As-Salam semua!!
Hmmm..dah nak abes bulan September ni kan?? Rasa macam baru je masuk tahun 2014, betul tak??
Well, semua tahu bulan September ni bulan Hari Malaysia, last month pulak kita dah sambut Merdeka untuk kali yang ke 57..sebelum tu, kita beraya sakan kan?? Banyak betul sambutan yer dua bulan ni.. Tapi, semuanya kita sambut serba sederhana je..sebabnya, kita satu Malaysia malah satu dunia masih terasa akan keperitan mangsa-mangsa Nahas MH17 kan..
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam yer ๐ข
Ok lah..back to cerita raya dan merdeka..seperti tahun2 sebelum ni..mesti ada jamuan sikit kan..so, untuk tahun ni, kita rangkumkan jela semua cerita makan-makan yer..sonang keje den ๐
Bermula dgn jamuan raya, tahun ni kami just buat makan2 and jemput jiran2 & kawan2 terdekat je..no khemah, no imported chef..semuanya Made in BSP!! Hikhik..antara makanan yg "mastercep" ni buat dan order adalah mee rebus, roti jala, nasi impit + daging dendeng + kuah lodeh, rojak, cream puff dan kuih2 raya..
Cuba teka mana satu ibu Zahrah buat, mana satu order??? Sape betul dapat hadiah๐
Selain buat jamuan sendiri, tahun ni pun banyak juga pegi makan2 org jemput..jiran2 dan kawan2..tapi xde amek gambar pun..so, tak payah cerita banyak la kan..haha..
Zahrah pun ada Jamuan TMDK pada 21-Aug-2014 di tadika..tapi just utk student & guru2..parents tak dijemput pun..disuruh pakaikan anak masing2 baju cantik je ๐
So, cuma ada gambar Zahrah sebelum beraya jela, dengan "tereta baghu" dia..hikhik..
Then, ada jugak terselit Jamuan Birthday di penghujung bulan, pada 31-Aug-2014 di Seremban..birthday dua pupu Zahrah..tema princess & spiderman.. Let's enjoy the pictures ya๐
Selesai musim raya, sambungan jamuan Merdeka-Raya pula dibuat.. Antara jamuan yang agak meriah adalah di Jamuan Muhibbah 1Malaysia di kawasan kejiranan kami, BSPA yang diadakan pada 06-Sept-2014 lepas..
Jamuan dibuat secara potluck..tiap2 rumah bawak mknn sikit2..bila dah dikumpulkan penuh jugak la meja jamuan tu.. Antara makanan yang dibawa sate, roti jala, Mee hoon goreng, buah-buahan, mee hoon sup, kuih-muih, kek gula hangus, roti + kacang pol, potato Salad, bubur kacang perisa durian, cupcakes, french fries, udang paprika, rojak buah, ice cream, pizza, Puding Castard, aiskrim cup cake, minuman sejuk & panas serta yang disediakan pihak persatuan seekor kambing golek..
Fuhhh, banyak tak?? Sampai ktorg pun tak mampu nak makan semua..mampu tengok je..hihi ๐
Then, di ofis GP pun ada buat jamuan sempena Majlis Persaraan our BIG BOS.. Jamuan serba ringkas tapi bermakna tu dibuat time lunch hour pada 08-Sept-2014 dengan kehadiran lebih kurang 300pax..penuh la dewan tu..makanan pun not bad..kenyang sangat..sampai petang perut penuh
Begitulah cerita makan2 dari bulan Aug-Sept 2014.. Alhamdulillah..rezeki yang dikongsi bersama jiran-jiran, rakan-rakan pejabat serta saudara mara.. InshaaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa dijamuan lain pulak.. Kalau nak jemput we-ols silalah..jangan malu jangan segan๐
Last but not least, gambar Merdeka 2014 kami๐
xoxo,
Ibu Zahrah
No comments:
Post a Comment