kan..apa lagi, makan lah!!

Hmmm..tengah mengidam ke? Yer betul!! Tapi bukan sebab tgh pregnant, hanyalah kerana tuntutan nafsu makan yang tinggi sekarang ni.. Boleh ke??? Mestilah boleh!!😝

So, jom tengok gambar2 makanan we-ols..
(sila tutup mata kalau anda tengah kebulur kerana ianya akan menyebabkan anda tertekan)

Kentang Bakar / Baked Potato

hmmmm..ni semua gara2 nampak gambar kentang bakar kat wall FB kawan2..terus membuak-buak rasa nak makan..google resepi, jumpa yang simple kat blog Lady Ell teruslah buat weekend lepas..

Simple by me:
1. Rebus / bakar kentang yang besar separa masak..
2. Potong 2/3 kentang yang siap direbus/dibakar..
3. Masak inti daging cincang dengan bawang putih/merah dan pati ayam (ikut macam masak kuah spageti bolognese pun sodap..kalau rajinlah😝)..
4. Sumbat inti kedalam kentang, dan taburkan cheese dipermukaan atas kentang..
5. Bakar dalam ketuhar pada 180(degree)Celcius selama 15-20minit..
6. Siap!!

Lauk Kasih Sayang

weekend lepas ada rajin sikit untuk masak..lauk biasa2 je pun..sup kentang+telur, sambal sardin dan ayam bakar.. Rasa?? Bolehlah..bolehlah😉

Restoran Tam Nasi Ayam

Asalnya mengidam Pisang Cheese Jakarta tapi at last sampai restoran ni, terus makan nasi ayam sekali.. Sedap weh..sila datang lain kali yer.. Lokasi.. Seksyen 23, Shah Alam

Mini Cheesecake

Ini pun gara-gara gambar kat wall FB.. Sangat mencabar nafsu tekakku ini..sampailah google jumpa blog ~ Happy Me ~ maka terhasillah seperti yang diidamkan..

Simple by me:


1. Hancurkan beberapa keping biskut marie dan gaul rata dengan sesudu butter..then, letakkan dalam papercup sebagai lapisan bawah..

2. Satukan 200-250g cream cheese dengan 2/3 whipping cream, sesudu kecil vanilla dan sebiji telur..

3. Letak adunan tersebut diatas biskut dalam papercup dan bakar selama 20minit pada suhu 180(degree)Celcius..

4. Hiaskan dengan blueberry/strawberry jem dan buah-buahan dan biarkan sejuk dalam fridge selama beberapa jam..

Siap!!
Lagi sejuk lagi sedap!!

PizzaHut Delivery

ini pula dikala malas nak masak, kita order je online, dalam 1/2jam siap!!😉

First time order set BigBox and its yummy sebab dapat variety of food.. Dalam set tu, ada soup 2bekas, spageti bolognese, chicken drummet, garlic bread dan pizza.. Puas hati!! (sebenarnya nak test try PHD baru kat kawasan rumah kami tu)


Sekian cerita pasal makanan..
Terliur??? Sila masak sendiri!!

Daaa...

xoxo,
Ibu Zahrah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...