^mode: malas di hari minggu...^
Kisah KAMI SEKELUARGA..ALL ABOUT US
Suka-duka kehidupan seharian, kisah dipejabat serta percutian kami sekeluarga..terima kasih sudi menjenguk :-)
Sunday, February 20, 2011
Problems ~ dikala tinggal lagi 2weeks (plus+plus)
^mode: malas di hari minggu...^
Saturday, February 12, 2011
Di Sebalik Tabir ~ Kad Jemputan


^^ corak menarik..tapi still....i ni mmg cerewet yer ^^
^^ another draft..yg ni utk org2 kampung punye..i suke gak ^^
so-called final draft....dah nampak dah tu..dekat2 final ni...map je xsettle lagi..ngn yg lain..hehe..
Tunggguuuuuu!!!!
Friday, February 11, 2011
~ ketiadaan...ku ~
Nak buat macam mane..dh lumrah manusia...sekejap gembira..sekejap sedih..
Macam2 perkara terjadi sejak2 akhir2 ni..ada yg baik..ada yg kurang baik..
26.01.2011 - cerite sedih bermula..perlukan ketenangan..dan still ade yg concern on me..Alhamdulillah..
^ cuba meredakan keadaan dgn mengundur diri ^
29.01.2011 - balik johor..start cuti 1week..bwk balik barang2 tuk majlis nnt...masa untuk bercuti..lupekan kesedihan..30.01.2011 - pergi kenduri kahwin officemate..dah jadi puan dah kawan aku sorg tu..Congrats Net...
^ Alhamdulillah...semoga berbahagia dunia-akhirat...Amin..Tahniah Net & Farid ^
02.02.2011 - saya kesakitan..bukan setakat didalam..tetapi diluar..batuk2..dan hampir demam..mengikut firasat saya..batuk2 adalah akibat dari bau cat yg sgt kuat..menyelubungi seluruh luar/dalam rumah..mmg sakit tekak bila bau cat2 baru tu menusuk hidung..and i've to bear with it for few more days..hope that everythings will be ok..
04.02.2011 - kesakitan berkurangan..perlu ke bandar kota..nak beli barang2 sikit..kerja2 cat rumah pun dh hampir siap..thanks to my beloved family..very appreciate it..Alhamdulillah...
05.02.2011 - masa untuk pulang ke KL semula..dan dgn nekadnya..sy akan pindah keluar dr situ..tinggalkan segala kesedihan disana..tapi mengharapkan agar kegembiraan ketika disana masih tersemat dihati..sebagai kenangan dimasa hadapan..tapi kadang2 manusia ni terlalu ego..hanya nampak kesalahan org lain..dan tak sedar akan kesilapan diri sendiri..apapun..segala2nya hanya Allah yang Mengetahui segalanya..semoga tenang dengan bantuan-Nya..Aminn...
Walau apapun yang terjadi/berlaku..hidup perlu diteruskan..ketenangan perlu dicari agar dapat hidup dgn aman..tetapi kadang2 dugaan perlu bagi menyedarkan setiap manusia di bumi Allah..
Banjir - sedih - perselisihan - gembira...semuanya datang dari Yang Maha Esa..sebagai peringatan, pedoman dan renungan kepada kita..dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas apa yang berlaku pada kita..
Pandanglah ke depan..tetapi kadangkala kita perlu menoleh kebelakang seketika, sebagai peringatan & pedoman...
^ Kurang dari sebulan...perlu lebih ketenangan ^
Monday, January 31, 2011
40hari sebelum....
Emm..banyak gak baca pantang-larang sebelum kahwin ni...so mari3...
44 pantang-larang sebelum kahwin:
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul:
(a) utk mengelakkan tohmahan masyarakat - kalau nak settlekan hal kahwin boleh kan???;
(b) utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam - xleh blah kenyataan mcm ni..hehe..
(c) Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri - i like!!
2. Jgn tidur dirumah orang:
(a) takut terkena ilmu;
(b) utk menjaga nama baik keluarga - Baeklah!!
3. Jgn bebas keluar kemana-mana:
(a) takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik - Dislike!!!
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit - patut la perut i buncit 2-3 bulan ni..faveret kot gulai...huhu...
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering - mmg xgemar pun..busyuk..huhu..
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir - sesekali boleh tak??
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks - kat KL jarang xbanyak sungai..umah sewa pun xde kolah..huhu..
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis - ala..selalu selsema mesti carik 100plus..nak jugak!!
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama - i mmg xgemar mknn manis2 ni..
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi - I LIKEEE!!!!
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) - berusaha mengawal mkn en.Tunang..huhu..
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir - no komen..hehe..
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid - mmg alergi pun...uwaa....nak udang besar punye!!!
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga - urut buang angin boleh tak?? banyak angin dh dlm badan ni..hehe..
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga - telur rebus je byk kat KL ni..madu xsuke..manis...
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin - teh halia is my monthly drink,,boleh???
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai - xsempat lagi..malu la saya!!
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri - apakah??
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari - saya tdo 8jam sehari yer :-)
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok - no..no..no!!!
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan - gunalah Fair&Lovely!! hehe...
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin - bukan setakat soya..tauhu pun i xsuke..hehe..
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan - pil senggugut boleh ke???haha...
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah - Insya-Allah..
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil - makan secara tak bebas yer??
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri) - Baik!!
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat - Jangan!!!
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul - langir??
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.. - Apa??? xpaham...hehe..
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. -Guard please!!
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi - I LIKEEE!!!
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati - Baik!!
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar - Air kelapa sgt sedap..huhu..
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka - xreti pun...
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis -sesiapa pun xleh rasmikan katil pengantin i ok..hehe..over kan???
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung - No komen...huhu...
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri - hanya mak andam yg tahu!!
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu -behave urself yer pengantin!!!
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding - bersanding dikala tgh hari mmg sesuai utk tido..huhu..
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki - Jangan yer!!
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit - Encik, sila ingat!!!
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar - Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Aminnn...
So, mana2 yang boleh diambil iktibar, silalah..yang buruk2 jgn dilakukan...
Renung2kan & Selamat Beramal!!
Saturday, January 22, 2011
Majlis Perkahwinan Ringkas & Sweet :-)







