Tuesday, July 31, 2018

Bye Senggigi, Hello Gili

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum bercerita panjang, saya nak ucapkan Salam Takziah pada warga Lombok atas kejadian Gempa Bumi baru2 ni, dan pada mangsa2 kejadian sama da cedera ataupun kematian, semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi ujian dariNya.. InshaaAllah...

So, berbalik kepada cerita #7thAnniversaryLombok2018 kami 4 bulan lepas, ada 2hari je lagi cerita #ZahrahVisitLombok ni, i.e. on our last day at Senggigi and last day at Gili, before back to Malaysia.

Hari ke-3 lepas checkout Svarga Resort, Senggigi, kami singgah tengok view dari Nipah Hill and Setangi Hill. Both otw ke jeti Bangsal Harbour which is ke arah utara Lombok. View sangat awesome, boleh tgk laut nan biru tenang je, sesuai utk org2 yang suka ambil gambar mcm we ols. Time kami tgh nak tgk view tu ada org tgh prepare nak naik payung terjun, so, tunggu sat tgk diorg berlepas. Ya ampun, rupanya dalam beg org yang bwk pelancong utk terbang tu penuh dgn muatan nak bagi berat.

Siap batu segala bagai dlm tu. Kalau ibu Zahrah yang nak terbang confirm lagi byk batu kena bawak
😂😂😂

Lepas dh puas tgk org terbang, kami bergerak ke Villa Hantu👻👻👻

Takut tak? Actually, nama je Villa Hantu sebab situ merupakan rumah tinggal, seperti diceritakan dulu ada foreigner nak buat villa sebagai rumah pelancongan diorg, tapi tak dapat nak siapkan atas faktor2 apa iols tak ingat.. Kihkih.. So, kat situ just bentuk bangunan tak berdinding je, and ramai datang utk ambil view bergambar. Tapi seriau jugak lah nak ambik gambar tepi bangunan tu sebab memang takde dinding kan. Budak kecik ni relax je dia duduk tepi tu suruh ambil gambar dia, ibu dah gayat memang duduk tgh jela.. Haha..


Disamping tu, seperti biasa ada penduduk tempatan yang berniaga..macam biasa #ZahrahNurIman pantang nmpk org berniaga, mesti nak beli! Di paw nya spec mata hitam berharga IDR60.000 satu. Pakai ya sekejap je
🙄🙄🙄

Settle ambik gambar, terus bergerak ke jeti, private speedboat dah tunggu. Perjalanan ke Gili Trawangan dgn private speedboat dalam 10min je, tapi kena ready dgn fulus jela. Kalau naik public boat, murah lagi tapi ramai org dan lambat sampai. Harga boat exactly berapa x pasti sbb dah masuk dlm supir punya rate, but around IDR500k jugak lah. Tapi selesa dan cepat yang pasti. Takut memang takut nak naik boat, tapi tawakal dan doa sahaja mampu dilakukan. Mabuk laut xde (maybe sbb laju dan kejap je kot) tapi mmg dh standby siap2 segala jenis ubat termasuk ubat mabuk. Alhamdulillah dipermudahkan, selamat pergi dan kembali😍😍😍

Sampai Gili Trawangan, awal lagi nak check in, so kena tggu dulu. Pusing2 tepi pantai dulu, konon nak carik mknn tepi2 jalan, jumpa gerai jual nasi berlauk, so hadap jela sbb dah lapar kan. Not bad la mknn dia, boleh diterima tekak. Gambar xde sbb dah kebulur, ngap terus.. Haha.. 

Around kul2 jugak la baru dpt masuk bilik, nnt kita sambung review pasal bilik in separate entry yer. Duduk bilik lepas kejap, lepas asar Zahrah dah x sabo nak ke kolam, so, ke kolam lah kita.

So, sambungan cerita di Gili di post akan datang yer. Penat dah nak recall balik cerita ni. 

You all tgk je video ni yer. Enjoy!! 
🙂🙂🙂


Nak tau berapa total lost? Pun tggu next entry ya.. 

Till we meet again. 

xoxo, 
Ibu ZNI

Sunday, July 29, 2018

Lombok Day 2.. Exploring Senggigi

Assalamualaikum semua!

How's ur weekend? Santai2 ni kita cerita balik la kisah anniversary kali ni. Izinkan ya
😝😝😝

Day-2 Pusing2 Senggigi, Lombok

Lama pulak tinggalkan cerita #7thAnniversaryLombok2018 ni kan. Last update before raya hari tu. Since raya dah habis, kita sambunglah #throwback #ZahrahVisitLombok pulak..

Pagi2 tu Caweng ambik kami dari resort dalam  pukul 9.30am lepas breakfast di resort. Terus ke Monkey Forest bagi monkey makan. 30min jugaklah perjalanan nak ke kawasan tu, naik bukit sikit. Monyet2 tu semua monyet liar ok, ibu Zahrah (yang penakut lagi menakutkan) ni konon2 takut keselamatan anak, keluar kejap je, pastu tgk dari dalam kereta, siap tutup tingkap ok sebab takut monyet masuk kereta. Ibu paranoid (dettol) la katakan😝😝😝

Tak sampai sejam pun kat situ, sbb kacang dah abes. So, berangkat ke next destination i.e. ke salah satu temple kat Lombok, Pura Lingsar Temple. Malas nak masuk, kami amek gambar jela buat kenangan. Kat situ xberapa byk sgt pun area nak ambik gambar, so kejap jela. But still have to pay trip pada tour guide kat situ. So, even though dah ada supir and guide, still kena bagi tips pada penduduk tempatan yang explain/guide kat tmpt tu yer. Anggaplah sedekah yer.. 

Next, ke Taman Mata Air Narmada.. Nak masuk taman ni ada Entrance fee, tapi kami tak tau la berapa sebab dah termasuk dalam supir punya fee, so tggu dia bayar je, kami masuk jela. Cumanya kat exit keluar Taman ada tempat penduduk tempatan berjual beli, so kalau rasa anak2 jenis yang pantang nampak kedai, sediakan jela duit yer..

Dalam taman ni ada tempat sejarah i.e. tempat berendam dayang2 zaman dulu. Tapi tinggal tasik jela, dayangnya takde😛😛😛

Dalam tu jugak ada temple (kena naik bukit) tapi kami xpergi pun. Terus ke "pili air" yang ya ampun pancit mokcik nak menuju ke pili air ni. Jauh kat hujung taman. Kat situ ada pulak makcik cuci baju kat tasik area pili tu. Gigih tau dia basuh baju manual pastu panjat pili nak naik rumah. Kalau mokcik mmg tak mampu lah..🤨🤨🤨

Penat "mendaki", kami terus lunch di Taliwang Alam Nyaman, makan ayam taliwang pulak. Review makanan dah bagi before this, so uols cekidaut sendiri la yer. Lepas makan, pergi Masjid Ubud untuk solat. Pasal masjid ni pun iols dah bagi review before this, so kalau nak tau check post sebelum ni yer.. 

Sambung jalan2 ke Banyumulek Pottery Village pulak, tempat pembuatan pasu dan boleh jugak nak beli yang ready made. Sementara tunggu barang belian siap dibungkus, kami dibawa ke "kilang pembuatan" kat area belakang kedai. #ZahrahNurIman pun sempat buat satu pen holder bentuk kucing, action je lebih mcm dia buat kan, tapi makcik tu yang byk buat. Bayaran ikut kita nak bagi berapa dekat makcik tu, seikhlas hati😍😍😍

Selesai di Banyumulek terus balik. Around kul4 dah selamat masuk resort balik..hihi..

Cuaca kat Senggigi time ni tak berapa panas, lebih kepada mendung lah. By petang tu hujan lagi. So impian nak tengok sunset kat Senggigi tak berjaya nampaknya😄😌😌

So, check it out the video ya!


Since malam tu hujan, so keluar makan jela. Kami makan seafood kat Warung Menega Batu Layar Beach. Review or gambar click kat link atas yer.

Overall, total lost utk Day 2 lebih kurang

IDR424.000
(tak termasuk dinner.. Lupa berapa) 

Temple Pendaftaran+Tip - IDR30.000
Air Minuman - IDR21.000
Ayam Taliwang - IDR248.000
Menara Masjid - IDR40.000
Banyumulek - IDR570.000
Chip - IDR8.000
Kacang - IDR7.500

😌😌😌

OK lah for Day 2, setengah juta rupiah ok sehari.. Haha..

Till we meet again..

xoxo,
Ibu ZNI

Sunday, July 22, 2018

#throwback Zahrah and Little Hajj 2018

Assalamualaikum semua!

Musim haji kembali lagi. Sudah beberapa trip ke Mekah/Madinah telah bermula sejak minggu lepas. Alhamdulillah dan semoga para haji semua dipermudahkan segala urusan haji, diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan haji mabrur, inshaaAllah.

Bercerita musim haji, ibu Zahrah pun nak juga #throwback one of big event sepanjang #ZahrahAtSchool selama 6 tahun ni.

LITTLE HAJJ 2018

#LittleHajj2018 akhirnya dapat #ZahrahNurIman joined setelah 2 tahun  "tunggu giliran" dari umur 4 tahun tengok senior dia🤗🤗🤗

Pagi2 lagi dia dah excited, actually sehari sebelum dia dah siap2kan barang telekung semua, sbb nak kena pergi school awal. Selalu bukan main payah nak suruh kemas beg tiap2 malam (oh ya, mmg zahrah kena kemas beg, letak baju kotor tiap2 malam sendiri yer). Harapnya dah school rendah nnt tak payah disuruhlah yer anak Ibu sayang😘😘😘

Naik bas ramai2 dgn kawan2. Kali ni buat kat MAEPS, Serdang (tak pastilah before this kat sini jugak ke tak) untuk semua sekolah di Klang Valley. Ada 5k orang katanya. Hebat anak2 ni, hebat jugak teacher2 yang handle anak2 ni. 

Well done, teachers!


Alhamdulillah, dapat jugak Zahrah lepaskan rindu "nak pergi Mekah" lepas 3 tahun meninggalkan bumi Mekah/Madinah Jun 2015 lepas. InshaaAllah ada rezeki, dengan izin Allah kita ke sana lagi yer Zahrah!
(Oh ya, masih berhutang cerita pasal Umrah 2015 ni..hihi)

Semoga anak ibu terus istiqamah merindu dan mendambakan kehebatan berada di Tanah Haram😍😍😍

Amiiin!

Ok la..jumpa di keluaran akan datang!

XOXO,
Ibu ZNI

Friday, July 20, 2018

#throwback Zahrah 6th Birthday

Assalamualaikum & Salam Jumaat
Semoga weekend anda lebih bermakna hendaknya😜😜😜

Belek2 blog ni baru perasan rupanya tahun ni belum cerita pasal #Zahrah6thBirthday lagi. Anak ibu dah 6 tahun setengah pun ni..hihi.. So, kita throwback kejap la yer😘😘😘

Tahun ni, alhamdulillah, sambut birthday Zahrah dengan family2 je. Tokmak tokbah dgn aunty sekeluarga dari Melaka datang, umi atok mummy sha nanny n uncle G all families tok2 sedara semua datang. Sekali sambut birthday, sekali house warming katanya..

Macam biasa, birthday celebration buat awal sikit sebab on her birthday on 03-01-2018 hari Rabu, so diawalkan sikit sambutan ke Hari Isnin, sempena cuti Tahun Baru 2018. Makanan main by yours truly Ibu #ZahrahNurIman meanwhile lain2 makanan side dishes semua order sahaja. Penat kemas rumah la katakan..kihkih 🙄🙄🙄

Simple deco guna last year punya materials yg konon2 buat meriah kan😜😜😜

Start makan. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama..

Kek pulak ada cerita dia yang tersendiri. Asalnya dah beria tempah ni hujung tahun 2017 tu, nak kek unicorn katanya. Pada hari majlis, bila ingatkan seller tu, sekali dia kata dia lupa pulak. Ingatkan tarikh lain katanya. Waduh! Tapi syukur, ada penyelamat. Acu Zahrah ada tempah kek jugak rupanya, so adalah kek birthday zahrah. Kalau tak, memang secret recipe jela nampaknya..

So, this is the cake penyelamat!😘😘😘

Sofia the Safer la namanya! 

Then, cerita baju pulak. Kisahnya, ibu Zahrah xbeli baju sebab xsempat, last minute plan la katakan. Ingatkan nak pakai baju kurung tutu je, tapi budak kecik ni nak dress pulak. So, pinjam jela sepupu dia punya😍😍😍

Ini dia dress pinjam..kahkah

Dengan owner baju. Banyak betul dress gegirls ni..dari jarang pakai, kasi kita pinjam jela yer💋💋💋

Mahap ler Zahrah, ibu xsempat nak prepare betul2..janji dapat celebrate ok la kan..hihi.. So, kita tengok video jela recap time majlis yer


Sekian cerita untuk celebrate birthday kat rumah. Ada lagi sambutan lepas tu ok. Kali ni sambut on her birthday itself i.e. pada 3 Jan 2018 tu pulak. Since tokmak tokbah masih kat KL, so sambut kat Dengkil pulak lah. Beli kek SR je pun, janji ada. Kalau xde nnt dia tanya pulak, kalau birthday dia hari tu, kenapa takde kek🤦🤦🤦

Zoom sikit kek SR ni.. #janjiada

Tengoklah muka dia xpuas tiup lilin🎂🎂🎂

Lastly (eh ada lagi?!), penutup sambutan Zahrah 6th birthday mac biasa kat sekolah lah pulak. Kali ni, #kasijadilah tempah kek yang terlepas tu..so, dapatlah Zahrah merasa kek unicorn. Takdanya dia heran rasa kek tu, deco tu je dia nak. So, flavor ikut tekak ibu dia lah. Dapatlah akhirnya tempah Unicorn Rainbow Cake untuk sambutan di sekolah pulak..

Terselit si kecik tu kat hujung. Tula, sape suruh ikut ibu, pendek!😅😅😅

Ini dia kek nya! Boleh tempah dengan #mettibakes yer. Kek sedap! 😋😋😋

Ok lah ok lah. Habis lah cerita birthday Zahrah untuk tahun ni.

Alhamdulillah, anak ibu semakin besar. Tahun depan, dah start sekolah.

Ibu doakan...

Semoga anak ibu Zahrah Nur Iman terus membesar dalam lindungan dan rahmat Allah..

Sentiasa dilindungi Allah dimana sahaja anak ibu Zahrah Nur Iman berada..

Mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat..

InshaaAllah.. Amiinnn
I Love U and Will always Love u forever
😍😍😍
(walaupun ibu selalu marah adik ibu sayang adik tau🤗🤗🤗)

xoxo,
Ibu ZNI

Tuesday, July 17, 2018

Semoga berjumpa di Aidilfitri akan datang

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri!

Eh, pejam celik pejam celik Aidilfitri dah melabuhkan tirai rupanya. Baru berkesempatan nak update cerita raya pada 1 Zulkaedah 1439H ni. Ok la kan dari takde😎😎😎

So, berbalik pada cerita raya, tahun ni saya join #TeamRayaJohor pulak. 2 days before raya dah balik kampung untuk elakkan jem. Tapi sampai kampung pun dah petang sebab gerak balik punbdah petang..hihi🙂🙂🙂

Tahun ni jugak, kami tiga beradik je ada 1st raya di Johor, mak abah, family along, family uda and us. Cucu2 pun separuh je yang ada, so kurang kecoh lah..haha.. 

Macam biasa, raya pertama mesti ada marhaban kan, tapi before marhaban mcm biasa jugaklah bergambar salam raya dulu. Yang ada kat johor kali ni semua yang jiwa kental, so takdelah adegan nangis2 time salam tu. Happy je masing2..

As usual, first raya mmg x jalan mane tunggu orang datang beraya je.. And memang non stop la sedara mara datang smpi petang.. Malam dah boleh rehat😁😁😁

Alhamdulillah makanan semua cukup.. Kalau xcukup xtau la kan.. Ada macam2 kot selain kuih2 raya.. Antaranya...

1. Laksa Johor signature dish (jiran2 confirm cari😂😂😂)
2. Lontong
3. Ayam masak merah
4. Rendang campur
5. Ketupat palas
6. Sirap Bandung Soda


So, raya kedua tunggu geng2 #TeamRayaMelaka #TeamRayaSelangor dan geng Labis pulak balik beraya.. iols?? Masih beraya disini, plannya raya ke-3 baru nak balik join #TeamRayaSelangor so s3mpatlah nak beraya 6 beradik tahun ni. Kalau tak hye hye bye bye kat highway jela selisih jalan..hihi..

Raya ke-2 lepas dah amek gambar ramai2 pagi tu (tapi masih kurang satu family dari Labis), baru gerak beraya area dekat2 ngn rumah, adik beradik abah semua kat Kota Tinggi je, so sekali jalan abes dua rumah.. Balik beraya berperang kat dapur sbb adik beradik susuan abah nak dtg anak beranak dalam 10buah kereta..selalunya tiap2 tahun memang diorg datang 2nd raya and selalu gak ktorg xde kat rumah, so kali ni dah plan xyah beraya jauh2 la..tunggu diorg dtg dulu..

Since org Melaka ada bawak balik kambing, so sempat buat mi sup kambing jela.. Alhamdulillah, selamat dilantak😋😋😋

Raya ke-3 baru betul2 cukup quorum nak amek gambar family ramai2.. Pagi2 dah kena siap sebab nak g jalan jb pulak melawat sedara belah mak. Plan punya plan, last2 beraya 2 rumah je dari plan 4 rumah sbb ada dapat call org dh otw nak datang rumah.. so, lepas buat photoshoot raya kat kedai, terus balik rumah tunggu org nak datang. Sudahnya masak bihun goreng je..haha..

Oh btw, iols xbalik Selangor lagi Raya-3 tu sbb dah petang. So plan balik Selangorbtukar raya ke-4.. Lepas beraya 2 rumah kat JB terus gerak balik Selangor. Mak aih jem dia, boleh mencabar tahap kesabaran ok. Dah la iols ni nak makan je, nak kencing je kan..tido bangun tido bangun tak sampai2 jugak.. Before pukul 1ptg gerak dari Jb, dekat kul8 baru sampai Selangor..huhu..

Raya ke-4 baru balik rumah atuk dan umi #ZahrahNurIman, tapi atuk and umi dah start puasa 6, so dtg melawat jela sekejap lepas tu balik rumah siap2 nak masuk keja esoknya.. sedih!! Hahaha😅😅😅

Weekend tu baru start raya balik, family uda and adik datang rumah beraya hari Sabtu, kawan ofis datang beraya Ahad. So kita masak dan beli la mane yang mampu. Hari Sabtu ada appointment doctor, so order Nasi Kabsah Ayam jela untuk tetamu. Ahad baru masak Spageti Goreng dengan Lontong (lagi) dan Serawa Durian😋😋😋

Weekend ke-3 raya pula ada gathering potluck raya dengan kawan2 uia engin, kat rumah iols. Since ada yg request Laksa Johor, kita masaklah utk uols.. Hari Sabtu duduk rumah je siap2 bahan untuk laksa johor sambil masak Nasi Daging Air Asam..sempat jugaklah kan sorg2 berperang kat dapur..hihi..


Weekend ke-4 pulak ada jemputan raya, so xberapa nak masaklah. Kita makan kat rumah orang je.. tapi sempat jugak repeat laksa johor sbb kawan ofis nak datang before beraya tu, dah tak tau nak masak apa dah..kita repeat jela menu sama..haha..

Oh lupa, kat ofis pun ada buat jamuan raya, tema potluck jugak..jimat kos katanya..maklumlah kan zaman gawat ni..huhu.. Tapi mknn mmg byk lah tak termakan semuanya.. Antara yang ada Nasi beriyani, Sate, Lemang, Kuzi, Laksa Utara macam2 lagi lah. Byk sgt sampai xingat mana yang masuk perut mane yang tak sempat nak ditelan🤣🤣🤣


Sudahnya, weekend ke-5 masuk hospital, food poisoning. Nanti2 lah kita cerita pasal hospitalized ni yer🤮🤮🤮

So, rangkulan raya #TeamRayaJohor sampailah ke hari2 terakhir Aidilfitri tahun ni, kita tgk video jela yer.. Nak tepek gambar banyak2 malas pulak, so buat video jela (padahal lagi makan masa kan..haha)


Sekian cerita raya tahun ni. Fully utilized raya time sebagai tanda kemenangan dapat puasa sebulan penuh.. Alhamdulillah😍😍😍

So, see ya in next entry..inshaaAllah..

Daaaaa...

xoxo,
Ibu ZNI





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...