Monday, January 31, 2011

40hari sebelum....

Ahha!!!! 40hari lagi...huhu..cuak dah???? Baeklah..terpakse mencuakkan diri yer (utk menyedarkan diri sendiri..huhu)...

Emm..banyak gak baca pantang-larang sebelum kahwin ni...so mari3...

44 pantang-larang sebelum kahwin:

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul:
(a) utk mengelakkan tohmahan masyarakat - kalau nak settlekan hal kahwin boleh kan???;
(b) utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam - xleh blah kenyataan mcm ni..hehe..
(c) Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri - i like!!

2. Jgn tidur dirumah orang:
(a) takut terkena ilmu;
(b) utk menjaga nama baik keluarga - Baeklah!!

3. Jgn bebas keluar kemana-mana:
(a) takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik - Dislike!!!

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit - patut la perut i buncit 2-3 bulan ni..faveret kot gulai...huhu...

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering - mmg xgemar pun..busyuk..huhu..

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir - sesekali boleh tak??

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks - kat KL jarang xbanyak sungai..umah sewa pun xde kolah..huhu..

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis - ala..selalu selsema mesti carik 100plus..nak jugak!!

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama - i mmg xgemar mknn manis2 ni..

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi - I LIKEEE!!!!

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) - berusaha mengawal mkn en.Tunang..huhu..

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir - no komen..hehe..

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid - mmg alergi pun...uwaa....nak udang besar punye!!!

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga - urut buang angin boleh tak?? banyak angin dh dlm badan ni..hehe..

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga - telur rebus je byk kat KL ni..madu xsuke..manis...

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin - teh halia is my monthly drink,,boleh???

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai - xsempat lagi..malu la saya!!

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri - apakah??

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari - saya tdo 8jam sehari yer :-)

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok - no..no..no!!!

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan - gunalah Fair&Lovely!! hehe...

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin - bukan setakat soya..tauhu pun i xsuke..hehe..

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan - pil senggugut boleh ke???haha...

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah - Insya-Allah..

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil - makan secara tak bebas yer??

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri) - Baik!!

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat - Jangan!!!

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul - langir??

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.. - Apa??? xpaham...hehe..

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. -Guard please!!

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi - I LIKEEE!!!

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati - Baik!!

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar - Air kelapa sgt sedap..huhu..

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka - xreti pun...

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis -sesiapa pun xleh rasmikan katil pengantin i ok..hehe..over kan???

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung - No komen...huhu...

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri - hanya mak andam yg tahu!!

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu -behave urself yer pengantin!!!

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding - bersanding dikala tgh hari mmg sesuai utk tido..huhu..

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki - Jangan yer!!

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit - Encik, sila ingat!!!

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar - Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Aminnn...

So, mana2 yang boleh diambil iktibar, silalah..yang buruk2 jgn dilakukan...

Renung2kan & Selamat Beramal!!

1 comment:

  1. kikikiki adakah anda akan ikut semua pantang larang di atas..meh saya senaraikan yg saya yakin anda x kan ikut lalalala

    antaranya:-
    no 1
    no 3
    no 11
    no 12
    no 18 - gedik je....
    no 31 - harap2 tade sape2 la jadi mangsa(minta dijauhi "saya") huhuhuhu
    no 32 - xper biar saya tido, saya jaga ekekeke
    no 38 - konfem awak akan buat senyap2 hahaha
    no 40 - hahaha mesti awk akan gelak punya la...saya saksi nnt...

    sekian...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...