Kali ni, nak bercerita pasal my big baby Zahrah..budak yang sangat becok sekarang ni..entah ikut sape la kebecokkan Zahrah ni..rasanya ibu ayah dia ni pendiam
Tapi tak kisah la, janji anak ibu bahagia & sihat selalu yer.. Alhamdulillah..
Tapi, sudah ditakdirkan buat anak ibu ni, untuk pertama kalinya sejak lahir dulu, kena tahan ward di Assunta Hospital..akibat muntah2 tanpa henti.. Bayangkan start pukul 3am hari Selasa, 09/09/14, Zahrah start muntah setiap jam..dan tak sampai 12jam masa, lebih kurang 15x dia muntah..daripada keluar isi nasi sampai keluar macam lendir kuning je..menangis ibu tengok Zahrah dah lembik tak bermaya 😢..
Selasa - 09/09/2014
~ 0300am ~
start meragam time tido, sehingga akhirnya muntah dibahu ayah time tgh didukung..
~ 0430am ~
muntah lagi atas katil pulak..
~ 0600am ~
sekali lagi muntah..badan on-off panas, so, kena bagi ubat demam jugak..
Dah bagi ubat tu, baru la dia boleh tidur semula..sampailah pagi..time tu ibu dah rasa lega sikit..syukur.. Tapi...
~ 0900am ~
terjaga dari tidur, minta susu (zahrah still breastfeed till now..alhamdulillah)..tetiba, muntah semula atas tilam
~ 1000am ~
Dah siap2 nak pegi klinik, ibu dukung..tapi, sempat lagi Zahrah muntah kali ke-5..so, ibu kena tukar baju dulu, baru pergi klinik..
Sebenarnya, kami ingat klinik buka pukul 10pagi, tu yang tunggu dulu..rupa2nya time register, klinik tu dah start beroperasi 24jam..huhu.. Sementara tunggu doktor, ada 3patients menunggu, Zahrah dah start sakit kepala, sampailah dia muntah lagi kat klinik.. Btw, time nak masuk kereta sebelum gerak ke klinik tu, Zahrah muntah lagi sekali..tapi time tu kami dah sediakan plastik utk dia muntah..bayangkan betapa lepak si kecil Zahrah time tu 😥
~ 1100am ~
Baru dapat jumpa doktor..bila bgtau doktor yang dia dah muntah dekat 10x, and doktor check demam sikit, terus dia buat referral letter ke hospital..time tu Zahrah memang tidur je kat bahu ibu..tak melawan dah time doktor buat checkup..huhu..
~ 1130am ~
Gerak ke SDMC terus..since dulu Zahrah lahir kat situ, and pernah kena tahan dari hari pertama dia lahir sebab demam juga, so, kami fikir better kami ke situ je..
Sampai ke emergency area tu, tak sempat ke kaunter, sekali lagi Zahrah muntah
Zahrah muntah lagi, sambil nangis
~ 1200pm ~
Jumpa doktor di emergency..and kena soal siasat macam biasa la..so, jawapan dari kami pun sama..
"muntah-muntah lebih kurang 10x"
"takde cirit-birit"
"panas badan on-off"
"takde alergi ubat"
Then doktor bgtau, kat SDMC time tu ward kanak2 sudah penuh..so, kena pergi hospital lain..and doktor cakap dia akan uruskan cari, ikut kat mana kami nak..
Mula2 try KPJ Selangor.. Penuh!
Then, Sunway Medical Center.. Penuh jugak!
Try DEMC.. Sama jugak penuh!
Cuba Pantai Bangsar.. Masih sama.. Penuh!
Doktor kata, selain tu boleh try Ara Damansara (Sime Darby punya hospital jugak), ada ward, tapi Doktor Kanak2 takde sebab kat situ specialist utk neuro and other 2 cases je..kalau ada Paed dari SDMC boleh ke Ara Damansara, boleh la..tapi malangnya, tiada doktor yang available..
Last2, doktor try call Assunta Hospital PJ, kami pun dah tak kisah kat mana, walaupun takde experience kat situ, and tak pernah dpt cerita experience kenalan terdekat (except ayah Zahrah yang lahir kat situ, 29thn dahulu), so kami ikut jela..asalkan Zahrah ok..
Alhamdulillah..ada ward kanak2 yang kosong.. Terus doktor buat referral letter ke Assunta Hospital.. Time tu, ada sorang lagi baby yang tak dapat ward, tapi parents dia nak try hospital lain, taknak ke Assunta tu, so, kami jela yang gerak ke sana..
Sebelum bergerak, Zahrah sempat lagi sekali muntah kat SDMC..huhu.. And, doktor tu tak charge pun kami..kiranya free consultation la.. Alhamdulillah..thanks doctor!!
~ 1230pm ~
Bergerak ke Assunta, syukur tak jem sangat even time tu lunch hour..sampai sana, macam kat SDMC jugak, sampai kaunter, sempat bagi referral letter dari SDMC je, terus berlari ke toilet.. Zahrah muntah lagi..and dia menangis lagi😔
~ 1300pm ~
Dipanggil nurse untuk disoal-siasat lagi..time tu takde demam..and berat Zahrah cuma 9.5kg sahaja..untuk budak umur 2T8B, rasanya macam underweight kan?? Huhu..
Then, 5min kemudian, kena panggil jumpa doktor pulak.. Check macam biasa, then, doktor cakap kena warded sebab dah banyak kali muntah, takut dehydrated😯..
Pergi admission counter pulak, another registration takes time..sbb nak kena deal dgn pmcare utk confirmation GL.. Zahrah sekali lagi muntah sementara menunggu tu..sian dia..memang tak keluar apa pun time tu..just air lendir..huhu..
Settle register utk admit, bergerak ke emergency room pulak utk start drip..menunggu lagi..time tu rasa macam nak marah je lambat and byk sgt procedure..tapi memandangkan hospital should ada procedure (and saya pun dah mmg kerja bergelumang dgn procedure) ditambah inginkan Zahrah ok, sabarkan jela.. Time tu ramai nurse tgh tukar shift, so, tu yang jadi lambat lagi😫
Akhirnya, sampai masa utk drip air..masa yang menyakitkan untuk Zahrah, sakit juga ibu yang melihat si kecil melalak kesakitan..berjujuran airmata ni😭.. Dah ambil darah, ambil sampel hingus..then, masukkan air..duduk atas wheelchair utk dibawa ke ward kanak2 Sang Kancil😓
Alhamdulillah..
~ 1430pm ~
Masuk ward double bedded, sebab single room semua full..time tu katil sebelah belum ada orang.. Sampai bilik, Zahrah terus tidur atas katil..nurse interview lagi, bgtau do's & dont's dalam ward kanak2..barulah kami dapat berehat sekejap..makan & solat..
Paed Dr. Lim datang buat checkup..interview lagi..and cakap Zahrah tak teruk sangat.. Syukur, walaupun bila tengok keadaan Zahrah macam dah teruk je rasa..maybe ramai yang lagi teruk.. Syukur juga, Zahrah tak kena cirit birit..kalau tidak, tak tahu la macam mana keadaan dia😷
Dr. Lim datang buat checkup condition Zahrah lagi..check air kencing, tapi malangnya Zahrah dah kekurangan air dlm badan sampai tak kencing..kena tunggu air di-topup baru dia boleh kencing..
Sepanjang hari tu memang zahrah tak makan apa2..minum taknak, nyek pun taknak.. Dia cuma nak didukung je..setiap kali sakit, dia akan cakap "sakit kepala" or "sakit perut".. Tapi Dr. Lim kata takpe sebab dah masukkan air dalam badan, jangan paksa dia makan dulu..kalau perut dh ready baru bagi dia makan..
So, sepanjang malam tu memang Zahrah tidur jela..and ibu temankan sorang2 sbb ayah tak dpt teman since masuk double bedded kan.. Jam 930 tu ayah & acu zahrah dah balik.. Tinggallah ibu & Zahrah..bermalam di Assunta Hospital..buat pertama kalinya 😢
Tengah malam tu, Zahrah dah start nak menyusu semula..rasanya Zahrah sudah rasa kelaparan sgt time tu..kesian dia..lepas menyusu, tidur semula.. 2-3x juga la dia bangun menyusu.. kencing pun start banyak malam tu.. Alhamdulillah, recovery stage dah bermula😘
Rabu - 10/09/2014
Seawal jam 0530am Zahrah dah bangun tidur..dengan kesegaran yang tak disangka..dah boleh senyum..tanya ayah mane..then, minta tengok upin-ipin..hihi.. Ibu layankan jela walaupun pagi2 buta.. Lebih kurang kul 0630am tu. Zahrah bgtau ibu, baju dia basah..ibu ingatkn air tumpah..sekali tu lepas buka lampu, rupanya, dia dh "bocor kencing" habis lencun baju-seluar and katil dia..pampers pun macam nak "meletup" dah.. So, panggil nurse utk bukakan baju Zahrah..berdarah sikit bhgn drip jarum tu time nak cabut baju..melalak la dia pagi2 tu..
Dalam pukul 0730am ayah and acu sampai dah..seronok bukan main lagi bdk kecik ni..nurse datang checkup pun terkejut tgk Zahrah time tu bukan Zahrah yang semalam..looks better & healthier.. Siap menyanyi lagi..makan nasi goreng.. Alhamdulillah😀
Lebih kurang pukul 1500pm baru doktor sampai.. Doktor cakap Zahrah ok dah.. Muntah2 mungkin disebabkan virus..ujian darah pun ok..hemoglobin and darah putih ok.. Ujian sampel hingus pun (-)ve influenza.. Air kencing pun ok.. Alhamdulillah😍
Selesai tu, hospital prepare for check-out and billing semua, dalam pukul 1600pm baru Zahrah discharge..tapi bil masih belum settle..so, petang sikit baru ayah Zahrah pergi Assunta Hospital balik..
Alhamdulillah😊
Selamat dan sihat sudah anakku Zahrah Nur Iman.. Sejarah hitam yang terpaksa dialami sepanjang 2H1M itu adalah sebagai salah satu kenangan hidup yang pastinya menguji kesabaran dan ketabahan kami semua.. Alhamdulillah, kami telah melaluinya..
Syukur Ya Allah..
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami Ya Allah
Kau kurniakan ketabahan kepada kami dalam menempuh dugaanMu Ya Allah
Kau lindungilah & rahmatilah hidup kami dunia & akhirat Ya Allah..
Amin.. Amin.. Ya Rabbal'alamin..
Begitulah pengalaman kami ketika Zahrah diuji dengan kesakitan sehingga di-warded.. Walaupun hanya semalaman..tapi saat melaluinya seperti sebulan..huhu😞
Sekian, terima kasih..
xoxo,
Ibu Zahrah
Salam. Nak tanya, dekat Assunta ni ada surau tak?
ReplyDeleteWsalam. Rasanya ada. Tak ingat lah. Sorry ya.
DeleteAda,assunta hospital ada surau dekat lift main entrance ting 2
Delete