Thursday, March 8, 2012

^ Putri Yang Ditukar ^

Salam all..

Akhirnya setelah 2bulan 2hari bercuti, bermulalah kembali cerita kerja ku..huhu..sungguh tak best saat2 awal kerja bila dah lama sgt bercuti..tapi Alhamdulillah ibu baru ni cekal di ofis dan tidak terlalu ingat2kan si kecil..bukan tak ingat langsung, tapi sekadar menjadikan puteriku seorang yang juga cekal & tabah hatinya..

Wahai puteriku sayang!!!!!

Ahhaaaa, cakap pasal puteri ni teringat cerita 'Putri Yang Ditukar' yang selalu tengok time cuti tu..sekarang dah xdpt tgk lagi..kalau nak tgk pun kena online..huhu..

Adakah kalian pernah menonton cerita itu? Tidak? Let me story2..nak tak???

Baiklah..alkisahnya (saya tengok start episod 70++..so awal2 tu xtau cerita..haha..)

'Putri Yang Ditukar' mengisahkan tentang kehidupan Amira yang merupakan anak kepada seorang usahawan terkenal bernama Prabu Wijaya telah ditukarkan dgn Zahira, anak gadis kepada Utari & Ihsan..seingga dewasa kedua2 anak gadis ini tidak pernah tahu yang sebenarnya seorang lelaki bernama Wisnu telah menjadikan kehidupan 2 keluarga berlainan darjat ini menjadi huru-hara..

Walaupun Prabu Wijaya sayangkan 'anak kandungnya' Zahira, namun jauh disudut hatinya, dia sangat menyanyangi Amira..dan Wisnu pula akan sentiasa mencari helah dan taktik bagi menyakiti Amira demi membalas dendam kepada Prabu Wijaya yang menyebabkan beliau menjadi tempang.. Utari dan Ihsan pula masih belum sedar bahawa insan yang duduk sebumbung dgn mereka adalah duri dalam daging yang sentiasa menikam2 keluarga mereka secara diam2...

Persengketaan antara 2 keluarga tersebut semakin menjadi2 semenjak Prabu Wijaya mencuba untuk membunuh Ihsan, dan dalam masa yang sama, Prabu Wijaya sering menggunakan kekayaannya untuk memporak-perandakan keluarga naif Utari & Ihsan..hakikatnya Prabu Wijaya berbuat demikian demi menyelamatkan si gadis Amira dari penyeksaan Wisnu..kasih sayang Prabu Wijaya kepada Amira sehingga ingin meng-adopsi Amira sebagai anaknya menimbulkan rasa tidak senang hati Zahira serta ibunya, Aini..dalam masa yang sama Meisya serta ibunya (isteri kedua Prabu Wijaya) sering menhasut Zahira & Aini akan ketidak-adilan yang ditunjukkan Prabu Wijaya kepada mereka berdua..walaumacamana baik pun si Zahira, kadangkala dia juga termakan dgn hasutan kakak tirinya itu..tetapi kebaikan Amira juga seringkali melembutkan semula hati Zahira yang sedang dalam kesedihan..

Selain kasih sayang seorang bapa, Zahira juga merasa kesedihan apabila lelaki yang dipujanya, Rizky begitu menyukai Amira..walaupun dengan bantuan Arman, pemandu Zahira yang juga sgt mencintai Zahira, ia masih belum dapat membuka hati Rizki utk menyayangi Zahira..bagi Rizki, Amira adalah insan yang sgt spesial untuknya..walaupun ditentang hebat oleh Prabu Wijaya..ke'blur'an Amira dgn tumpuan dan kesukaan yang ditunjukkan Rizki kepadanya membuatkan si teruna begitu susah hati..apatah lagi dgn kedegilan Prabu Wijaya untuk menerima kehadiran Rizki dalam hidup Amira..

Sampai bilakah rahsia Wisnu akan terbongkar??
Bilakah Prabu Wijaya dapat memiliki Amira sepenuhnya??
Adakah Rizky berjaya memiliki hati Amira??
Dapatkah Zahira menerima Arman dalam hidupnya??
Akan berdamaikah Prabu Wijaya dgn Utari & Ihsan??

Saksikan kesudahannya di TV3..setiap hari Isnin- Khamis..jam 2 petang..dibawakan oleh Daia..
Kalau tidak berkesempatan silalah menonton di TONTON...

Selamat menonton!!!

p/s: saya suka sound track cerita ini..jom layan!!




Source: Youtube

Daaa...

3 comments:

  1. MIL saya peminat setia citer ni, tiap-tiap hari dia tengok. Petang tengok Nada cinta plak..pendek kata semua cite Indon kat tv dia layan..huhuh

    ReplyDelete
  2. yeke..tula, mak abah sy pun sama..x miss tgk..tu yg berjangkit tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. Haha sempat lg tu tgk timt keje ek? Best giler..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...